Sudah menjadi adat bagi masyarakat kita menziarahi rakan dan taulan yang baru melahirkan anak. Tidak salah melawat namun disaat seluruh dunia dilanda ancaman Covid-19, ada baiknya niat itu dilupakan seketika.

Kita pasti tidak menyedari kita terdedah kepada virus ini dan lebih membahaya lagi kita turut mendedahkan bayi yang baru dilahirkan dengan virus ini. Jadi elakkanlah. Namun jika benar-benar ingin menziarah, perkongsian Dr Redza Zainol ini wajar diikuti.

“Panasnya Badan Baby Ni” Tak Sedar Kena Covid-19, Hati-Hati Nak Lawat Baby!


“Panasnya badan baby ni.”

Bayi umur sebulan ni dah 2 hari demam. Sedikit lemah tapi masih nak menyusu. Maknya kata dia baru tahu ada saudara mara yang datang melawat bayi ni, disahkan positif jangkitan Covid-19.

Lepas disaring rupanya bayi tu pun dah terkena jangkitan Covid. Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.

IKLAN

“Panasnya Badan Baby Ni” Tak Sedar Kena Covid-19, Hati-Hati Nak Lawat Baby!

✅ Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak perlu nak main cak cak dengan bayi tu. Dia belum pandai lagi nak main cak cak. Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.

✅ Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.

Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.

IKLAN

“Panasnya Badan Baby Ni” Tak Sedar Kena Covid-19, Hati-Hati Nak Lawat Baby!

✅ Jangan tegur bayi tu mata dia juling. Kebanyakan bayi ni, kedudukan mata dia akan jadi normal semula selepas umur 4 bulan. Kalau masih juling selepas umur 4 bulan, boleh dirujuk pada doktor mata.

✅ Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi. Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.

Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS). Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.

IKLAN

“Panasnya Badan Baby Ni” Tak Sedar Kena Covid-19, Hati-Hati Nak Lawat Baby!

✅ Ni paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi. Benda macam ni boleh buat mak naik gila sampai jadi Postpartum Depression.

Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Saya tahu, kadang-kadang kita tak sengaja sebab teruja sangat nampak baby kan.

Menarik: Sia Sia Kita Nasihat Anak Yang Tengah Mengamuk, Masa Ni Otak Rasionalnya Tengah Shut Down

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI