Pancake Cereal Comel Versi Baby. Senang Nak Buat, Anak Pun Teruja Nak Makan!

Share

Bila anak dah mula pandai makan, mama memang teruja nak cuba macam-macam jenis resipi. Ya lah selain seronok tengok anak makan berselera, boleh juga mama bereksperimen dengan resipi baru yang inovatif.

Yang penting bukan sahaja bentuknya memikat selera anak, malah rasanya juga hebat dan memenuhi selera si manja. Seperti resipi comel yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea untuk si kecilnya, Pancakes Cereal versi baby.

Menggunakan bahan-bahan yang mudah dan sesuai untuk anak-anak, caranya juga cukup ringkas untuk disediakan. Bolehlah dijadikan salah satu menu untuk si kecil tersayang.

1

PANCAKES CEREAL VERSI BABY

Bahan Bahan :
1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/2 cawan susu segar
2 sb puri pilihan ( optional )
1/4 sk serbuk penaik
1 sb minyak masak
1 biji telur

3

Cara Cara :
1. Satukan ke semua Bahan Bahan dan kacau sebati .
2. Tapis dan tuangkan ke dalam botol / piping bag .
3. Panaskan kuali dengan menggunakan api sederhana kecil .
4. Kemudian picitkan adunan ke atas kuali sebesar duit syiling 10 sen .
5. Terbalikkan apabila permukaan bahagian atas telah kering .
6. Ulang proses sehingga selesai .
7. Angkat dan letakkan di dalam mangkuk .
8. Hidangkan bersama susu , boleh juga ditambah biskut homemade dan buah buahan jika suka .
9. Siap, sedia dihidang

4

Ada ketikanya memang buntu tak tahu apa lagi yang boleh dimasak untuk si kecil tersayang. dalam fasa memperkenalkan mereka kepada pelbagai jenis makanan, ibu memang perlu lebih kreatif dengan menu yang menarik. Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan idea baru buat mama atau ibu untuk memasak hidangan menarik buat si kecil tersayang.

Sumber: Farisha Sofea

IKLAN