Sepanjang bulan-bulan terakhir bagi tahun 2024 ini, pastinya ibubapa berusaha untuk membekalkan ilmu buat anak-anak bagi persediaan peperiksaan akhir tahun.
Ujian akhir sesi akademik (UASA) iaitu ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik.
Gred markah UASA ini biasanya dibahagikan kepada beberapa gred dan ini panduan untuk ibubapa.
Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik.
Pelajar yang terlibat dalam UASA adalah seperti di bawah:
Ads
Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
Senarai mata pelajaran untuk sekolah rendah tahap dua adalah:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Sains
* Sejarah
Bagi sekolah menengah tahap satu, terdapat 20 mata pelajaran iaitu:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Pendidikan Islam/Moral
* Sejarah
* Sains
* Geografi
* Asas Sains Komputer
* Reka Bentuk dan Teknologi
* Bahasa Arab
* Maharat al-Quran
* Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
* Al-Syariah
* Usul Al-Din
* Bahasa Cina
* Bahasa Tambil
* Bahasa Punjabi
* Bahasa Kadazandusun
* Bahasa Iban
* Bahasa Semai
Ads
Pelaporan prestasi murid bagi PBD berterusan dan pencapaian ujian dijana dalam satu pelaporan.
Berikut adalah gred markah UASA:
82% – 100% = Gred A = Cemerlang 66% – 81% = Gred B = Kepujian 50% – 65% = Gred C = Baik 35% – 49% = Gred D = Memuaskan 20% – 34% = Gred E = Mencapai tahap minimum 0% – 19% = Gred F = Belum mencapai tahap minimum
Bayangkan hidup serba sederhana, hanya berniaga roti canai demi sesuap nasi, dengan satu harapan untuk membesarkan anak-anak dalam kasih sayang seadanya. Tapi siapa sangka, sekelip mata segalanya hilang.
Itulah kisah penuh pilu Allahyarham Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendi dan suaminya, Mohamad Azim Izat Ishak, yang kini menjadi bualan ramai selepas satu video lama mereka kembali tular bukan kerana promosi, tetapi kerana harapan yang tidak sempat kesampaian.
“Satu je… kami cuma nak teruskan kehidupan…” luah arwah dalam video TikTok sambil senyum ikhlas.
Pasangan ini yang mengusahakan sebuah gerai roti canai kecil, merakam video mempromosi perniagaan mereka dengan cara yang sangat jujur dan menyentuh hati. Mereka tak pernah bercakap soal mahu kaya, hanya mahu terus hidup. Mahu pastikan anak-anak cukup makan, cukup kasih sayang, cukup perlindungan.
Namun, takdir lebih awal memanggil mereka.
Enam beranak itu terkorban selepas kereta mereka dipercayai terbabas ke dalam Sungai Korok, Jitra, Kedah. Dalam Proton Iswara itulah mereka ditemukan sepasang suami isteri dan empat cahaya mata kecil:
Putra Rayyan Nur Izza, 9
Hawa Adriana Nur Izzat, 8
Annayla Humaira Nur Izzat, 7
dan si bongsu Tuah Haydar, baru 6 bulan…
Kesemua mereka disemadikan dalam satu liang lahad yang sama. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kini, tinggal hanya doa dan ingatan daripada seluruh rakyat Malaysia yang tersentuh dengan kisah mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui mereka tak kenal siapa arwah secara peribadi… tapi hati seolah-olah tersentuh seperti kenal lama.
“Manisnya wajah mereka… Moga Allah kurniakan syurga buat mereka sekeluarga,” Madiha Mohamad
“Cerita dia jujur, berniaga sebab nak hidup, bukan nak kaya. Hati tak tahan tengok video tu,” Muhammad Zairin
“Sangat nampak keikhlasan dalam setiap senyuman dan kata-kata mereka… Allah lebih sayangkan kalian,” – Mazlina Rubani
Kisah ini bukan sekadar tragedi. Ia satu peringatan. Bahawa dalam dunia serba mencabar ini, masih ada insan yang berjuang dalam diam tanpa mengeluh, tanpa menagih simpati. Mereka cuma mahu hidup. Cuma mahu anak-anak mereka terus membesar dalam kasih yang cukup.
Dan kini, satu keluarga itu sudah pun “pulang” bersama.
💗 Al-Fatihah buat Allahyarham sekeluarga. Semoga kisah mereka kekal menjadi cahaya dalam kegelapan dunia ini mengingatkan kita erti syukur, ikhlas, dan kasih yang sebenar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang tempoh PKP ini, masih ada segelintir masyarakat yang berdegil dan masih keluar sesuka hati. Walaupun sudah diberi amaran, tetap keluar rumah tanpa sebarang keperluan.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh, ada sebuah video yang menunjukkan seorang pegawai polis sedang menasihatkan seorang remaja yang dilihat berkeliaran di luar rumah pada waktu PKP ini. Remaja lelaki ini dipercayai sudah ditegur berkali-kali tetapi masih berdegil.
Ikuti perkongsian ini.
Kawan-kawan share video ni dalam group WhatsApp kemudian pakat gelakkan budak itu kena marah.
Tapi bila aku tonton, sejujurnya aku terharu dengan sikap pegawai polis ini. Penuh sikap kebapaan, ada pula unsur motivasi hebat di situ.
Kawan-kawan share video ni dalam group WhatsApp kemudian pakat gelakkan budak itu kena marah.Tapi bila aku tonton, sejujurnya aku terharu dengan sikap pegawai polis ini. Penuh sikap kebapaan, ada pula unsur motivasi hebat di situ.Apa yang aku faham, remaja itu anak yatim. Anak sulung dalam keluarga pula. Jika lihat kondisi rumah, kita dapat simpulkan dia dari keluarga miskin dan kurang senang.Namun remaja ini degil. Tempoh PKP ini dia merayau diluar sehingga beberapa kali diberi amaran oleh anggota polis.Agaknya kerana polis di sana tahu remaja ini anak yatim, anak sulung harapan keluarga pula dan datang dari keluarga kurang senang, mereka kasihan untuk terus tangkap dan hantar ke Sekolah Tunas Bakti, Sg Besi tempat sepatutnya remaja bermasalah dikumpulkan.Maka pegawai polis berpangkat tinggi sendiri ke rumah remaja ini.Apa yang orang lihat sebagai marah-marah itu sebenarnya adalah nasihat yang tegas bagai seorang bapa. Aku melihat kata-kata beliau seolah beliau sedang memarahi anak sendiri.Penuh sikap kebapaan. Penuh rasa kerisauan tentang masa depan. Penuh dengan simpati dengan nasib keluarga remaja ini.Antara part yang paling mahal dalam video ini ialah bila pegawai polis itu mencabar remaja ini,"Aku cabar kamu. Kamu tunjuk pada aku, 5 tahun lagi kamu berjaya masuk IPTA. Aku cabar kamu!"Ah, ini salah satu teknik motivasi yang paling berkesan. Mencabar ke arah kebaikan. Mencabar remaja ini berusaha dan mengeluarkan potensi yang ada dalam diri dia.Hebat sungguh pegawai ini. Aku sangat respek cara dia handle kes ini. Dalam ketegasan, ada nasihat. Dalam nasihat, ada cabaran yang mungkin akan menjadi kenyataan.Terima kasih kepada pegawai polis ini. Ia mungkin nampak kecil pada mata sebahagian orang, namun percayalah, ia memberi impak yang sangat besar pada anak yatim dari keluarga miskin ini.Semoga remaja ini berubah dan semoga Tuhan terus memelihara barisan polis, askar dan frontliners lain yang bekerja demi memastikan keselamatan kita semua.Tabik hormat untuk tuan! 🙏#StayAtHome#MFS.
Apa yang aku faham, remaja itu anak yatim. Anak sulung dalam keluarga pula. Jika lihat kondisi rumah, kita dapat simpulkan dia dari keluarga miskin dan kurang senang.
Namun remaja ini degil. Tempoh PKP ini dia merayau diluar sehingga beberapa kali diberi amaran oleh anggota polis.
Agaknya kerana polis di sana tahu remaja ini anak yatim, anak sulung harapan keluarga pula dan datang dari keluarga kurang senang, mereka kasihan untuk terus tangkap dan hantar ke Sekolah Tunas Bakti, Sg Besi tempat sepatutnya remaja bermasalah dikumpulkan.
Maka pegawai polis berpangkat tinggi sendiri ke rumah remaja ini.
Apa yang orang lihat sebagai marah-marah itu sebenarnya adalah nasihat yang tegas bagai seorang bapa. Aku melihat kata-kata beliau seolah beliau sedang memarahi anak sendiri.
Penuh sikap kebapaan. Penuh rasa kerisauan tentang masa depan. Penuh dengan simpati dengan nasib keluarga remaja ini.
Antara part yang paling mahal dalam video ini ialah bila pegawai polis itu mencabar remaja ini,
“Aku cabar kamu. Kamu tunjuk pada aku, 5 tahun lagi kamu berjaya masuk IPTA. Aku cabar kamu!”
Ah, ini salah satu teknik motivasi yang paling berkesan. Mencabar ke arah kebaikan. Mencabar remaja ini berusaha dan mengeluarkan potensi yang ada dalam diri dia.
Hebat sungguh pegawai ini. Aku sangat respek cara dia handle kes ini. Dalam ketegasan, ada nasihat. Dalam nasihat, ada cabaran yang mungkin akan menjadi kenyataan.
Terima kasih kepada pegawai polis ini. Ia mungkin nampak kecil pada mata sebahagian orang, namun percayalah, ia memberi impak yang sangat besar pada anak yatim dari keluarga miskin ini.
Semoga remaja ini berubah dan semoga Tuhan terus memelihara barisan polis, askar dan frontliners lain yang bekerja demi memastikan keselamatan kita semua.
Tabik hormat untuk tuan! 🙏
#StayAtHome #MFS
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didik anak belajar hidup susah, barulah dia jadi lebih kuat. Sebagai ibu bapa, adalah naluri semula jadi untuk ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Namun, dalam usaha memastikan mereka hidup selesa, ada risiko anak-anak menjadi terlalu bergantung atau kurang memahami erti susah dan usaha.
Oleh itu, penting bagi kita mendidik mereka untuk merasai kesusahan, agar mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari, kuat, dan matang.
Kena belajar rasa susah, supaya dia lebih kuat.Pagi tadi anak saya nak ke Balai Seni di KL. Dia nak siapkan assignment universiti katanya.
Dia cek Grab, tambang sehala RM90.00. Itu belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.
Jadi saya suruh dia naik MRT dan naik bas sahaja. Lebih jimat.
Dia keluar dua beradik (adik lelaki dia sebagai bodyguard) tak habis pun RM20.00. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.
Walaupun mampu untuk benarkan dia naik Grab, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa yang lain. Yang ibubapa mereka tak mampu sediakan segalanya.
Dia pun kena belajar susah.
Bila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi bila susah sebenar tu datang.
Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa. InsyaAllah.
Tapi masa depan dia belum pasti.
Dia kena belajar rasa susah sama macam mahasiswa lain supaya lebih mudah dia bina kejayaan dia sendiri.
Kesenangan yang berpanjangan boleh menjadikan kita lemah. Ibarat hidup tanpa exercise, badan makin lama makin lemah.
Tekanan ketika exercise tu menjadikan otot dan tulang kita makin kuat. Tekanan tu menjadikan tubuh kita lebih kuat.
Daya tahan hadapi tekanan itulah menjadikan diamond sebagai batu pertama yang paling kuat.
Membangunkan Ketahanan Diri
Kesusahan mengajar anak untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang dan berani. Mereka belajar bahawa hidup ini tidak selalu mudah, dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ini membantu mereka mengembangkan daya tahan (resilience) yang penting untuk berjaya dalam kehidupan.
Menghargai Usaha Dan Pengorbanan
Apabila anak mengalami kesusahan, mereka akan lebih memahami nilai usaha dan pengorbanan. Contohnya, jika mereka terlibat membantu kerja rumah atau menabung untuk membeli sesuatu, mereka akan lebih menghargai barang tersebut kerana mereka tahu usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya.
Mengelakkan Sikap Manja Atau Bergantung
Anak yang tidak pernah merasai kesusahan cenderung menjadi manja dan kurang berdikari. Mereka mungkin sukar membuat keputusan atau menangani masalah apabila berhadapan dengan realiti kehidupan yang mencabar. Belajar menghadapi kesusahan membantu mereka berdikari dan lebih yakin pada diri sendiri.
Mengajar Nilai Kesyukuran
Kesusahan mengajar anak-anak untuk mensyukuri apa yang mereka miliki. Mereka akan memahami bahawa bukan semua orang bernasib baik, dan ini akan membentuk sifat empati serta keinginan untuk membantu orang lain.
Berikan Tanggungjawab
Libatkan anak-anak dalam tugasan harian seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, atau memasak. Tanggungjawab ini akan mengajar mereka bahawa hidup memerlukan usaha dan kerjasama.
Ajarkan Pengurusan Kewangan
Berikan peluang kepada anak untuk mengurus wang mereka sendiri, contohnya dengan memberi wang saku dan menggalakkan mereka menabung. Apabila mereka perlu menyimpan untuk sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan belajar bahawa wang tidak datang dengan mudah.
Jangan Terlalu Cepat Membantu
Biarkan anak-anak menghadapi masalah mereka sendiri sebelum campur tangan. Contohnya, jika mereka tertinggal kerja sekolah, biarkan mereka bertanggungjawab mencari cara untuk menyelesaikannya. Ini akan mengajar mereka menyelesaikan masalah secara sendiri.
Libatkan Mereka Dalam Aktiviti Sukarela
Bawa anak-anak menyertai aktiviti sukarela seperti membantu golongan kurang bernasib baik. Ini akan membuka mata mereka tentang kesusahan orang lain dan mengajar mereka untuk lebih bersyukur.
Beri Galakan, Bukan Kemanjaan
Walaupun menghadapi kesusahan, anak-anak tetap memerlukan sokongan emosi daripada ibu bapa. Berikan galakan untuk mereka terus berusaha, tetapi elakkan memberikan keselesaan berlebihan yang boleh melemahkan semangat mereka.
Kesimpulannya mendidik anak untuk merasai kesusahan bukan bermaksud kita tidak menyayangi mereka. Sebaliknya, ia adalah langkah penting untuk membantu mereka memahami realiti kehidupan dan membentuk keperibadian yang lebih kuat dan berdikari.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memberikan kemewahan atau keselesaan, tetapi juga memastikan anak-anak kita bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan yakin. Ingatlah, anak yang pernah merasai kesusahan akan lebih menghargai apa yang dimilikinya dan mampu menjadi individu yang tabah dan berjaya.