
Ibu yang pertama kali menyusukan bayi sering berdepan dengan pelbagai persoalan, terutamanya apabila merasakan susu badan masih belum banyak. Ada yang mula risau apabila bayi kerap menangis, menyusu terlalu lama atau berat badan si kecil tidak meningkat seperti yang diharapkan. Hakikatnya, kebimbangan ini sangat biasa dan dialami oleh ramai ibu baharu.
Sebagai info penting, lebih banyak susu badan yang dikeluarkan, lebih banyak juga susu akan dihasilkan. Prinsip supply and demand ini menjadi asas utama dalam penyusuan susu ibu. Tubuh wanita diciptakan untuk menyokong keperluan bayi, namun ia memerlukan rangsangan, sokongan dan teknik yang betul bagi memastikan penghasilan susu badan berjalan dengan lancar.
Susu badan merupakan sumber nutrisi terbaik untuk bayi, terutamanya kolostrum iaitu cecair kekuningan yang dihasilkan pada peringkat awal kelahiran. Kolostrum kaya dengan antibodi dan berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan, selain membantu sistem penghadaman yang masih belum matang.
Namun begitu, ibu yang pertama kali menyusu mungkin berdepan cabaran seperti susu lambat keluar, bayi sukar melekap atau kuantiti susu yang kelihatan sedikit. Keadaan ini sering memberi tekanan emosi dan boleh menjejaskan keyakinan ibu terhadap penghasilan susu badan
mereka sendiri.Sebelum membuat kesimpulan bahawa susu badan tidak mencukupi, ibu ayah perlu peka dengan beberapa tanda penting berikut:
Jika situasi ini berterusan, ibu disarankan mendapatkan nasihat doktor atau kaunselor laktasi untuk menilai masalah sebenar berkaitan penghasilan susu badan.
@kenaliubatanda Cara dan tips untuk TAMBAHKAN susu badan ibu. Tonton sampai habis dan save video ini untuk rujukan #kenaliubatanda #knowyourmedicine #pharmacist #breastfeedingtips #ibumenyusu #fyp #tipspenyusuan #tipsmenyusu #tipsmenyusuibayi ♬ original sound – Kenali Ubat Anda – Kenali Ubat Anda KKM
Masalah susu kurang boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon, teknik penyusuan yang tidak betul, tekanan emosi atau pemakanan yang tidak mencukupi. Berikut ialah panduan praktikal yang boleh diamalkan oleh ibu baharu.
Menyusukan bayi dengan kerap merupakan cara paling semula jadi dan berkesan untuk merangsang penghasilan susu badan. Disarankan bayi disusukan sekitar 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
Penyusuan secara terus atau direct feeding sangat membantu merangsang hormon prolaktin dan oksitosin, terutamanya pada waktu malam apabila hormon ini berada pada tahap tertinggi.
Selain penyusuan terus, ibu digalakkan mengepam susu secara berkala. Amalan ini sesuai untuk ibu bekerja atau bayi yang menghadapi kesukaran menyusu secara langsung.
Mengepam juga membantu memastikan payudara dikosongkan dengan efektif, sekali gus menyokong kestabilan penghasilan susu badan.
Urutan lembut pada payudara dan belakang badan dapat melancarkan aliran susu. Teknik urutan Marmet atau perahan tangan sering disarankan bagi membantu merangsang kelenjar susu serta melegakan masalah susu tersumbat.
Kedudukan menyusu yang betul membolehkan bayi menghisap susu dengan lebih efektif. Antara posisi yang disarankan termasuk cradle hold, cross-cradle, laid-back, side-lying dan football hold.
Lekapan yang baik bukan sahaja membantu bayi mendapat susu mencukupi, malah mengelakkan masalah puting luka dan kesakitan pada ibu.
Tekanan emosi boleh mengganggu hormon penyusuan. Ibu disarankan mendapatkan rehat secukupnya, berkongsi tanggungjawab bersama pasangan dan mendapatkan sokongan emosi daripada keluarga.
Ibu yang lebih tenang biasanya mempunyai aliran dan penghasilan susu badan yang lebih stabil.
Susu badan mengandungi hampir 88 peratus air. Oleh itu, ibu menyusu perlu memastikan pengambilan air yang mencukupi setiap hari serta mengambil kalori tambahan untuk menyokong keperluan tenaga.
Antara makanan yang sering diamalkan oleh ibu menyusu termasuk:
Walau bagaimanapun, ibu dinasihatkan agar berhati-hati dengan pengambilan jamu atau suplemen tanpa nasihat pakar kesihatan, terutamanya jika melibatkan kesan sampingan jangka panjang.
Penyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang memerlukan masa, kesabaran dan sokongan berterusan. Jangan mudah berputus asa jika susu belum banyak pada peringkat awal kelahiran. Dengan ilmu yang betul, keyakinan diri dan sokongan sekeliling, penghasilan susu badan akan bertambah dan mencukupi untuk si kecil tercinta. 💕
BACA LAGI : Diet Ibu Menyusu: Kebenaran Mengejutkan Yang Ramai Salah Faham