Benarlah kata orang, anak perempuan sememangnya manja dengan ayahnya. Ayahlah yang menjadi hero dan cinta pertama untuk anak perempuannya. Begitu juga bagaimana seorang anak perempuan akan sentiasa menjaga ayahnya.
Bonding antara anak perempuan dan ayah berbeza dengan hubungan bersama ibunya. Manjanya anak perempuan dengan si ayah memang susah nak digambarkan dengan kata-kata.
Jika terjadi apa-apa kepada ayahnya, anak perempuanlah yang paling ketara menzahirkan emosi. Inilah yang boleh dilihat apabila anak perempuan kepada pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya yang menangis apabila melihat sesuatu terjadi kepada ayahnya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram fattzuralovelife, Fatima dilihat menangis dan menahan perasaan sedihnya apabila melihat sebuah babak di mana Fattah dipukul. Dipercayai babak tersebut dari filem KL Special Force.
Sambil jarinya ditudingkan ke televisyen, Fatima memanggil Daddy dengan nada sedih. Air mata pun mengalir, punyalah sedih. Memang betullah Fatima sayangkan ayahnya tu. Tak sanggup tengok Fattah sakit kena pukul.
Ads
Sumber foto: Instagram Fattah Amin
Sekadar recap, Fatima dilahirkan sekitar bulan Oktober 2020 hasil perkahwinan pasangan bahagia ini pada 27 November 2017.
Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira berkongsi satu momen lucu di instagram mengenai anak perempuannya iaitu Engku Aleesya yang dikatakan terlupa memasukkan air sewaktu ingin memasak nasi untuk hidangan makan malam.
Masak nasi, lupa masuk air
Menurut Erra Fazira, pada awalnya anak perempuannya itu seakan berbangga kononnya dia tahu memasak nasi. Oleh itu, Erra memberi tugasan kepada Aleesya untuk memasak nasi manakala dia akan memasak untuk hidangan makan malam. Tetapi lain pula yang jadinya sewaktu dia membuka periuk nasi dan melihat di dalamnya hanyalah beras kering.
Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasi. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk dan dia ditugaskan masak nasi. Sekali bila time nak makan, buka-buka periuk. Dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering!! Nasib baik ada standby nasi lemak. Alahaiii anakkk, its ok sayang. Don’t give up!! Nanti cuba lagi k.
Kongsi Erra lagi, mujurlah ketika itu mereka ada bekalan nasi lemak. Jadi, bolehlah dijadikan hidangan makan malam. Dalam satu video yang lain, Aleesya menjelaskan bahawa sebenarnya dia ingin memasak nasi tetapi ketika itu dia terlupa untuk memasukkan air.
You don’t have to post on your story ma. Saya nak masak nasi tapi terlupa letak air. Jadi, nasi tu jadi kering sekarang.
Pengalaman berharga buat Aleesya
Sementara itu, Erra Fazira tetap memberikan kata-kata semangat buat Aleesya supaya anaknya itu tidak berputus asa untuk belajar dan tidak berhenti mencuba lagi.
Di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat gelagat Aleesya dan mereka percaya bahawa Aleesya sebenarnya seorang anak yang bagus dan ada usaha untuk cuba memasak sendiri.
Kredit: IG Erra Fazira
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tidak muncul di media sosial, video pelakon dan penyanyi, Nur Fazura yang meminta seorang kanak-kanak mendoakan agar dirinya hamil anak lelaki mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dikongsikan ramai, ibu kepada Nur Fatima Aisya yang sedang melayani peminatnya untuk bergambar dengan secara spontan
meminta kanak-kanak tersebut mendoakan agar dia juga dikurniakan zuriat lelaki.
“Doakan auntie dapat baby boy ye,” ungkap Fazura spontan yang mesra melayani peminatnya untuk bergambar.
Ibu penyayang ini juga turut menggosok-gosokkan perutnya ketika ayat spontan itu diluahkan.
Biarpun dilihat hanya sekadar luahan spontan Fazura, namun wargamaya mendoakan agar Fazura bertemu jodoh kelak dan impiannya untuk memiliki cahaya mata lelaki termakbul.
Terdahulu Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berada di The Strand Mall, Kota Damansara sempena jualan gudang produk jenamanya.
Pelakon cantik jelita ini juga dilihat cukup ceria malah mesra melayani peminatnya untuk bergambar seperti biasa.
Memilih lokasi untuk bersalin antara perkara paling penting buat pasangan suami isteri. Selain faktor keselesaan dan kualiti perkhidmatan, kos bersalin sering menjadi pertimbangan utama bakal ibu bapa, terutamanya apabila membandingkan kos bersalin hospital kerajaan dan hospital swasta di Malaysia.
Ramai pasangan memilih hospital kerajaan kerana caj rawatan yang jauh lebih rendah. Dengan adanya subsidi kerajaan, kos bersalin hospital kerajaan ditetapkan berdasarkan kelas wad serta jenis kelahiran yang dilalui oleh pesakit, menjadikannya lebih mampu milik untuk majoriti rakyat Malaysia.
Secara umum, caj bersalin di hospital awam dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3. Perbezaan kelas ini melibatkan kemudahan wad, privasi serta caj rawatan yang dikenakan.
Bagi warganegara Malaysia, kos bersalin hospital kerajaan adalah sangat rendah berbanding hospital swasta, hasil daripada subsidi tinggi yang disediakan oleh kerajaan.
Untuk kelahiran normal tanpa komplikasi, caj bersalin yang dikenakan adalah:
– Kelas 1: RM450
– Kelas 2: RM150
– Kelas 3: RM10
Perbezaan harga ini jelas menunjukkan bahawa Kelas 3 menerima subsidi paling tinggi, sekaligus membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan bersalin yang selamat.
Bagi ibu yang perlu menjalani pembedahan caesarean, kos bersalin hospital kerajaan adalah seperti berikut:
– Kelas 1: RM1,200
– Kelas 2: RM400
– Kelas 3: RM100
Walaupun melibatkan pembedahan besar, caj ini masih jauh lebih rendah berbanding hospital swasta yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Untuk kes kelahiran yang memerlukan bantuan perubatan tambahan seperti forsep atau posisi bayi songsang (breech), caj yang dikenakan ialah:
– Kelas 1: RM600
– Kelas 2: RM200
– Kelas 3: RM50
Ini sekali lagi membuktikan bahawa kos bersalin hospital kerajaan kekal berpatutan walaupun melibatkan prosedur yang lebih kompleks.
Selain caj prosedur bersalin, terdapat bayaran tambahan bagi penggunaan fasiliti tertentu. Namun, bayaran ini hanya dikenakan kepada pesakit Kelas 1.
Penggunaan bilik bersalin dikenakan caj RM120 bagi setiap kemasukan, manakala penggunaan dewan bedah turut dikenakan caj RM120 bagi setiap kemasukan. Pesakit Kelas 2 dan Kelas 3 tidak dikenakan bayaran tambahan ini.
Bagi bukan warganegara Malaysia, kos bersalin hospital kerajaan adalah jauh lebih tinggi kerana tidak menerima subsidi kerajaan.
Caj bersalin biasa ditetapkan sebanyak RM2,593, manakala pembedahan caesarean pula mencecah RM3,021. Bagi kes bersalin menggunakan forsep, breech atau vakum, cajnya adalah sama seperti bersalin biasa iaitu RM2,593.
Untuk kelahiran kembar, caj bersalin ditetapkan sebanyak RM2,593, dengan bayaran tambahan penggunaan bilik bersalin sebanyak RM300.
Walaupun tempoh menunggu mungkin lebih lama berbanding hospital swasta, kos bersalin hospital kerajaan masih menjadi pilihan utama kerana tahap keselamatan yang tinggi, kepakaran doktor berpengalaman serta kemudahan rawatan rapi jika berlaku komplikasi.
Hospital kerajaan juga mempunyai akses kepada pasukan pakar pelbagai bidang, menjadikannya lebih bersedia menangani situasi kecemasan ketika proses kelahiran.
Setiap pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan terus daripada hospital yang dipilih kerana caj sebenar boleh berubah bergantung kepada komplikasi, tempoh kemasukan wad serta keperluan rawatan tambahan.
Maklumat kos ini adalah sebagai panduan umum dan tertakluk kepada perubahan dasar semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Secara keseluruhan, kos bersalin hospital kerajaan membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak kekal mampu milik untuk rakyat Malaysia. Dengan perancangan awal dan pemilihan kelas wad yang sesuai, bakal ibu bapa boleh membuat keputusan bijak tanpa membebankan kewangan keluarga.
Keletihan biasa? Semua ibu pernah rasa. Tapi apa jadinya bila keletihan itu sampai tahap hilang fokus, minda “auto‑pilot”, dan keputusan yang diambil boleh menyebabkan bahaya kepada anak sendiri?