Panik Bila Baby Nangis Tak Berhenti. Dah Susukan & Tukar Lampin Tapi Tangisan Makin Kuat! Kenali 5 Jenis Tangisan Bayi

Share

Pernah tak mama papa alami panik bila baby menangis? Sudah disusukan & ditukar lampin tapi tangisannya semakin kuat. Jom kenali 5 jenis tangisan bayi yang bermaksud 5 keperluan dirinya.


Menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, semua bayi mamalia termasuk bayi manusia banyak menangis pada beberapa bulan di awal kelahirannya. Bayi kecil masih belum berupaya untuk bercakap untuk menyampaikan keinginannya. Mereka berkomunikasi menerusi tangisan untuk memenuhi keperluan diri. Justeru, mama dan papa perlu tahu bagaimana untunk menghentikan tangisan bayi.

Memang benar, bayi menangis adalah normal. Namun jika tangisan itu berlarutan tanpa henti, pastinya ia merisaukan mama dan papa. Tahukah anda setiap tangisan bayi mempunyai pengertiannya tersendiri dan terdapat lima jenis tangisan bayi? Setiap tangisan bayi jika didengar secara teliti ternyata kedengaran berbeza.

5 JENIS TANGISAN BAYI

Mama papa perlu faham makna tangisan bayi supaya lebih mudah untuk menghentikan tangisan dan menenangkannya. Paling penting, bayi dapat ditenangkan dan dia kembali ceria, selesa dan gembira.

“NEH”

Bunyi tangisan ini membawa maksud bayi sedang kelaparan. Bunyi ini terhasil akibat daripada “sucking reflex” pada bayi.

“HEH”

Bila bayi menangis dengan bunyi seperti ini, ia bermaksud bayi rasa tidak selesa. Ia mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, pakaian terlalu ketat, lampin bayi penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindak balas kerengsaan terhadap kulit.

 

“OWH”

Bunyi tangisan seperti ini bermaksud bayi sedang mengantuk dan ingin ditidurkan atau didodoi. Tangisan ini terhasil akibat refleks menguap (yawning reflex).

“EH”

Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.

“EAIRH”

Bunyi tangisan ini mewakili keadaan bayi yang kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.

KEBAIKAN MENGETAHUI JENIS TANGISAN BAYI

Dengan mengetahui jenis-jenis tangisan ini, mama dan papa akan dapat memenuhi keperluan bayi dengan lebih mudah. Apabila bayi dapat ditenangkan, maka bayi akan lebih ceria dan gembira. Perkembangannya juga tidak terganggu dan terhindar daripada masalah sawan tangis.

Boleh juga baca artikel ini untuk mendapatkan tip untuk menenangkan bayi yang menangis. [Buntu Nak Tenangkan Tangisan Bayi Baru Lahir, Bimbang Terkena Sawan Tangis. Ikuti 5 Tip Konsultan Tangisan Bayi Ini]

IKLAN