Biasanya orang perempuan ni pantang nampak cermin. Mulalah sibuk nak betulkan tudung, tengok make up okay lagi atau atau dan macam-macam lagi lah. Cermin dan perempuan memang tak dapat dipisahkan.
Lain pula kisahnya dengan si comel ni. Melalui perkongsian ibunya di akaun fzisml, bayi ini pantang melihat cermin. Asal nampak saja cermin, mulalah tersengih besar. Aksi comelnya itu juga mengundang rasa lucu pada ibu ayahnya.
Dalam video ni mereka sekeluarga berada di sebuah butik pakaian. Jadi faham-faham sajalah, penuh cermin. Tak kisahlah ke mana pun si ayah pusingkan badannya, asal ada cermin dia akan senyum. Bukan setakat senyum, dia siap goyangkan tubuhnya macam nak menari. Cute sungguh!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular di platform Threads apabila tindakan seorang individu yang didakwa menghasilkan deepfake menggunakan wajah arwah Zara Qairina mencetuskan kemarahan ramai. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dianggap keterlaluan kerana memanipulasi wajah seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia semata-mata untuk konten hiburan.
Netizen meluahkan rasa marah serta kecewa, malah ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berperikemanusiaan. Lebih menyayat hati, imej arwah yang sepatutnya menjadi memori indah buat keluarga kini dipermainkan dengan cara yang tidak sepatutnya.
“Ini memang melampau. Arwah dah pergi, janganlah buat macam ni. Tak hormat langsung,” luah seorang pengguna Threads yang turut mendapat sokongan ramai.
Ramai juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pembuat deepfake ini kerana ia jelas menjatuhkan maruah arwah dan mengguris perasaan keluarga yang masih dalam proses merawat luka kehilangan. Perbuatan sebegini bukan sahaja salah dari segi moral, malah menyalahi etika dan adab menghormati orang yang telah tiada.
Isu deepfake bukanlah perkara baharu. Sebelum ini, beberapa selebriti turut menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi ini. Namun, kali ini ia mengundang kemarahan besar kerana melibatkan seorang kanak-kanak yang sudah meninggal dunia. Dalam budaya kita, menjaga maruah serta menghormati orang yang sudah pergi adalah kewajipan, bukan pilihan.
Setakat ini, keluarga arwah Zara Qairina masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Namun, netizen sepakat menggesa agar semua pihak menghentikan perbuatan tidak bermoral ini dan menghormati memori arwah.
💔 Pa&Ma berpesan – Teknologi moden bukan alasan untuk hilang adab. Ibu bapa wajar mendidik anak-anak agar lebih peka dalam menggunakan media sosial. Ajarlah mereka tentang etika dunia digital, bahaya deepfake dan kepentingan menghormati orang lain, khususnya insan yang telah pergi. Ingatlah, setiap gambar dan kenangan adalah amanah yang perlu dijaga, bukan dipermainkan.
Bayangkan bayi kecil yang baru saja melihat dunia, belum sempat pun merasa pelukan ibunya dengan sempurna akhirnya pergi, bukan sebab sakit, tapi kerana kecuaian manusia.
Walaupun insiden memilukan ini berlaku di Perancis, ia sepatutnya menjadi pengajaran buat kita semua bahawa satu detik kecuaian boleh meragut nyawa yang tidak berdosa.
Seorang bayi pramatang maut selepas dipercayai dicampak ke lantai oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dibiarkan bebas tanpa pengawasan di unit bersalin Hospital Kanak-Kanak Jeanne-de-Flandre, Lille.
Dilahirkan pada usia kandungan 228 hari melalui pembedahan caesarean oleh seorang ibu muda berusia 23 tahun, bayi itu mengalami kecederaan otak traumatik selepas dipercayai ‘diperlakukan seperti anak patung’ oleh kanak-kanak terbabit.
Menurut laporan, budak lelaki itu merupakan anak kepada salah seorang pesakit yang turut dirawat di wad sama. Dia dilihat bebas berkeliaran di kawasan hospital tanpa sebarang pemantauan sehingga mengganggu keselesaan dan keselamatan.
Pihak polis kini sedang menyiasat kes ini sebagai kes jenayah, dengan kerjasama unit juvana Perkhidmatan Polis Kehakiman Lille serta pendakwa raya tempatan.
Alam berumah tangga memang cukup indah. Pun begitu banyak pasang surutnya, banyak dugaannya dalam melayari bahtera. Suami, yang mengetuai kapal memainkan peranan cukup penting. Tanpa ilmu, rumah tangga akan menjadi suram. Sentiasalah mendapatkan nasihat dan panduan bagi membimbing anak dan isteri agar menjadi insan yang lebih baik.
Ustaz Don Daniyal Don Biyazid, penceramah tersohor kita tidak kurang juga berkongsi ilmu dalam bab berumah tangga. Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kelapan baru-baru ini, Ustaz Don turut berkongsi tip dan menitipkan pesanan ilmu berumah tangga buat para suami.
Dua perkataan iaitu tanggung dan jawab, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Aku Suami
Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok.
Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
Tips Suami perkahwinan 8 tahun yang saya amalkan.
(P/s: Maksud 8 tahun ni, dah lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau orang tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata orang tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan. Terima kasih orang tua tua ataih nasihat. Point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa) Petua yang saya amal dan amik dari orang-orang lama.
1. Tanggungjawab
Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’. Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main mesej dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah. (P/s: lepaih baca ni saya tau, ramai yang nak sambung tulih… kan, sila tulih diruangan komen no che no…)
2. Sembahyang Berjemaah
Ini memang satu miracle laaa. Tak tau nak kata macam mana, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana. Amalkan lah… jangan tinggai.
Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalau…bagi masa, agak-agak lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut dan minta pi sembahyang.
Jangan la buat chengé tak memasai… relaks la… Nabi Muhammad ﷺ dengan keluarga pun relaks. Kalau susah, biasalah. Bukan kita kawen dengan anak Nabi Shuib AS.. so, relaks. Ok.
Rezeki akan menyusul jika betulkan 2 perkara
Begitu yang dikongsikan oleh beliau. Benar, jika tanggungjawab dan urusan dengan Allah kita pelihara, Allah akan mudahkan rezeki dan yang lain-lainnya. Tiga perkara ni kata jangan kita anggap sukar tetapi pasti ada untuk kita bersama isteri dan anak-anak kelak.
Bawah ni akan mai, bila ada 2 yang ataih ni…
1. Rumah
Bagi rumah yang selesa. Sewa pun tak apa. Kecik bukaan dia pun tak apa. Beli pun tak pa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, tak apa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
2. Kewangan
Abang, please… jangan jadi macam saya. Umuq 35 baru nak belajaq jaga duit dan urus duit, nanti menyesai tak sudah Abang. Mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat macam saya Abang… maklumat sekarang dah banyak.
3. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, tak salah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang-kadang kita buat moto, kira-kira dah boleh beli satu Kancil. Saya tak kata pun salah buat moto. Buat. Tak dak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers!
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever!
Apa pandangan kawan2??? Boleh komen n bagi pandangan.
وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.