Julung-julung kali diadakan, Parenting Summit Himpunan Ibu Bapa dan Pendidik Hebat 2025 pada Sabtu lalu di De Palma Hotel, Shah Alam telah berlangsung dengan jayanya.
Seminar yang menghimpunkan lebih seribu penyertaan ini dianjurkan oleh Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN yang menggalakkan penyertaan ibu bapa dalam berkongsi ilmu keibubapaan sekaligus tabungan masa depan anak-anak.
Menariknya acara ini dijalankan secara serentak menerusi dalam talian dengan penyertaan lebih 500 peserta.
Acara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh hos yang cukup bertenaga, Mimie Haris yang berjaya membawa energi positif buat semua ibu bapa yang hadir.
Seminar keibubapaan hebat ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN sekaligus merasmikan majlis pada hari berkenaan.
Turut hadir YBrs En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan YBrs. En Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN serta Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN.
Tidak ketinggalan juga Puan Rina Abd Rahman, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat serta En. Shahir Rahim, Penolong Editor Pengurusan Grup Family & Parenting.
Selepas merasmikan, video paparan pelbagai aktiviti Pa&Ma bersama Simpan SSPN turut dikongsikan sebagai simbolik perasmian pada hari berkenaan.
Ads
Perkongsian panel-panel hebat
Paling menarik pastinya perkongsian dari panel-panel hebat dan berkaliber serta berpengalaman yang sarat dengan ilmu keibubapaan.
Antara panel yang turut mengambil bahagian dalam Parenting Summit ini adalah Penceramah Bebas, Ustazah Asma Harun, Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi serta Madam Roszlinda Sham yang turut berkongsi tip dan ilmu kepimpinan anak hebat.
Madam Arnie dari Happy Hive tidak kurang hebatnya bersama pengacara tersohor Ally Iskandar yang tampil berkongsi tip ‘Bila Anak Berbohong. Kupasan dan olahan yang cukup menarik untuk ilmu buat ibu bapa.
Doktor selebriti kongsi kisah kesihatan
Seterusnya doktor selebriti, Dr Say Shazril tampil bersama isterinya, Dr Azura Abbas yang turut sama berkongsi kisah kesihatan anak-anak.
Dr Say juga turut berkongsi penggunaan media sosial pada anak-anak serta yang sedang membesar dan kesannya kepada perkembangan mereka.
Selain Dr Say, kemunculan ikon keibubapaan, Dr Sheikh Muszaphar antara yang dinantikan oleh semua. Pada petang itu, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi tip bagaimana ibu dan bapa seharusnya membuat sasaran pada pembelajaran anak-anak yang semakin membesar. Juga tidak ketinggalan tip dan perkongsian menarik penggunaan gajet pada anak-anak.
Ads
Dr Malar juga tidak kurang hebatnya bila tampil dengan topik kesihatan anak secara menyeluruh dari aspek pemakanan, tumbesaran fizikal, waktu tidur yang cukup dan sebagainya. Perkongsian Dr Malar yang santai sememangnya cukup dekat dengan peserta yang bersilih ganti bertanyakan soalan.
Simpan SSPN dekat di hati ibu bapa, simpanan masa depan anak-anak
Slot bersama Simpan SSPN dengan menampilkan Ketua Eksekutif PTPTN, En Ahmad Dasuki Abdul Majid tidak kurang hebatnya.
En Ahmad Dasuki berjaya membuka mata ibu bapa dan peserta yang hadir berkenaan perancangan kewangan dalam menjamin masa depan pendidikan anak-anak yang lebih cerah.
Sepanjang sesi itu, En Ahmad Dasuki juga turut menjawab pelbagai pertanyaan bukan hanya peserta di dalam dewan bahkan juga menerusi dalam talian.
Ads
Awal Ashaari penutup paling gamat
Kemunculan pengacara hebat, Awal Ashaari dihujung seminar ini menggamatkan suasana dini hari. Awal turut berkongsi kisah dua anak perempuannya, Lara dan Lila serta cara didikannya bersama isteri, Scha Al-Yahya.
Melalui perkongsian itu, Awal dan isterinya memilih cara yang lebih tegas namun dengan penerapan kasih sayang dan memanjakan kedua anak mereka dengan dua karakter berbeza. Awal juga turut ‘sporting’ melayan setiap peserta dengan pelbagai soalan menarik dari mereka.
Cabutan istimewa raikan peserta
Para peserta tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya Cabutan Istimewa turut diadakan menerusi tiga sesi. Peserta bertuah berpeluang membawa set meja dan kerusi belajar Impact Ergo-Growing bernilai RM2800 serta beberapa hadiah lain termasuklah hadiah berupa akaun Simpan SSPN, Car Seat FIGOFIX tajaan TATEH, Double Tree Resort Hotel Penang, Fox Hotel Glenmarie, Dorset Grand Subang, perkakasan elektrik serta banyak lagi.
Tidak hanya peserta di dalam dewan Seminar, bahkan peserta menerusi atas talian juga turut membawa pulang hadiah. Antaranya termasuk hadiah berupa sejadah Nawaitu, pam susu elektrik bernilai RM300, barangan elektrik serta pemenang utama membawa pulang car seat tajaan Joie bernilai RM2000.
Booth PTPTN & Booth Produk Keibubapaan
Sepanjang seminar ini, para peserta di dewan turut berpeluang melawat ke booth-booth menarik yang terdapat di ruang lobi. Antara booth yang turut serta adalah Awfatech, Simpan SSPN dan pelbagai produk lain.
Seminar Parenting Summit Himpunan Ibu Bapa dan Pendidik Hebat ini pastinya menjanjikan yang terbaik buat semua ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika bercuti, ibulah orang yang paling sibuk menguruskan kelengkapan anak. Namun walau dalam sempurna persiapannya sebelum pulang, pasti ada sesuatu yang tercicir atau tertinggal. Inilah halnya yang berlaku kepada Dr Halina, yang berkongsi kisah anak keduanya, Sophea Natasha ketika bercuti baru-baru ini.
Menurut kata Dr Halina, ketika kejadian tertinggal baju itu, dia sibuk mengemas segala bag dan barang-barang lain untuk check out hotel dan tidak menyedari kelibat anak keduanya itu. Malah lupa menyimpan sepersalinan buat anak keduanya itu.
Perkongsian lucu Dr Halina sudah semestinya mencuit hati semua.
“Alkisahnya tadi, kitaorang nak check out dah from hotel. Maknya tengah sibuk-sibuk kemas bag, barang makanan baju-baju kotor, baju basah, nak make sure semua orang dah mandi sebelum balik KL, nak susukan yang kecik-kecik tu. So, bila dah habis packing we all mintak tolong hotel staff hantar lah bag kitorg yang kemain banyak tu turun bawah dulu.
“Yang tinggal mak punya bag je sebab mak punya bag tu dah jadi macam catch-all bag. Mana yang tak de kategori / tertinggal last minute tu semua masuk bag mak.. Hahaha.
“Tapi, maknya lupa ada lagi sorang anak (Tasha lah…) yang masih berendam dalam bathtub tak nak keluar. Dia diam je. Tiba-tiba dia keluar. Tapi bag semua dah hantar ke lobby. Yang tinggal, hanyalah baju mak dalam satu-satu bag yang masih ada dalam bilik.
“Kalau tak nak pakai baju tu, kena pakai telekung mak..hahaha. Pilih mana nak..
“Sebelum balik singgah kedai runcit beli aiskrim dulu. Van yang nampak bayang dari cermin kedai tu lah van pekerja Rebung yang kitorang pinjam.
“Lega rasanya dah rasanya dapat tengok laut. Alhamdulillah,” tulisnya berkongsi.
Namun menariknya walau dalam persalinan ibunya, si comel Tasha masih tetap ‘stylo’. Malah rata-rata wargamaya menyatakan ia sepadan dan sesuai dengan gaya Tasha.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mengandung tak boleh tinggal buah. Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat, bergantung pada apa yang ibu makan. Sebab tu kena pilih makanan yang baik-baik untuk dibawa masuk ke perut, supaya anak dapat khasiatnya sama.
Tinggalkan makanan tinggi proses waktu mengandung. Akan beri kesan pada anak sedikit sebanyak jika ibu tak ambil kisah apa yang dimakan.
Semua jenis buah bagus untuk ibu mengandung selagimana ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan.
11 jenis buah ni, antara yang baik untuk ibu mengandung. Boleh cuba makan dalam tempoh 9 bulan mengandung ok.
1. Pisang
Ada pottasium, untuk elakkan kaki cramp dan lenguh waktu mengandung.
2. Kiwi
Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.
3. Jambu batu
Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.
4. Epal
Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.
5. Pear
Tinggi fiber jugak yang ini, bagus untuk usus dan mudahkan ibu membuang.
6. Delima
Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.
7. Avokado
Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.
8. Berries
Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu, dan elakkan anemia.
9. Tembikai
Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi jugak.
10. Magga
Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.
11. Oren
Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.
Ibu mengandung boleh cuba k. Banyakkan hidangan buah dalam sehari. Sekurangnya 2 atau 3 kali sehari.
Gantikan makanan kurang sihat, dengan buah yang pasti lebih sihat buat ibu dan anak dalam kandungan.
Nak ajar anak makan sihat, sebenarnya bermula dari kita sendiri ibu dan ayah. Anak tengok, sampai masa diorang follow je.
Saban hari, kes membabitkan ibu hamil yang positif Covid semakin meningkat. Apa yang sedihnya, ibu dan bayi dalam kandungan turut berisiko sehingga ada yang perlu menjalani pembedahan melahirkan bayi lebih awal dan ibu terpaksa ditidurkan.
Keadaan ini turut memberi kesan buat ahli keluarga dan anak-anak yang mengharapkan si ibu dapat kembali sedar dan pulang ke rumah seperti biasa.
Moga ada keajaiban buat isteri
Melalui perkongsian seorang suami, Mohd Zulkifli Mohdisa, dia sangat mengharapkan doa orang ramai boleh memberi keajaiban buat isterinya, Faiqah yang kini sedang bertarung nyawa dan ditempatkan di ICU setelah disahkan Covid.
Lagi sedih, anak dalam kandungan juga terpaksa dilahirkan awal kerana oksigen isterinya turun mendadak sehingga terpaksa menggunakan mesin pernafasan dan pemantauan rapi.
Terpaksa operate, keluarkan bayi usia 31 minggu
Ketika ditemubual oleh Pa&Ma, Mohd Zulkifli berkata, doktor terpaksa buat keputusan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi walaupun usia kandungan baru 31 minggu. Ini bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
“Sejak isteri ditidurkan dan melalui pembedahan, sehingga sekarang keadaannya masih tidak sedar. Manakala bayi lelaki yang dilahirkan turut berada di NICU bawah pemantauan doktor kerana paru-parunya pun ada jangkitan.
“Apa yang menyedihkan, kelahiran bayi kedua ini sangat ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga kerana anak sulung adalah perempuan dan kiranya kehadiran bayi lelaki melengkapkan kehidupan saya dan isteri. Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya,” ujarnya.
Jangkitan di paru-paru isteri teruk dan kuman dalam darah tinggi
Tambah Mohd Zulkifli lagi, daripada apa yang diberitahu doktor, keputusan untuk tidurkan isteri kerana paru-parunya mengalami jangkitan yang agak teruk dan kadar jangkitan dalam darahnya juga tinggi.
“Sekarang hanya harapkan doa daripada orang ramai untuk beri kekuatan isteri kembali sembuh seperti sediakala. Ini saja yang saya harapkan buat masa ini,” katanya.
Tak sampai 36 jam, oksigen turun mendadak
Ketika ditanya bagaimana isterinya disahkan Covid, Mohd Zulkifli jelaskan, pada awalnya mereka satu keluarga positif dan isteri ditahan di wad Hospital Sungai Buloh kerana mengandung dan berisiko.
Manakala saya dan anak hanya kuarantin di rumah kerana tiada apa-apa simptom dan tak teruk sangat. Selepas habis tempoh kuarantin dan keadaan isteri pun dah sihat, dia dibenarkan pulang ke rumah.
Lepas dibenarkan keluar hospital, seminggu selepas itu dapat tarikh untuk vaksin dan isteri pergi. Namun selepas itu dia kembali demam dan muntah-muntah. Saya bawa pergi hospital dan doktor buat pemeriksaan mendapati paru-parunya ada jangkitan dan darah dia pun ada jangkitan kuman yang tinggi.
Dalam masa tak sampai 36 jam, oksigennya drop sampai 51%. Disebabkan itulah doktor terus ambil keputusan untuk tidurkannya dan bersalinkan awal anak kami.
Doa orang ramai penguat isteri
Pada yang mengenali isteri saya Faiq Iqah beliau telah ditidurkan kerana kadar oksigennye turun mendadak hingga 51% dan memerlukan alat bantuan pernafasan 100%.
Dan dalam pada masa yang sama, baby dalam kandungan telah dkeluarkan dengan cara operation pada petang tadi (4 Ogos). Alhamdulillah baby ok cuma agak lemah kerana pramatang.
Mohon sahabat semua yang mengenali isteri saya, mohon doa kalian agar beliau dberi kesembuhan seperti sedia kala. Segala jasa baik kalian hanya Allah sahaja mampu membalasnya…. #semogaadacahayadihariesok
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.