Terkesan dengan kes buli yang semakin berleluasa kini hingga menyebabkan ibu dan bapa hilang minat untuk menghantar anak ke asrama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi mempertingkatkan pemasangan CCTV di sekolah berasrama seluruh negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa inisiatif ini akan dilaksanakan serta-merta di beberapa sekolah berasrama terpilih, sebelum diperluaskan secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di bawah seliaannya.
Usaha ini menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan KPM dalam memperkukuhkan sistem pemantauan, mencegah berlakunya insiden yang tidak diingini, serta memastikan ekosistem pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk kesejahteraan murid.
Ads
“Bagi meningkatkan aspek keselamatan di institusi pendidikan bawah kelolaannya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama terpilih seluruh negara.
“Pelaksanaan inisiatif ini akan bermula serta-merta sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.
“Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk memperkukuh pemantauan, mencegah insiden yang tidak diingini, serta mewujudkan ekosistem yang selamat dan kondusif bagi semua murid,” ujar KPM.
Pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat, khususnya dalam kalangan ibu bapa dan warga sekolah yang menyambut baik inisiatif berkenaan.
Ads
Pada masa sama, terdapat juga pandangan yang mencadangkan beberapa penambahbaikan tambahan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
Masuk Darjah 1 bukan hal kecil. Itu sebenarnya satu ‘life transition’ untuk anak—dari dunia tadika yang lebih santai, terus masuk ke sistem sekolah rendah yang lebih teratur, lebih ramai murid, lebih banyak perkara nak urus sendiri.
Kalau nak anak ‘smooth landing’ Januari 2026 nanti, ada beberapa kemahiran asas yang memang kritikal untuk disiapkan dari sekarang. Senang cerita, inilah ‘survival kit’ anak apabila melangkah ke alam persekolahan sebenar.
Berpandukan perkongsian di Facebook Mohd Fadli Salleh berikut adalah perkara-perkara penting yang ibu ayah perlu pastikan anak kuasai sebelum anak masuk darjah 1 pada bulan Januari 2026 ini.
1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai. Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia Tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun. Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi. Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT. Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik. Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah. Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka. Semua asas ini perlu diajar dari rumah. Fakta: Ramai murid Tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. Jangan! Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat, “Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.” Akibatnya murid takut nak minta izin ke tandas. Fakta: Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
5) Ajar anak guna tandas awam atau tandas sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas. Fakta: Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri. Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia. Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi tapi pastikan mereka simpan semula.
Fakta: Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas pula, lambakan alat tulis tidak dikutip dan buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang. Fakta: Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8) Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja supaya beg tidak berat. Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Fakta: Ada murid bawa semua buku bila ayah yang susunkan. Semua buku dia sumbat. Banana punya ayah!
9) Jika ada group wasap kelas, jangan hantar mesej tengah malam dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven. Hormati group tersebut dan jangan spam dengan status politik, kata hikmah atau jual barang.
10) Tampal no telefon ibu bapa pada bekas pensel, buku komunikasi dan beg sekolah anak. Jika ada kecemasan, senang cikgu nak hubungi.
Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT. Berhenti merungut! Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa dan hanya buat anak rasa belajar itu susah.
Masuk Darjah 1 bukan sekadar beli beg baru dan hantar anak ke sekolah. Ia perjalanan hidup yang memerlukan persiapan rapi emosi, fizikal, mental dan sosial. Kalau semua check-list ini anak kuasai, insyaAllah Januari 2026 nanti dia akan masuk sekolah dengan lebih yakin, berdikari dan tenang.
Ketika membintangi drama bersiri Takdir Yang Tertulis, Iman Suhana mula dikenali ramai. Memegang watak sebagai Ruzita, lakonannya menjadi sebutan ramai ketika itu. Biarpun perwatakan comel dan sentiasa ceria, Iman telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan menghidap Covid-19 dan menjalani tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh.
Dia mengakui yang dirinya paranoid kerana sentiasa memikirkan tentang kesihatan bayi alam kandungannya. Iman yang kini hamil lapan bulan turut melahirkan rasa syukur kerana dia telah dibenarkan untuk keluar dari hospital pada Sabtu yang lepas selepas tamat tempoh kuarantin.
Iman memberitahu yang dia telah menjalani kuarantin kendiri di rumah sebaik mendapati dirinya positif tetapi disarankan oleh doktor untuk masuk wad supaya bacaan jantung bayi serta oksigen Iman dapat dipantau rapi. Pelakon ini juga memberitahu yang tempoh kuarantin di hospital sangat mencabar kerana tak dapat ke mana-mana dan terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya buat kali pertama.
“Saya akui memang mencabar bila kuarantin di hospital. tak boleh pergi mana-mana dan terpaksa berpisah dengan anak sulung saya.”
Dia telah menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari di hospital dan mengalami gejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak, tetapi tidak teruk.
“Suami dulu kena dan saya kontak rapat. Jadi saya pun buat ujian saringan dan positif. Kemudian saya ke klinik dan keputusannya tetap sama. Waktu kuarantin pun masih ada gejala juga tapi tak lah teruk, Alhamdulillah.”
Sama-sama kita doakan kesihatan Iman dan bayinya sehingga tiba waktu melahirkan. Semoga dijauhi dari sebarang penyakit berbahaya dan urusan bersalin Iman dipermudahkan oleh Allah SWT.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dahlia akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena Hari Kelahiran Pertama apabila pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal berkongsi momen paling bermakna dalam hidupnya iaitu mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Nur Yusra, sempena ulang tahun kelahiran pertama si kecil itu.
Detik istimewa itu bukan sekadar reveal wajah anak, tetapi turut disertai luahan hati seorang ibu yang melalui perjalanan penuh emosi sejak awal kehamilan hingga bergelar ibu.
Dalam perkongsian tersebut, Dahlia meluahkan bagaimana pada awalnya dia tidak bersedia apabila mengetahui dirinya hamil.
“Saya masih ingat masa mula-mula tahu saya hamil, saya rasa tidak bersedia dan selalu tertanya-tanya sama ada saya mampu jadi seorang ibu.”
Menurut Dahlia, perasaan takut dan bimbang itu hadir kerana dia masih cuba menyesuaikan diri dengan perubahan besar dalam kehidupannya. Namun pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh kehamilan banyak mengajar dirinya tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.
Tambahnya lagi, setiap fasa yang dilalui memberi pengalaman baharu yang tidak pernah dijangka sebelum ini.
Namun selepas melalui sendiri fasa mengandung, melahirkan dan postpartum, persepsinya berubah sepenuhnya.
“Perjalanan menjadi ibu memang penat, letih dari segi emosi dan fizikal, tapi dalam masa yang sama ia terlalu indah untuk digambarkan.”
Dahlia turut menyifatkan anaknya, Nur Yusra, sebagai bayi yang sangat baik sejak hari pertama dilahirkan.
“Setiap detik yang dilalui sangat berbaloi. Saya tak pernah sangka akan menjadi seorang ibu pada usia ini, tetapi kehadiran anak mengubah segalanya.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengikut yang turut tersentuh dengan kejujuran Dahlia berkongsi pengalaman sebagai ibu muda. Rata-rata netizen memuji ketabahannya dalam menempuh cabaran sepanjang bergelar ibu buat kali pertama.
Ada juga yang menyatakan mereka dapat merasai sendiri emosi yang cuba disampaikan kerana pengalaman menjadi ibu sememangnya penuh cabaran dan pengorbanan.
Lebih menyentuh hati, beliau mengakui kini lebih memahami perasaan seorang ibu apabila melihat anak membesar depan mata.
“Masa terasa terlalu cepat berlalu… baru rasa macam semalam menimang bayi kecil, sekarang dia dah genap setahun.”
Sempena ulang tahun pertama itu juga, Dahlia menitipkan doa agar Nur Yusra membesar dengan baik dan dilindungi Allah SWT.
“Semoga Yusra sentiasa dilindungi, sihat, menjadi anak yang solehah dan membanggakan keluarga.”
Momen ulang tahun pertama Nur Yusra itu turut dihiasi dengan suasana sederhana tetapi penuh makna. Ramai pengikut media sosial Dahlia turut meninggalkan ucapan dan doa buat si kecil.
Dahlia akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena Hari Kelahiran Pertama bukan sekadar momen pendedahan wajah si kecil, tetapi turut membuka sisi perjalanan seorang ibu yang penuh rasa takut, cinta dan syukur.
Perkongsian daripada Dahlia Rizal ini nyata menyentuh hati ramai, apatah lagi apabila melihat betapa besar perubahan seorang wanita apabila bergelar ibu daripada ragu-ragu kepada cinta yang tidak terungkap dengan kata-kata.
Kisah yang dikongsikan Dahlia juga membuktikan bahawa perjalanan menjadi ibu bukanlah sesuatu yang mudah, namun setiap pengorbanan dan cabaran itu akhirnya hadir bersama kebahagiaan yang sukar digambarkan.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.