
Terkesan dengan kes buli yang semakin berleluasa kini hingga menyebabkan ibu dan bapa hilang minat untuk menghantar anak ke asrama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi mempertingkatkan pemasangan CCTV di sekolah berasrama seluruh negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa inisiatif ini akan dilaksanakan serta-merta di beberapa sekolah berasrama terpilih, sebelum diperluaskan secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di bawah seliaannya.
Usaha ini menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan KPM dalam memperkukuhkan sistem pemantauan, mencegah berlakunya insiden yang tidak diingini, serta memastikan ekosistem pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk kesejahteraan murid.
“Bagi meningkatkan aspek keselamatan di institusi pendidikan bawah kelolaannya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama terpilih seluruh negara.
“Pelaksanaan inisiatif ini akan bermula serta-merta sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.
“Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk memperkukuh pemantauan, mencegah insiden yang tidak diingini, serta mewujudkan ekosistem yang selamat dan kondusif bagi semua murid,” ujar KPM.
Pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat, khususnya dalam kalangan ibu bapa dan warga sekolah yang menyambut baik inisiatif berkenaan.
Pada masa sama, terdapat juga pandangan yang mencadangkan beberapa penambahbaikan tambahan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.