Setiap kali beli buku pasti anak akan koyakkan bila dah jemu membaca. Salah satu sebabnya kerana buku dah pun lusuh dan anak-anak pun hilang minat untuk membaca. Sebenarnya ada cara nak pastikan buku anak-anak masih dalam keadaan baik dan nak elakkan mereka mengoyaknya.

Cara yang dikongsikan oleh ibu ini, Yatie Eimra bagus juga untuk ibu praktikkan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim persekolahan yang bakal bermula awal tahun depan. Dapatlah buku kekal sampai hujung tahun.


Tip Penjagaan Buku 

Orang kata bagus kalau kita beri anak pendedahan pada buku sejak dari kecik supaya boleh pupuk minat anak untuk membaca. Masa anak 1½tahun dulu, dia ada buku favourite dia tapi kalau dah namanya bebudak, kompemlah suka main dan koyak buku. Masalahnya bila buku favourite dia koyak, terpaksalah saya belikan buku yang sama lagi. Lepas tu anak main & koyak lagi dan lagi.. ?

Sekarang ni pulak, buku favourite dia gambar ultraman lak. Asyik bawak jenjalan sampai dah terkoyak bahagian tepi buku tu. Saya memang nak pupuk anak suka membaca buku, tapi dalam masa yang sama saya tak nak ajar anak tak hargai barang. Dapat buku baca/main sampai koyak² & terpaksa beli baru. Nak-nak anak dah makin besar ni, nak latih supaya lebih hargai buku & barang dia.. Iyelah, saya bukannya berasal dari famili yang senang, dulu nak beli sebuah buku pun kena menyimpan.

Sebab tu saya suka jaga buku (termasuk gak koleksi novel zaman belajar dulu) ? & selotape bahagian bucu buku, balut dan sebagainya. Dak Fydh ni lak, makcik dia bagi buku yang beli dari luar negara. Kang kalau koyak, memang tak ler ummi nak belikan nak oii?

So sekarang kita guna teknik selotape untuk buku anak lak.? Bila selotape ni, buku tak mudah koyak & tahan lebih lama (walaupun dah renyuk tapi tak mudah terkoyak). Boleh gak terus selotape buku yang baru untuk prevent dari koyak. Saya lagi suka selotape buku masa masih baru, sebab nanti takdelah rosak teruk. Anak baca/main lasak sikit pun, tak risau.

IKLAN

Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk, Ada Cara Mama Boleh Buatkan, Mudah!

Guna selotape besar camni.

Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk, Ada Cara Mama Boleh Buatkan, Mudah!

 

IKLAN

Saya bukakkan buku & selotape sekeping². Tapi kalau tak nak bukak pun takpe. Selotape pada seluruh permukaan kertas untuk jadikan kalis air & kalis koyak ? Nak selotape sebelah atas je pun boleh (tak mudah koyak, tapi sebelah atas je kalis air), tapi kalau selotape 2-2 belah lagi bagus.

Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk, Ada Cara Mama Boleh Buatkan, Mudah!

Untuk mukasurat tengah, pastikan selotape atas stapler sebagai langkah keselamatan. Takdelah terkena kat jari bebudak tu..

IKLAN

Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk, Ada Cara Mama Boleh Buatkan, Mudah!Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk, Ada Cara Mama Boleh Buatkan, Mudah!

Selotape dari tengah buku memanjang ke bawah (anak panah merah). Guna selotape saiz biasa pun takpe. Ni sekadar nak bagi senang nampak. Selotapekan jugak kulit dari luar (sebab bila dah lunyai macam ni, kulit buku akan mudah terkoyak)

Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk, Ada Cara Mama Boleh Buatkan, Mudah!

Kalau ada buku jenis tetingkap camni (lift the flap book), selotape kat bahagian bawah bukaan supaya tak koyak habis.

Jom buat untuk anak-anak kita

Kredit: Yatie Eimra

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI