Walaupun Covid-19 pulih sepenuhnya kelak, namun untuk membolehkan anak-anak kita ke sekolah semula sememangnya memerlukan masa. Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memastikan wabak Covid-19 benar-benar sifar sebelum memutuskan sesi persekolahan dibuka semula. Ini semua bagi memastikan tahap kebersihan benar-benar berada pada garis sifar.

Mengambil contoh negara terdekat kita, Singapura yang cuba membuka sesi persekolahannya semula namun terpaksa akur untuk menutup semula kali kedua berikutan kes Covid-19 yang masih belum berakhir. Hal sebeginilah yang patut kita elakkan.

Pastikan Covid-19 Sifar, Ambil Masa Dua Hingga Empat Bulan Sebelum Sekolah Dibuka Semula!

Melalui perkongsian Sinar Harian, menerusi temubual bersama Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan, aspek keselamatan dan kesihatan pelajar serta guru perlu diberi keutamaan bagi mengelak gelombang baharu Covid-19.

“Kami melihat tiada sesi persekolahan baharu dimulakan sehinggalah keadaan benar-benar pulih. Perkara ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga empat bulan termasuk satu bulan untuk proses penyah kuman dan nyah infeksi agar sekolah benar-benar bebas dari wabak bahaya ini,” katanya.

IKLAN

Pastikan Covid-19 Sifar, Ambil Masa Dua Hingga Empat Bulan Sebelum Sekolah Dibuka Semula!

Malah katanya lagi, segala operasi mestilah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau juga menyarankan pembelajaran digital perlu dioptimumkan dan dimaksimumkan seperti e-learning (google classroom/ WhatsApp/ Telegram/ EduWeb/ Cikgootube) serta meningkatkan akses penyampaian ilmu melalui siaran televisyen pendidikan (TV Okey) yang sedang dilaksanakan oleh KPM.

IKLAN

Pastikan Covid-19 Sifar, Ambil Masa Dua Hingga Empat Bulan Sebelum Sekolah Dibuka Semula!

Katanya lagi, jika sesi sesi persekolahan dibuka seawal Jun, pihak KPM juga hendaklah mengutamakan pelajar dari kelas peperiksaan dan hanya berfokus kepada subjek-subjek yang memerlukan bimbingan guru terutama Sains dan Matematik.

IKLAN

Malah beliau juga menyatakan beberapa cadangan KPM termasuklah menjadikan dewan orang ramai atau tadika milik kerajaan yang dijadikan pusat pembelajaran supaya pergerakan murid terhad untuk 10 sehingga 30 orang. Namun semua ini masih lagi di dalam perbincangan.

Pastikan Covid-19 Sifar, Ambil Masa Dua Hingga Empat Bulan Sebelum Sekolah Dibuka Semula!

Sebagai ibu bapa, walaupun terpaksa menjalani tempoh PKP namun teruslah berusaha menjadi pendidik buat anak-anak di rumah supaya masa mereka terisi di samping tidak mahu ketinggalan dengan pembelajaran mereka. Sebolehnya usahakan untuk berinteraksi dengan guru-guru di atas talian agar perkembangan pembelajaran anak tidak terabai.

Ikuti laporan penuh melalui laporan Sinar Harian. & MStar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI