Sebak dan gembira melihat Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, menyantuni adik Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika kunjungan ke taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland).
Sepanjang pertemuan itu, dapat dilihat kemesraan Khaleeda dengan Bella. Terpancar wajah keibuannya dan pelukan itu pastinya memberi momen bermakna buat Bella.
Khaleeda turut berkongsi detik istimewa bertemu gadis berkenaan di Facebook serta di laman Instagramnya. Kemesraan antara Khaleeda dan Bella jelas kelihatan menerusi beberapa rakaman gambar yang dikongsi.
Ads
Khaleeda turut berdoa supaya Bella, rakan-rakan dan kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.
“Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.
“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” katanya.
Ads
Pasangan berkenaan turut mencemar duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain.
Elisya berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkongsi rakaman video tentang berita gembira itu sebagai kejutan kepada suaminya, Uzair Haqimy Azman.
Ketika membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT) yang positif, Uzair sebak seakan-akan tidak percaya bakal bergelar bapa anak dua.
Menerusi video yang sama, adik kepada pelakon Fasha Sandha turut memberikan kejutan berita gembira itu kepada keluarga mentua, adik-beradik dan rakan-rakan.
Sheila Rusly, ibu mentua Elisya terkejut dan menitiskan air mata gembira seolah tidak percaya menerima berita gembira itu.
Perkongsian Elisya itu mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.
Sekian lama warganet mengikuti kes wanita yang dipukul suami sehingga koma dan terlantar, Jahidah Nordin, 44, dan hari ini Mahamah Rendah Syariah di Seremban telah meluluskan permohonan tuntutan fasakh yang dikemukakan pada bulan Februari yang lalu.
Memetik laporan di portal Sinar Harian, Hakim, Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu secara tertutup selepas mepertimbangkan keterangan bertulis yang dibuat oleh adik Jahidah iaitu Fauziah, 41.
Sebelum itu, peguam Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd Amirul Adam Ahmad menyerahkan kenyataan bertulis tujuh muka surat yang mengandungi 31 soalan kepada Hamizan.
Menurut Fauziah, keputusan itu sememangnya dinanti-nanti oleh keluarga memandangkan keadaan Jahidah yang sudah menderita hampir dua tahun.
“Alhamdulillah saya tak sangka mahkamah membuat keputusan hari ini, saya gembira sangat.
“Saya rasa terlepas sikit beban yang dipikul selama ini kerana selagi tiada kata putus berkenaan tuntutan fasakh ini, saya sentiasa rasa dihantui,”katanya.
Menurutnya, keluarga sememangnya sudah menerima keadaan Jahidah tetapi hanya mengharapkan pembelaan sewajarnya buat wanita itu.
Ditanya pandangan berkenaan isu keganasan rumah tangga, Fauziah berkata, seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri.
“Tak sepatutnya sehingga dipukul seperti mana yang berlaku kepada kak Jahidah. Ini pun kita tak tahu dia boleh sembuh macam dulu lagi ke tak.
“Wanita yang jadi mangsa keganasan suami juga perlu berani ambil langkah buat laporan, jangan diam saja,” katanya.
Sementara itu, Mohd Amirul Adam berkata, sebelum ini pihak defendan telah dikehendaki hadir ke mahkamah namun tidak memberi kerjasama walaupun notis saman melalui iklan telah disiarkan di surat khabar pada 24 Februari lalu.
Bagaimanapun katanya, mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga (ad litem) iaitu Fauziah dan dokumen-dokumen yang dikemukakan pada prosiding pada Selasa.
“Tuntutan fasakh mula dibuat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri tetapi disebabkan keadaannya yang terlantar, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya.
“Berdasarkan penilaian dibuat, mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua Mahkamah Tinggi itu dan pada hari ini (Selasa) memutuskan pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Malaysia sedang menjadi negara menua disebabkan kadar kesuburan itu semakin menurun. Ini jelas membuktikan apabila Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia merekodkan penurunan ketara kepada 1.7 anak pada 2023 berbanding 4.0 anak pada 1980,.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Abdul Shukur Abdullah, penurunan kadar kesuburan pada masa ini berkait rapat dengan perubahan gaya hidup termasuk peningkatan kos sara hidup, kecenderungan berkahwin lewat dan aspirasi keluarga moden yang memilih saiz keluarga kecil.
Katanya lagi, faktor seperti peningkatan penyertaan wanita dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja turut mempengaruhi keputusan berkaitan pembentukan keluarga.
Di samping itu, keinginan untuk memiliki saiz keluarga lebih kecil disebabkan pertimbangan kewangan, komitmen kerjaya dan keutamaan peribadi turut menyumbang kepada penurunan TFR.
“Masalah kesihatan reproduktif dan ketidaksuburan juga menjadi antara penyebab yang perlu diberi perhatian dalam menangani isu ini secara menyeluruh,” katanya.
Teks ucapan beliau dibaca Pengarah Bahagian Penyelidikan, Kependudukan dan Keluarga LPPKN Adzmel Mahmod pada majlis perasmian Seminar Kependudukan Negeri Perlis 2025 sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia di sini hari ini.
Perasmian seminar bertemakan ‘Penduduk Perlis: Kecil Negeri, Luas Aspirasi’ itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan dan Alam Sekitar negeri Wan Badariah Wan Saad.
Abdul Shukur berkata antara langkah kerajaan menangani isu itu adalah dengan melaksanakan advokasi berkaitan kesuburan melalui Program Bantuan Intrauterine Insemination (IUI) dan Advokasi Infertiliti (BuAI) sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kelahiran di samping memberikan kesedaran berkaitan faktor kesuburan.
Sementara itu, beliau berkata Perlis antara negeri menunjukkan penurunan TFR yang kini mencapai kadar 1.7 pada 2023 selain turut menurun daripada segi bilangan kelahiran hidup sebanyak 3,878 pada tahun sama berbanding 4,392 kelahiran pada 2016.
“Sehubungan dengan itu, adalah tepat pada masanya seminar ini diadakan bagi membincangkan langkah dan dasar yang perlu diambil untuk memperlahankan penurunan kadar kesuburan dan menyiapkan Perlis dalam menghadapi arus pantas perubahan demografi.
“Ia berlaku dengan menyediakan pelan perancangan dan pelaksanaan program melalui tiga teras utama iaitu kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia,” katanya.
Pengumuman ini cenderung harus ditangani segera untuk Malaysia lantaranya impaknya besar dan merangkumi pelbagai aspek yang menjadikan jumlah warga emas akan melebihi golongan muda. Antara kesannya termasuk beban ekonomi meningkat – Lebih ramai warga emas memerlukan pencen, bantuan kesihatan, dan penjagaan, manakala golongan muda yang bekerja semakin berkurang untuk menyokong ekonomi dan membayar cukai.
1.Kekurangan tenaga kerja : Kadar kesuburan rendah bermakna generasi muda yang masuk ke pasaran kerja akan berkurang, boleh menjejaskan produktiviti negara.
2.Tekanan kepada sistem kesihatan : Permintaan rawatan untuk penyakit berkaitan usia seperti kencing manis, darah tinggi, dan dementia akan meningkat.
3. Perubahan struktur masyarakat dan keluarga : Kurang anak bermaksud lebih sedikit ahli keluarga yang mampu menjaga ibu bapa atau datuk nenek, sekali gus meningkatkan risiko warga emas terpaksa bergantung kepada pusat penjagaan atau hidup bersendirian.
4. Pertumbuhan ekonomi perlahan : Dengan bilangan penduduk produktif yang sedikit, peluang inovasi, pelaburan, dan pembangunan mungkin terhad.