Pelakon jelita, Fasha Sandha menjadi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana apabila kekal langsing biarpun sudah bergelar ibu kepada tiga cahaya mata.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata selepas menimang cahaya mata berat badannya bertambah dan dinasihatkan oleh doktor untuk mengubah cara pemakanan yang betul.
Katanya lagi, dia memilih untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat dan seimbang demi menjaga kesihatan secara menyeluruh.
“Saya kurangkan pengambilan gula, jaga makan dan kurangkan pengambilan nasi.
Ads
“Dalam sehari, saya hanya makan dua sudu nasi sahaja bukan dua senduk iaitu pada waktu pagi. Kalau saya makan lebih daripada itu, saya akan rasa menyesal.
“Selepas melahirkan anak, saya mudah naik badan tapi tipulah jika saya tak ambil sumplemen macam detox keluaran saya dan jaga makan buatkan saya lebih ringan dan yakin,” kata Fasha.
Gemar tampil sederhana
Ads
Walaupun bergelar selebriti popular, Fasha lebih selesa memilih gaya hidup yang sederhana dan tidak berlebih-lebihan.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menjelaskan dirinya lebih gemar tampil sederhana menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura.
“Saya merupakan orang yang sederhana, tidak meletakkan diri saya sebagai selebriti. Gelaran itu saya hanya guna bila bekerja sahaja.
“Jika tidak bekerja, hidup saya umpama orang biasa sahaja. Saya mengemas, bawa kereta, pergi pasar jadi mungkin perkara itu yang membuatkan saya lebih dekat dengan orang sekeliling.
“Saya hanya mengekalkan apa yang ada terus jadi diri sendiri terus merendah diri supaya orang dekat dengan kita tapi tidaklah terlalu sempurna, ada juga kekurangan,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pemberian cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi sesi akademik tahun 2026, melibatkan sekolah di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.
Pengumuman ini dibuat bagi memudahkan perancangan perjalanan serta persiapan perayaan dalam kalangan guru, ibu bapa dan pelajar, selain memberi ruang kepada warga sekolah pulang ke kampung lebih awal.
Bagi Kumpulan A, yang melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti tambahan diberikan selama satu hari iaitu pada 19 Mac 2026 (Khamis).
Sementara itu, Kumpulan B melibatkan negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menerima dua hari cuti tambahan, iaitu pada 19 Mac 2026 (Khamis) dan 20 Mac 2026 (Jumaat).
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pula dijangka berlangsung pada 21 Mac 2026 (Sabtu) dan 22 Mac 2026 (Ahad), yang turut diperuntukkan sebagai cuti perayaan dalam takwim tahunan persekolahan.
Pelaksanaan cuti tambahan ini diharap dapat membantu melancarkan perjalanan pulang kampung serta memberi peluang kepada warga pendidikan menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa bersama keluarga tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Masih belum punya rezeki untuk memiliki cahaya mata sendiri”. Itu yang dikongsikan oleh suami penyanyi, Najwa Latif, Akwa Ariffin mengenai keguguran yang dialami isterinya.
Menerusi entri itu, Akwa juga turut berkongsi sebuh video yang memaparkan momen-momen ketika mereka melalui fasa kehilangan tersebut.
“Masih belum ada rezeki tetapi tetap simpan di sini untuk kenangan,” tulis Akwa.
Video berdurasi pendek itu memperlihatkan Najwa yang ketika itu ditahan di wad serta menerima rawatan sepanjang kehilangan itu.
Momen yang tidak mudah dilalui namun terpaksa akur dengan kehendak Ilahi. Najwa yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pensyarah itu dilihat mengalirkan air mata dukanya atas kehilangan itu.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat mendoakan agar Najwa dan Akwa diberikan kekuatan untuk melalui tempoh sukar dan dikurniakan dengan rezeki zuriat kelak.
Terdahulu, Najwa dan suaminya, Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada siapa yang bersedia untuk kehilangan, apatah lagi insan yang menjadi separuh jiwa sendiri. Dalam tenang menikmati perjalanan hidup berdua dan menanti kehadiran cahaya mata pertama, personaliti media sosial Farah Fakhira dikejutkan dengan berita yang meruntun jiwa —suaminya, Zaidul Ariff, pergi buat selama-lamanya secara mengejut.
Hari yang bermula dengan senyuman dan rasa syukur, berakhir dengan tangisan yang tak berpenghujung. Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Farah meluahkan kesedihan mendalam apabila suaminya rebah secara tiba-tiba ketika bermain badminton. Saat menerima panggilan telefon dari rakan suami sekitar tengah malam, dunia seolah-olah berhenti berputar.
“Berjalan pukul 3 petang, makan sama-sama, tunggu Maghrib dekat luar sebelum balik. Sebelum dia pergi badminton pukul 10 malam, sempat spend masa dekat rumah borak-borak, sampai dia sempat hantar gambar dah sampai. Pukul 12 dapat call cakap Zaidul pengsan dan dikejarkan ke hospital. Sampai hospital dapat tahu dia dah tak ada…” tulis Farah dalam nada yang penuh sebak.
Sukar untuk percaya, insan yang baru beberapa jam lalu duduk makan bersama kini sudah tiada. Lebih menyayat hati, sebelum pemergian suaminya itu, Farah sempat berkongsi momen indah — melakukan imbasan ultrasound melihat perkembangan bayi yang sedang dikandungnya.
“1:06 harini scan baby, ya Allah baby dah besar, semua bentuk badan dia jelas, tadi doktor scan muka dia. Rasa macam mimpi sangat awak terus tak ada, tinggalkan saya dengan anak. Sampai hospital, dapat tahu dia dah tak ada…” tulisnya lagi, membuat ramai yang membaca menitiskan air mata.
Momen melihat wajah bayi dalam kandungan sepatutnya menjadi detik manis yang diingati sepanjang hidup. Namun buat Farah, kenangan itu kini bercampur dengan duka — menjadi saat terakhir dia melihat senyuman suaminya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai. Ribuan ucapan takziah dan doa membanjiri ruangan komen. Rakan-rakan pempengaruh serta pengikut di media sosial menzahirkan simpati dan harapan agar Farah terus kuat menempuh ujian besar ini.
Antara komen netizen yang menyentuh hati:
Dalam setiap doa dan kata-kata itu, jelas tergambar betapa ramai yang turut merasai kehilangan tersebut. Walaupun hanya mengenali Farah melalui dunia maya, kisah cintanya bersama arwah Zaidul menjadi inspirasi — pasangan muda yang sentiasa positif, saling menyokong dan penuh kasih dalam perkongsian hidup mereka.
Bagi Farah, setiap detik bersama suaminya kini menjadi memori yang tak ternilai. Setiap tawa, gurauan, dan perbualan kecil sebelum tidur kini bertukar menjadi kenangan yang disimpan kemas dalam hati.
Lebih memilukan, Farah kini meneruskan hari-harinya dengan membawa anak dalam kandungan — zuriat yang akan menjadi penghubung kasih antara dirinya dan arwah. Dalam setiap denyutan nadi dan setiap tendangan kecil bayi itu, di situlah kasih Zaidul akan terus hidup.
Ujian kehilangan insan tersayang semasa mengandung bukan mudah. Namun setiap takdir datang dengan rahsia Tuhan yang penuh kasih. Mungkin ini cara Allah menghadiahkan kekuatan baharu untuk Farah membesarkan zuriat mereka dengan cinta yang tidak pernah berkurang.
Walau perit menerima kehilangan, Farah tetap berpegang pada keimanan bahawa setiap jiwa yang pergi hanya berpindah ke alam lain — bukan hilang, tapi menunggu untuk bertemu semula di syurga nanti.
Dalam hantaran terakhirnya, Farah menulis kata-kata yang menggetar jiwa ramai pembaca: “Rasa macam mimpi sangat… awak terus tak ada. Tapi saya tahu, awak masih ada dalam setiap doa dan dalam anak yang saya kandung ini.”
Kata-kata itu menjadi simbol cinta abadi — kasih seorang isteri yang tidak berakhir dengan pemergian suami. Sebaliknya, cinta itu kini hidup dalam setiap hembusan doa dan langkah perjuangan yang dia teruskan demi anak mereka.
Sejak berita ini tular, ramai rakyat Malaysia berkongsi rasa simpati dan menitipkan doa agar arwah ditempatkan di syurga tertinggi serta agar Farah terus diberi kekuatan. Rakan-rakan selebriti dan pengikut laman sosial turut mendoakan agar kandungan dan kesihatan Farah sentiasa terpelihara.
“Allah tak ambil tanpa ganti. Dalam rahimmu ada hadiah paling berharga. Semoga bayi itu jadi penyembuh rindu dan penguat semangat.” – antara komen yang menyentuh hati ramai pembaca.
Dalam hidup ini, kehilangan adalah ujian paling berat — tapi juga tanda kasih Tuhan. Kadang, Allah pisahkan dua hati bukan kerana tak sayang, tapi kerana ingin satukan mereka semula di tempat yang lebih kekal.
Farah kini mungkin berjalan seorang diri, tapi sebenarnya dia tidak pernah sendiri. Dalam setiap langkah, ada cinta suaminya yang masih hidup dalam doa, dalam anak yang bakal lahir, dan dalam setiap ingatan yang tak akan pernah pudar.
Seperti katanya, “Rasa macam mimpi sangat awak terus tak ada…” — tapi di sebalik mimpi itu, ada janji yang kekal abadi, bahawa cinta mereka akan terus hidup… sampai ke syurga.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.