Selepas tiga hari demam, anak kita biasanya akan diambil darahnya untuk mengetahui sebarang jangkitan kuman. Itu pemeriksaan biasa yang kebiasaannya dijalankan oleh doktor yang merawat. Pun begitu ada juga kes anak masih demam walaupun sudah dirujuk. Ada beberapa perkara yang menyebabkan anak masih lagi demam.

Ini yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol. Salah satu penyebabnya adalah masalah kencing kotor yang berlaku kepada anak seawal usia bawah satu tahun. Jadi ibu bapa perlu lakukan pemerhatian yang tepat untuk mengenal pasti masalah anak.

Patutlah Demam Anak Tak Kebah, Rupanya Ada Petanda Ni, Mak Ayah Wajib Periksa!


“Dah 3 klinik saya pergi, tapi anak saya masih lagi demam. You banyak bagus la doktor. Sekejap saja sudah tahu dia sakit apa.”

Masa tu dah malam. Saya senyum saja. Syukur sangat dapat tolong rawat anak orang lain ni. Ilmu dan ilham tu semuanya dari Allah.

Anak bawah umur setahun ni tak pandai mengadu. Jadi, doktor yang merawat wajiblah proaktif untuk cari jawapan apa punca anak ni demam sampai seminggu lebih.

Salah satu ujian yang perlu dibuat ialah ambil sampel air kencing bayi.

Patutlah Demam Anak Tak Kebah, Rupanya Ada Petanda Ni, Mak Ayah Wajib Periksa!

IKLAN

 

Bila tiub air kencing dimasukkan keluarlah air kencing yang keruh dan berbau busuk. Bila keputusan ujian makmal siap, rupanya bayi ni dah terkena jangkitan salur kencing!

Jangkitan pada salur kencing sebenarnya meliputi hanya 5% dari punca demam untuk anak yang masih kecil.

Ada satu kajian yang dibuat oleh pasukan penyelidik dari American Academy of Paediatrics, 9 dari 100 bayi bawah usia 60 hari yang demam panas puncanya datang dari penyakit kencing kotor.

Patutlah Demam Anak Tak Kebah, Rupanya Ada Petanda Ni, Mak Ayah Wajib Periksa!

IKLAN

Bayi kita boleh jadi ada gejala seperti ni :

❌ Bayi mengerang atau tak selesa sebab rasa sakit masa kencing
❌ Muntah-muntah
❌ Kurang menyusu dan makan
❌ Susut berat badan
❌ Demam tinggi
❌ Kencing berbau busuk
❌ Warna air kencing itu keruh

Kalau tak kesan dari awal, bayi boleh jadi lemah dan ada tanda dehidrasi (kurang air) yang teruk.

Patutlah Demam Anak Tak Kebah, Rupanya Ada Petanda Ni, Mak Ayah Wajib Periksa!

Elak Kencing Kotor Dengan 2 Cara
Anak kebiasaannya mendapat masalah kencing kotor daripada cara kita membersihkannya. Begitu juga dengan kekerapan menukar lampin. Ada dua cara yang disyorkan oleh Dr Redza untuk mengelakkan masalah ini.

IKLAN

2 cara ni mak ayah WAJIB tahu kalau nak elakkan bayi dari terkena penyakit kencing kotor :

✅ Kerap dan cepat kita tukarkan lampin anak kalau dah kencing dan berak.

Dalam satu kajian, 85% jangkitan salur kencing kanak-kanak disebabkan oleh kuman nama Escherichia coli. Kuman ni boleh berpindah dari najis dan masuk ke dalam salur kencing anak kita.

✅ Kalau gunakan wet tissue untuk cuci punggung anak, tolong lap dari depan ke belakang. Kalau lap dari punggung ke depan, maknanya kita sendiri tengah pindahkan kuman dari najis ke dalam salur kencing anak.

Patutlah Demam Anak Tak Kebah, Rupanya Ada Petanda Ni, Mak Ayah Wajib Periksa!

Yang terbaik, cuci terus guna air paip mengalir dan sabun bayi.

Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kalau demam masih tak kebah, boleh jadi sebab dia ada jangkitan ni.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI