Sesetengah anda mungkin takut untuk hamil kerana anda akan kehilangan bentuk tubuh anda. Kebanyakan wanita selepas hamil akan mendapat bentuk tubuh yang lebih besar berbanding sebelum kehamilan mereka. Bagi ramai wanita, kehilangan berat badan selepas kehamilan adalah suatu perkara yang amat sukar. Namun, mengapa biasanya ibu sukar turun berat selepas melahirkan anak?
Sebab mengapa sukar turun berat badan selepas bersalin
Keupayaan setiap ibu untuk menghilangkan berat badan selepas bersalin adalah berbeza. Terdapat ibu yang cepat mendapatkan kembali berat badan mereka sama seperti sebelum mengandung. Walau bagaimanapun, terdapat juga ibu yang memerlukan bertahun-tahun untuk menurunkan berat badan mereka. Hakikatnya, terdapat juga ibu yang terus naik berat badan selepas bersalin, dan akhirnya menjadi obes.
Kehilangan berat badan bukanlah perkara yang mudah. Anda perlu berusaha keras untuk mendapatkan berat badan anda kembali. Antara perkara yang membuatkan anda sukar turun berat selepas bersalin adalah:
Stres dan letih
Kedua-dua ini biasa berlaku kepada ibu bapa baru semasa bulan-bulan terawal selepas kelahiran. Stres dan letih boleh mencetuskan anda untuk makan lebih banyak supaya anda akan dapat simpan banyak kalori dalam tubuh. Ini pastinya membuatkan anda jadi lebih sukar untuk menurunkan berat badan.
Ads
Kurang tidur
Kurang tidur juga boleh menyebabkan anda stres dan letih. Ini kemudiannya boleh mempengaruhi tahap hormon dalam tubuh anda yang mengawal atur selera makan anda.
Stres pada tubuh juga boleh menyebabkan hormon kortisol (hormon stres) meningkat. Ini boleh menyebabkan ketidakupayaan dalam tubuh ibu untuk memetabolisma kalori dengan berkesan. Maka, metabolisma tubuh akan lebih perlahan yang membolehkan lebih lemak untuk berkumpul dalam badan. Tahap kortisol dalam tubuh juga boleh meningkat jika ibu bersenam terlalu banyak.
Jarang-jarang bersenam
Ads
Tidak pernah, atau jarang bersenam boleh membuka peluang untuk kalori terbina dalam badan, menyebabkan berat menaik. Tidak bersenam juga boleh memperlahankan metabolisma tubuh anda. Tambahan pula, metabolisma anda akan semakin perlahan dengan pertambahan usia anda. Kesemua perkara ini boleh menyebabkan anda tidak turun berat badan dan sebenarnya meningkatkan lagi berat badan anda.
Lemak tersimpan selepas kelahiran
Tubuh ibu menyimpan lemak sebelum kelahiran untuk mempersiapkan tenaga bagi penyusuan. Simpanan lemak ini tidak mudah untuk dihapuskan, terutama bagi anda yang tidak menyusukan bayi secara eksklusif.
Menurut La Leche League International, ibu yang menyusukan bayi boleh turun berat badan 6-7 kg setiap bulan dalam tempoh empat hingga enam bulan terawal selepas bersalin. Sementara itu, ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya akan mempunyai lebih kesukaran dalam menggunakan simpanan lemak dan sukar turun berat badan.
Ads
Sebagai tambahan, ibu cenderung untuk mengekalkan kenaikan berat badan dari setiap kehamilan. Jika anda mengandung kembar, tubuh anda akan naik lebih berat badan daripada setiap kehamilan dan membuatkan sasaran anda untuk menurunkan berat badan adalah lebih sukar untuk dicapai.
Perubahan tubuh selepas kelahiran
Anda mungkin akan melihat bentuk tubuh anda berubah selepas melahirkan bayi. Ramai ibu yang mengeluh perut mereka masih tidak kembali kepada asal walaupun selepas setahun atau dua tahun selepas kelahiran. Ini boleh jadi disebabkan oleh perubahan dalam otot abdomen anda selepas kelahiran.
Sesetengah wanita pula secara genetiknya mudah terdedah kepada kesan regangan kulit dan kulit kendur. Ini mungkin akan berkurang, tetapi tidak sepenuhnya hilang. Kulit anda akan kehilangan keanjalan selepas anda melahirkan bayi dan seiring dengan peningkatan usia anda. Bagi tidak membiarkan masalah kulit ini bertambah teruk, anda perlu bersenam dengan kerap. Jika tidak, anda mungkin dapati sukar untuk memulihkan otot perut anda.
Selain daripada senaman yang kerap, anda juga perlu untuk menguruskan diet anda dengan baik dan cukup tidur. Elakkan diet yang berlebihan dan senaman yang berlebihan, kerana ia akan memberi tekanan pada tubuh anda dan boleh menyebabkan metabolisma tubuh menjadi perlahan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap bayi yang masih menyusu memerlukan amaun susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka. Oleh itu, sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan perkara ini terjamin. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui petanda bayi anda sudah cukup minum susu.
1. Berat badan bayi meningkat
Pertama sekali, ibu bapa dapat mengetahui bahawa bayi sudah cukup minum susu sekiranya berat badan bayi meningkat dengan sihat. Ia boleh diukur melalui kenaikan berat badan mereka sebanyak 400 g sehingga 1 kg setiap bulan.
2. Lihat pada jumlah dan warna najis bayi
Anda juga boleh menilainya dengan melihat kepada jumlah dan warna najis bayi yang dikeluarkan setiap hari. Bayi yang normal dan cukup minum susu selalunya akan mempunyai najis berwarna kuning cerah dan cair dan menggunakan sekurang-kurang 1 lampin dalam sehari. Jika bayi langsung tidak membuang air besar dalam satu hari, ia mungkin menunjukkan bahawa mereka tidak dapat susu yang cukup.
3. Perhatikan gerak dan bunyi yang dibuat oleh bayi
Anda juga boleh lihat pergerakan bahagian antara leher dengan dagu bayi ketika mereka sedang menyusu. Perhatikan jika dagu bayi kelihatan turun lebih jauh ke bawah selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi yang asal. Ini menunjukkan bahawa bayi cukup minum susu. Selain itu, cuba dengar bunyi yang dikeluarkan oleh bayi. Jika anda terdengar bunyi seakan “glug, glug, glug’’ atau “slurp, slurp, slurp’’ semasa mereka menyusu, ia juga merupakan petanda bayi cukup minum susu.
4. Payudara menjadi lembut dan kempis
Para ibu juga boleh melihat perubahan pada diri anda. Untuk mengetahui bahawa bayi anda cukup minum susu atau tidak, perhatikan payudara anda. Sebelum menyusukan bayi, payudara selalunya berasa penuh dan kembung. Selepas menyusukan bayi, ia akan berubah menjadi lembut dan kempis. Selain itu, petanda bayi cukup minum susu adalah penyusuan badan tidak lagi menyakitkan bagi anda.
5. Bayi kenyang akan tidur lena
Akhir sekali, bayi yang kenyang atau cukup minum susu akan tidur dengan lena. Bagi orang lama, keadaan ini dipanggil sebagai ‘mabuk susu’. Jika bayi anda kerap tertidur setiap kali selepas menyusu badan dan mereka kelihatan begitu nyenyak, ini menunjukkan bayi anda sudah cukup minum susu.
Pun begitu, ini semua hanyalah petanda asas yang dapat dilihat pada luaran sahaja. Untuk mendapatkan lebih kepastian, bawa bayi anda berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.
Urutan bayi yang dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang bukan sahaja bagus untuk perkembangan kesihatan bayi tapi mengukuhkan lagi bonding bersama ibu bapa.
Bukan setakat untuk memastikan bayi sihat dan gembira tetapi urutan ini juga satu sentuhan kasih sayang yang indah. Urutan bayi merangkumi pelbagai teknik urut yang merangkumi komponen seperti komunikasi, “eye contact”, dan lain-lain tingkah laku positif.
Melalui perkongsian Nurasykin Ali, sebenarnya kekerapan sentuhan ke atas bayi dapat bantu rangsang otak mereka. Bukan ibu saja perlu berurut masa pantang, bayi pun digalakkan untuk berurut sama. Nak join venture katanya.
Yela, si comel kita tu kan belum pandai duduk berdiri semua. Yang dia boleh buat cuma baring saja kan. Bila baring je pun badan mudah sakit sebab tiap sendi dan tulang bayi tu kurang bergerak.
Sebab tu juga bayi perlukan urutan untuk melegakan tubuh badan dia yang comel tu. Nak urut pun ada caranya tau.
Jadi sebelum mulakan urutan, ibu boleh buat sedikit persediaan seperti :-
+ Sediakan kain atau tuala nipis yang lembut untuk baringkan bayi ketika berurut.
+ Pastikan suhu bilik sesuai dengan bayi, tidak terlalu panas atau terlampau sejuk.
+ Tanggalkan pakaian bayi dan biarkan dia memakai lampin pakai buang sahaja.
+ Boleh tuam kaki dan berikan sedikit regangan supaya bayi bersedia dan tidak terkejut ketika hendak diurut nanti.
+ Sediakan juga minyak yang sesuai untuk mengurut bayi. Untuk bayi yang baru lahir, Kak Ekin cadangkan boleh pakai minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
Bayi yang baru lahir ni kan mempunyai kulit yang nipis dan sensitif, jadi perlu lah menggunakan minyak yang tidak panas.
+ Pastikan kuku ibu pendek supaya tidak mencederakan bayi ketika proses mengurut dilakukan.
+ Sapu rata minyak tadi bermula dari kaki kemudian badan dan akhir sekali perut. Ini baru sapu tau, belum urut lagi.
Langkah dan cara-cara untuk mengurut ada di setiap gambar di bawah. Lebih jelas dan mudah untuk ibu praktikkan nanti.
Susah sungguh anak-anak kita nak makan sayur. Orang kata nak ajar anak makan sayur, mama papa pun kena jadi pencinta sayur. Barulah anak-anak akan makan. Tak gitu? Tapi ada trik mama boleh cuba.
Kalau anak masih lagi tak suka makan sayur, ada baiknya mama cuba masakkan sayur cara kreatif. Snek ringkas daripada sayuran pun boleh juga.
Sayur yang dikongsikan oleh Norhidayah Dayah ni boleh juga mama cuba. Sedar tak sedar anak dah habiskan, siap minta tambah lagi. Jom cuba!
Kudapan untuk anak-anak petang ni. Anak-anak memang suka sangat makan…
1. Kobis panjang kopek sehelai-sehelai, cuci bersih-bersih. Kemudian kukus atas api yang sederhana sehingga layu.
2. Bahan bahan yang disagat halus, ubi kentang dua biji, carrot satu batang dan bawang merah dua ulas.
3. Gaulkan bahan yang disagat halus tadi bersama daging kisar.
4. Perasakan dengan garam dan blackpapper. Masak sekejap dalam minyak yang panas.
5. Setelah siap inti digoreng, gunakan sudu dan cedok inti letakkan di atas kobis panjang yang sudah dikukus tadi.
6. Gulung gulung seperti di gambar ni..
7. Kukuskan sekali lagi yang dah dibalut inti.
Tara.. siap. Potong-potong cicah dengan sos thai. Sedap yakmatt.
Selamat mencuba!
Kredit: Norhidayah Dayah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.