Keletah si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin yang kini berusia dua tahun seringkali menarik perhatian kita.
Ada sahaja gelagat dan aksi comel Fatima yang sememangnya petah berkata-kata dikongsikan oleh ibunya di Insta Story.
Menerusi Instagram keluarga kecil itu, @fattzuralovelife, Fazura turut memuat naik video Fatima yang kini sudah pandai meminta dibelikan mainan kepada bapanya.
Menurut Fazura, anak kecil kesayangannya itu berjaya mendapatkan barangan kesukaannya yang dipilih sendiri di gedung mainan.
“Upacara pow daddy for toys berjaya dengan cemerlang semalam.
Ads
“Masuk je kereta dia kata “daddy, Nyamma nak beli toys”. Kitorang semua terkejut dia cakap macam tu.
“Daddy kata Nyamma dah banyak toys no need to buy la ok?
“Dia pun kata “ok”. Habis je makan, dia minta lagi “Nyamma nak jalan beli toys”. Nasib la awakkk @fattahaminz,” tulis Fazura berseloroh.
Ads
Dalam pada itu, menerusi perkongsian video yang dikongsikan pelakon cantik manis ini, ternyata Fatima begitu fokus memilih mainan yang menarik perhatiannya.
Fatima terlebih dahulu memilih beg bewarna merah jambu dan terus menggalasnya ketika memilih mainan.
Ads
Tidak hanya beriya memilih mainan kesukaan, bahkan Fatima juga mahu membawa sendiri mainan kesukaannya biar pun terpaksa menggalas bebanan yang berat. Bersungguh Fatima!
Rata-rata peminat anak kecil itu begitu terhibur melihat langkah Fatima yang laju dan begitu teruja melihat deretan mainan di hadapannya.
Selepas genap seminggu kelahiran cahaya mata ketiganya, pengacara dan penyampai radio, Haziq Husni kini tampil mendedahkan wajah dan nama buat buah hati tersayangnya.
Menerusi satu hantarannya di Instagram, Haziq berkongsi nama indah pilihannya bersama isteri tercinta, Ayunda Putri.
“MashaAllah Tabarakallah.
“Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan.
Lahir 25 May 2022 952am, 3.05kg,” tulisnya berkongsi.
Haziq dalam pada itu turut sama membingkiskan ucapan dan doa buat anak ketiganya itu agar membesar menjadi anak yang sihat serta solehah.
“Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah 🤍,” tulisnya lagi.
Melalui entri berlainan juga Haziq turut memuat naik gambar terkininya bersama Charissa Azzahra yang berkulit putih dan comel.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Haziq turut memuji wajah comel Charissa serta mendoakan agar perjalanan anak kecil itu sentiasa dilindungi Allah SWT. Masing-masing memuji wajah comel dan putih gebu Charissa.
Semoga Charissa Azzahra teruslah membesar dengan sihat dan menjadi pelengkap bahagia kedua ibu bapanya.
Terdahulu, anak ketiga Haziq selamat dilahirkan pada 25 Mei yang lalu.
Selain kulit bawang, kulit nanas juga boleh dijadikan baja organik. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah. Kalau biasanya kulit nanas kita anggap sebagai sampah dan dibuang begitu sahaja, selepas ini jangan buang lagi ya!
Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas.
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
Berbuih mulut mama suruh buat itu dan ini, bagi arahan untuk mandi dan uruskan diri sendiri tapi anak buat-buat tak dengar saja. Geram dan naik darah juga ibu dibuatnya. Kalau sekali mungkin tak mengapa tapi berkali-kali. Ibu mana yang boleh bertahan sabar kan?
Mama jangan cepat naik darah dulu sebaliknya tambahkan ilmu dengan informasi yang dikongsikan oleh Puan Liyana Nazli ini di facebooknya. Otak anak kita perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Ada perkara yang mama papa kena tahu. Baca perkongsiannya.
Ada tak antara kita yang anak ada masalah berikut:
Susah bagi tumpuan dan fokus
Cepat marah, mengamuk atau frust
Susah nak ingat perkara yang baru di ajar, pesanan cikgu, banyak kali terlupa itu ini
Susah nak beralih dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain
Susah nak memulakan dan menyiapkan tugasan sampai habis
Tak boleh merancang langkah-langkah untuk siapkan tugasan yang besar
Impulsif; suka menyampuk, tak boleh menunggu giliran, senang terganggu
Ha, ada tak? Mungkin perkara-perkara di atas kita rasa normal pada anak-anak kecil, tetapi penting untuk kita perhatikan fungsi eksekutif (executive functioning) anak kita supaya berkembang mengikut tahap yang sewajarnya.
Bahagian yang bertanggungjawab untuk fungsi ini ialah frontal lobe, bahagian otak yang paling penting, tetapi paling lewat mencapai kematangan. Biasanya menghampiri umur 25-30 tahun baru bahagian otak ini dah fully developed. Frontal lobe ini ialah bahagian otak yang membantu kita kawal emosi, merancang, beri tumpuan, memori dan flexible thinking.
Apa dia flexible thinking? Flexible thinking inilah yang menjadikan otak manusia lebih hebat daripada spesis lain. Kita ada foresight untuk kita jangka apa yang akan terjadi dan hindsight untuk kita guna pengalaman lepas sebagai panduan kita sekarang.
Kenapa penting?
Sebab kalau fungsi eksekutif otak dia tak berkembang seperti yang sepatutnya, dia akan ada masalah bukan sahaja dalam bidang akademik tapi juga dalam asas urus diri. Tambah nanti bila dia dah besar, semua perkara kita mahu anak kita lakukan sendiri. Jadi fungsi eksekutif otak mereka perlu berkembang dengan sewajarnya supaya anak boleh berdikari.
Saya bagi contoh, anak nak pergi sekolah. Fungsi eksekutif yang sihat akan bantu dia dalam perkara berikut.
1. Planning – dia kena rancang langkah nak menyiapkan diri untuk ke sekolah. Kena mandi, solat, pakai baju, kemas beg, pakai kasut etc
2. Organization – dia kena susun aktiviti tu mengikut aturan supaya lancar. Tak adalah tetiba dia dah pakai baju sekolah baru teringat dia belum mandi haha!
3. Prioritization – dia boleh tetapkan prioriti. Nak pergi sekolah ni, mana yang lagi untuk siapkan dulu? Tengok kartun tak penting pagi-pagi ni. Nanti lambat pergi sekolah
4. Task initiation – memulakan tugasan yang di rancang. Rancang dalam kepala saja tak akan menyampaikan dia ke sekolah. Dia kene gerak dan mulakan tugasnya. Ada anak yang susah nak mula bekerja dan banyak procrastinate.
5. Task completion – dah mula, kena buat sampai siap. Mandi kena siap, pakai baju kena siap, kemas beg kena siap, buat homework kena siap. Tak boleh buat separuh jalan.
6. Attention – semua perkara di atas melibatkan tumpuan. Kalau dia senang terganggu memang susah nak bersiap pagi-pagi. Bayangkan tengah sarapan dia boleh melanguk fikir kartun yang dia tengok semalam, sampai sejam pun tak habis lagi semangkuk cereal. Kan jadi masalah tu?
7. Flexible thinking – dia boleh plan kalau nak sampai sekolah on time, pukul berapa dia kena keluar rumah. Boleh fikir consequence, kalau dia lambat nanti kena denda. Boleh ingat pengalaman masa minggu lepas dia datang awal cikgu bagi reward. Semua tu meningkatkan motivasi untuk dia bersiap pergi sekolah dengan lebih efisyen.
8. Problem solving – tengah bersiap tiba-tiba ada masalah. Boleh tak dia fikir sendiri macam mana nak selesaikan masalah tersebut? Ke dia nangis je dengan harapan mak akan selesaikan.
Ha, tu baru pergi sekolah. Dah macam-macam otak dia kena buat kerja pagi-pagi. Bayangkan perkara yang sama dia kena buat sampai dia besar. Dah besar nanti nak pergi kerja sendiri, nak kahwin, uruskan keluarga dan nak urus macam-macam perkara. Semuanya memerlukan fungsi eksekutif yang sihat dan matang.
Biasanya, kanak-kanak yang ada masalah neuro-perkembangan seperti ADHD atau autism memang akan ada isu dengan fungsi eksekutif. Sebab itu antara intervensi awal ialah latihan urus diri. Kita nak latih dia dengan rutin supaya boleh urus diri, sebab perkara tu tak berkembang dengan sendirinya untuk mereka.
Tapi untuk anak yang ada masalah pembelajaran lain pun mungkin ada masalah juga dalam bahagian ini. Dan kalau tak diuruskan dengan lebih awal, memang akan memberi kesan pada kualiti hidup dia bila dah dewasa.
Antaranya susah dia nak beri komitmen pada kerja sebab dia tak boleh nak buat mental planning. Akhirnya dia selalu tak dapat siapkan kerja, tak boleh bertahan di satu-satu tempat kerja untuk jangka masa yang lama dan macam-macam lagi masalah lain.
Dalam berkeluarga pun dia tak ada kemampuan untuk membuat keputusan yang matang, impulsif, senang mengikut perasaan, tak boleh merancang masa depan keluarga. Kesannya keluarga yang berantakan. Huuuu…
Hebatkan Allah buat otak manusia ni? Subhanallah. Dengan keistimewaan seperti inilah Allah menjadikan kita khalifah di muka bumi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!