Apabila anak sudah berusia 4 tahun, pastinya ibu bapa mula risau bila si kecil masih lagi tidak dapat memegang pensil dengan tepat. Memegang pensil seharusnya perlu dilatih sejak kecil lagi. Tak perlu menulis sebaliknya hanya biarkan sahaja anak memegang supaya dapat membiasakan diri dan mencari pegangan yang selesa buat mereka.
Pun begitu, melatih anak memegang pensil pun kena ada cara yang tepat. Tip yang dikongsikan oleh Puan Mahfuzah Zainol, Occupational Therapist ini patut anda lakukan pada anak kecil kita. Kita nampak pegang pensil macam mudah dan simple tetapi sebenarnya perlu diajarkan pada anak kita.
7 Tips Tripod Grip (Pegangan Pensel) untuk Kanak-kanak
1. Pegangan pensel secara tripod adalah yang paling efektif atau berkesan semasa menulis.
2. Pegangan tripod mempunyai ciri dinamik dan jari-jemari boleh digerakkan secara fleksibel dan tidak menyakitkan.
Ads
3. Kanak-kanak perlu mencapai pegangan tripod ini apabila usia mereka menjangkau 4 tahun. Lagi awal, lagi bagus.
4. Pegangan tripod adalah salah satu daripada kemahiran yang perlu dicapai dalam perkembangan kanak-kanak.
5. Pegangan tripod merangkumi :
Ads
-Ibu jari
-Jari telunjuk
-Jari tengah
Guna Alat Bantu Adaptasi
Sebenarnya tak salah pun nak gunakan alat bantu adaptasi buat anak-anak kita kenalah perhatian samada anak-anak kita benar perlukannya atau pun tidak. Ini yang dikongsikan oleh Puan Mahfuzah.
Ads
6. Alat adaptasi yang membantu untuk pegangan tripod ini tidak boleh diguna sembarangan. Guna apabila perlu sahaja. Tidak usah terlalu taksub nak beli alat pensel gripper yang comel untuk anak sedangkan dia tidak perlukannya.
7. Kalau nak guna alat adaptasi, periksa perkara ini:
– Anak lebih minat nak menulis dengan pensel dengan adanya alat adaptasi.
– Anak tidak cepat letih atau sakit bila guna alat adaptasi.
– Hasil tulisan lebih baik jika dibandingkan apabila tak guna alat adaptasi.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda melihat atlet memakai pita berwarna-warni yang melekat pada badan mereka? Bagi sesetengah orang, pita ini mungkin tampak seperti sekadar aksesori sukan, namun hakikatnya ia adalah sebahagian daripada dunia fisioterapi moden yang sangat penting dalam membantu pemulihan kecederaan. Dalam video menarik daripada Bintang Kecil bertajuk “Fisioterapi Apa yang Lekat-Lekat Tu?”, Doktor BK membawa kita menyelami rahsia di sebalik rawatan ini — sesuatu yang bukan sahaja bermanfaat untuk atlet, malah sangat penting untuk anak-anak kita yang aktif.
Sebagai ibu bapa, memahami teknik rawatan seperti ini mampu membantu kita mengambil langkah awal yang tepat apabila anak-anak mengalami kecederaan fizikal. Jom kita terokai lebih lanjut tentang dunia fisioterapi ini!
Apa Itu ‘Lekat-Lekat’ Dalam Fisioterapi?
Pita yang dikenali sebagai kinesio tape ini digunakan dalam rawatan fisioterapi untuk menyokong otot dan sendi tanpa mengehadkan pergerakan. Ia membantu mempercepatkan penyembuhan dengan meningkatkan aliran darah ke kawasan yang tercedera, mengurangkan bengkak, dan mengurangkan kesakitan. Dalam video ini, adik-adik Bintang Kecil diberi pendedahan awal tentang kegunaan pita ini dengan gaya penyampaian yang santai dan menyeronokkan.
Bukan sahaja atlet, malah sesiapa sahaja — termasuk kanak-kanak yang aktif bermain sukan — boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kinesio taping ini apabila mengalami kecederaan ringan.
Alat-Alat Terapi Moden: Lebih Dari Sekadar Pita!
Selain pita kinesio, fisioterapi hari ini juga melibatkan penggunaan pelbagai peralatan moden untuk membantu proses pemulihan, seperti mesin ultrasound terapi dan stimulasi elektrik otot. Dalam segmen ini, Doktor BK menunjukkan bagaimana peralatan ini digunakan dengan mudah untuk membantu mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan pemulihan.
Anak-anak diajar bahawa menjaga kesihatan fizikal bukan sekadar bermain dan berseronok, tetapi juga penting untuk tahu bagaimana tubuh perlu dirawat apabila mengalami kecederaan.
Kenapa Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu?
Sebagai ibu bapa, memahami teknik fisioterapi seperti kinesio taping dan rawatan pemulihan moden amat penting, terutamanya jika anak anda aktif dalam sukan atau aktiviti lasak. Rawatan awal yang betul mampu mengelakkan kecederaan menjadi lebih serius, dan mengurangkan masa pemulihan.
Selain itu, dengan sedikit pengetahuan asas ini, ibu bapa dapat membuat keputusan yang bijak tentang bila perlu mendapatkan rawatan profesional, dan memahami rawatan yang sedang dijalankan untuk anak mereka. Ini bukan sahaja membantu fizikal anak, malah menyumbang kepada perkembangan mental mereka apabila mereka tahu bahawa tubuh mereka dijaga dengan baik.
Tips Mudah Untuk Ibu Bapa: Tindakan Awal Ketika Anak Cedera
Berikut beberapa langkah praktikal yang boleh ibu bapa lakukan jika anak mengalami kecederaan ringan:
✅ Segera rehatkan kawasan tercedera
Pastikan anak berhenti daripada aktiviti fizikal untuk mengelakkan kecederaan menjadi lebih buruk.
✅ Gunakan teknik R.I.C.E (Rest, Ice, Compression, Elevation)
Rest: Rehatkan anggota yang tercedera.
Ice: Letakkan ais dalam kain bersih selama 15-20 minit untuk kurangkan bengkak.
Compression: Balut kawasan tersebut dengan bandage untuk mengurangkan pembengkakan.
Elevation: Tinggikan bahagian cedera untuk membantu aliran darah kembali normal.
✅ Gunakan kinesio tape (jika tahu teknik asas)
Jika tahu caranya, penggunaan kinesio tape yang betul boleh memberikan sokongan tambahan kepada otot atau sendi.
✅ Pantau tanda-tanda kecederaan serius
Jika terdapat pembengkakan berlebihan, kesakitan melampau, atau pergerakan yang terhad, segera bawa anak berjumpa doktor atau fisioterapis.
✅ Berikan sokongan emosi kepada anak
Kecederaan boleh membuatkan anak takut atau kecewa. Berikan galakan dan yakinkan mereka bahawa mereka akan sembuh dengan cepat.
Ilmu Kecil, Manfaat Besar
Video daripada Bintang Kecil ini bukan sahaja menyeronokkan untuk ditonton, malah sarat dengan ilmu berguna yang mudah difahami oleh semua peringkat usia. Dengan gaya penyampaian santai Doktor BK, fisioterapi yang selama ini kelihatan kompleks berjaya dipermudahkan untuk difahami oleh kanak-kanak dan ibu bapa.
Maka, jangan pandang ringan pita kecil yang ‘lekat-lekat’ itu — ia mungkin kunci kepada pemulihan pantas anak anda! Dengan langkah awal yang betul, ilmu asas fisioterapi, dan tindakan penuh kasih sayang, kita mampu membesarkan generasi yang bukan sahaja aktif, malah celik tentang penjagaan kesihatan mereka sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum anak tumbuh gigi, ibu bapa tak sabar nak lihat gigi pertama anak. Tapi bila anak dah ada gigi, penjagaan gigi tak diambil berat.
Ibu bapa kena tahu tip penjagaan gigi anak-anak dari belum ada gigi hinggalah mendapat gigi kekal.
Perkongsian dari Juruterapi Pergigian, Sharipah Eyie boleh membantu ibu bapa mencegah dari awal sebelum gigi anak rongak.
Ini adalah karies awal kanak-kanak. Dalam tempoh ini, untuk melatih anak memberus gigi, tidak perlu ubat gigi pada awalnya. Apabila mereka telah terbiasa, boleh mula letakkan ubat gigi berfluorida. Baca di tiub ubat gigi. Ada juga yang tiada fluorida. Boleh google function fluoride di dalam ubat gigi. Maaf saya katakan, ini bukan lah normal, sebaliknya adalah kesan daripada kurang penjagaan dari ibu bapa.
Seawal bayi tiada gigi lagi, ibu bapa disaran mengelap gusi dengan tuala basah dan arahan sama juga bila kudup gigi susu mula kelihatan. Jaga lah gigi anak anda, tidak kira gigi susu atau kekal kerana pada suatu peringkat, gigi susu akan bercampur dengan gigi kekal. Kerosakan pada gigi susu akan merebak ke gigi kekal dengan senangnya, berbeza jika gigi susu dijaga dengan rapi. Hentikan alasan, mulakan tindakan.
Rules ringkas penjagaan gigi anak-anak :
Berus gigi anak sekurang-kurangnya 2kali sehari.
– guna ubat gigi berfluorida (ada dicetak di tiub ubat gigi), jangan tanya jenama apa bagus, saya bukan duta ubat gigi.
– ada ibu claim gigi anak dia ‘memang rosak dari dulu’ or ‘gigi anak saya rosak macam tu je’ memang saya rasa nak tampar laju-laju, sebab gigi tak akan rosak dari dulu. Bakteria amik masa untuk ‘makan’ gigi sampai rongak.
Pemeriksaan gigi 2x setahun.
– kadang-kadang bila tengok saja nampak macam tak rosak langsung gigi anak. Tapi deep inside dah berongga ala-ala gelang emas berongga. Kat luar cantik, kat dalam hollow, kosong. Sebab dah dimakan dek bakteria.
– terima lah hakikat ibu bapa bukan ada kelulusan bidang pergigian pun, even saya yang ada belajar ni pun salah judgement, apa lagi korang yang tidak. Jangan jadi dr.gigi cap google pulak.
Bagi anak minum susu.
– minum susu lah untuk cukup kalsium. Kalau dah besar, minum lah pakai cawan. Bukan suruh pergi menyusu balik. Semua dah besar, fikirlah sendiri. Makanan lain yang berkhasiat pun kena jugak amalkan. Badan sihat gigi pun sihat.
Sapuan fluoride.
– ni penting. Pergi klinik mintak nak sapuan fluoride. Sapuan tu setiap 6 bulan selama 2 tahun so tolak tambah bahagi, 4x semua nya. Penting sebab kalau dah ada karies awal, inshaallah stop. Google- arrested caries. Gigi rosak pastu kerosakan tu stop. Dari coklat, color dia berubah ke color lebih gelap or hitam (tak apa color tak lawa, karies dah terbantut) atau kalau belum rosak gigi anak tu, inshaallah takkan rosak.
Kadang-kadang kita fikir, “Ala, demam je pun…” Tapi tahukah anda, virus influenza bukan sekadar selesema biasa? Dalam video dari saluran Bintang Kecil, doktor menjelaskan bagaimana virus ini boleh menyerang anak-anak dan warga emas dengan serius – malah boleh membawa maut jika tidak dikawal. Sebagai ibu bapa, kitalah benteng pertama dalam memastikan anak-anak kita kekal sihat dan selamat.
Influenza Mudah Berjangkit – Ibu Bapa Wajib Alert!
Virus ini boleh merebak melalui titisan batuk, bersin, atau sentuhan pada permukaan yang tercemar. Anak-anak kecil, yang suka pegang sana sini dan sentuh muka, sangat mudah terdedah. Inilah sebab utama mengapa ibu bapa perlu ajar anak-anak tentang kebersihan asas: jangan sentuh muka, selalu cuci tangan, dan jauhkan diri daripada orang yang sakit. Senang nak cakap, tapi kena konsisten latih.
Etika Batuk & Pelitup Muka – Ajar dari Kecil
Kalau anak batuk atau bersin, ajar mereka untuk tutup mulut guna tisu atau lengan – bukan tangan. Galakkan mereka pakai pelitup muka jika kurang sihat, walaupun di rumah. Ibu bapa sendiri perlu jadi contoh; anak belajar lebih dari apa yang mereka tengok, bukan sekadar apa yang kita cakap. Buat aktiviti main peranan (roleplay) pun boleh jadi satu cara yang menyeronokkan untuk mereka faham.
Vaksin Influenza – Perisai Tahunan untuk Keluarga
Ramai masih tak tahu yang vaksin influenza sebenarnya boleh diambil setiap tahun, dan sangat digalakkan terutama untuk kanak-kanak kecil. Vaksin ini tak jamin 100% tak kena, tapi ia bantu badan lawan virus dengan lebih baik – dan itu boleh jadi perbezaan antara demam ringan dengan komplikasi serius. Satu cucuk, selamatkan nyawa.
Cegah Lebih Baik dari Merawat
Kesimpulannya, sebagai ibu bapa, kita tak mampu kawal semua perkara – tapi kita mampu ajar anak-anak tentang pencegahan. Dengan ilmu, kesedaran, dan tindakan proaktif, kita boleh jadikan rumah kita benteng kukuh daripada virus yang mudah merebak ini. Jangan tunggu anak sakit baru nak ambil tahu – biar kita jadi ibu bapa yang mendidik, bukan panik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!