Mencari bahagia dalam rumah tangga sememangnya memerlukan usaha berterusan dari kedua belah pihak. Tidak perlu berhenti sebaliknya kasih sayang perlu disemai sentiasa, baik suami mahupun isteri. Sama-sama perlu memainkan peranan, barulah rumah tangga makin bahagia.
Dari hal sekecil-kecil perkara, semuanya perlu dilakukan dengan baik, jujur dan ikhlas hati agar pasangan sama-sama dapat merasainya. Ustaz Ebit Lew tidak terkecuali sentiasa berkongsi nasihat dan panduan buat pasangan suami isteri.
Terbaru menerusi Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah kehidupannya bersama bidadari hatinya, isteri yang dicintai. Berkongsi satu videonya bersama isteri di dalam kereta, Ustaz Ebit Lew turut menasihati semua agar sentiasa mencari pahala malah juga berterima kasih pada bidadari hatinya kerana sentiasa menjadi penyokong kuatnya dalam menguruskan rumah tangga.
“Pegang tangan bidadari dapat pahala. Allah sayang. Best petang-petang lari pergi parking dekat taman. Pusing berdua-duaan. Bestnya. Cuma nak cakap terima kasih bidadari abang,” katanya melalui instagramnya.
Malah kata ustaz lagi, tidak sukar untuk mencari pahala dalam rumah tangga. Malah beliau sentiasa menyarankan para suami untuk memegang tangan isteri agar menjadi lebih dekat dengan kita.
“Main kejar-kejar dengan isteri dapat pahala. Dukung isteri. Laga pipi. Anak-anak pegang tangan mak ayah. Buat hati jadi dekat sangat. Pegang dengan rasa syukur. Terima kasih pada Allah. Pegang tangan yang halal buat kita,” katanya.
Ads
Rajinkan bantu isteri di rumah
Dalam pada itu, pengasas Elewsmart ini juga menyarankan agar suami sentiasa membantu isteri ketika berada di rumah. Tidak perlu memasak jika tidak pandai sebaliknya bantulah isteri pada perkara-perkara lain yang lebih mahir. Membantu menjaga anak juga dapat meringankan bebenan isteri.
“Tengok tangan mereka kadang keluar urat kerana kerja kuat. Kadang kasar kerana kerja rumah. Dulu Saidina Ali ra jumpa Nabi saw ceritakan Fatimah ra yang tangannya kasar kerana kerja rumah.
“Allahuakbar. Kita suami bantulah bidadari di rumah. Sama ada carikan pembantu atau kita sendiri yang bantu. Paling kurang ambil masa dating walau 10 minit cakap terima kasih dan dengarilah luahan hati mereka.
Ads
Saya doakan buat sahabat yang bujang diberikan jodoh yang baik-baik. Soleh solehah bahagia sampai syurga anak soleh solehah,” katanya lagi.
Jadi para suami, ambillah peluang untuk menambahkan pahala dalam rumah tangga. Kita pegang tangan yang halal, usap mesra agar bebanannya setiap hari rasa lega. Bantu dia ringankan bebannya. Insyaallah rumah tangga kita makin bertambah bahagia.
Ads
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kemurahan hati pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memang sudah diketahui ramai. Bukan sahaja ketika PKP dilaksanakan malah sebelum ini pendakwah ini memang sering kali dilihat bermurah hati menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tidak mengira bangsa, agama dan status kehidupan.
Sepanjang PKP yang berjalan lebih kurang 18 hari ini pula Ustaz Ebit Lew turut memberikan sumbangan berupa barangan keperluan yang diperlukan oleh frontliners yang bertugas dalam merawat pesakit-pesakit Covid-19.
Terbaru dalam Facebooknya, Ustaz Ebit Lew mengunjungi tapak pembinaan yang rata-ratanya dihuni oleh pekerja-pekerja tapak pembinaan yang merupakan warga asing. Mereka semua dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran PKP yang berlangsung.
Dalam perkongsiannya itu, Ustaz Ebit Lew menyatakan ada yang sampai sudah putus asa dengan hidup kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran mendapat gaji hari dari majikan.
Agihkan Beras dan Makanan Lain
Pekerja-pekerja pembinaan yang terdiri daripada warganegara Indonesia dan Bangladesh dilihat begitu susah kerana ada yang mempunyai bayi kecil serta hidup bersesak di tapak pembinaan tersebut.
Melihat kesempitan hidup yang dialami, Ustaz Ebit Lew mengagihkan puluhan kampit beras serta set makanan dan keperluan lain untuk warga asing di sana teruskan kehidupan.
Turut menyumbang kepada warga tempatan
Ternyata usaha murni Ustaz Ebit Lew adalah untuk semua orang. Dalam perkongsian yang sama, dia juga turut menyumbangkan kepada warga tempatan yang merupakan golongan asnaf dan juga orang tua. Jika ada yang ingin membuat sumbangan melalui Ustaz Ebit Lew boleh menyalurkan ia ke akaun CIMB milik Pertubuhan Kasih Umat Manusia.
Menangis bila dengar 30 keluarga lapar dah putus bekalan makanan. Ada dengar seorang keluarga putus asa dan rasa macam nak mati cuba buat benda bukan-bukan.. Sedih. Sebab mereka semua dah tiada gaji. Gaji hari kerja semua stop. Jadi dah tiada duit lagi. Kosong. Duit sebelum ni hantar balik kampung. Ada baby pampers dah habis. Takde duit dah nak beli. Ya Allah walau mereka dari jauh-jauh. Duduk di tapak pembinaan. Menangis tengok baby comel tu.
Saudara saya yang saya kasihi susah dari Indonesia dan Bangladesh. 16 keluarga dari Indonesia. Kerja buruh kasar begini. Syukur dapat hantar 30 kampit beras dan 30 set barang dapur beserta mask untuk mereka. Ada seorang nama yayan sebak kerana katanya selalu dengar ceramah saya dari Indonesia lagi. Sebak dapat jumpa hari ini.
Ya Allah tuhanku. Sebak rasa hari ini. Hari ini 30 grab motor dan kereta hantar ke madrasah yang perlukan 100 kg beras seminggu ,rumah orang tua, dan juga rumah asnaf-asnaf. Dah habis bekalan kami dalam 3hari. InsyaAllah akan topup 1 lori 10 tan lagi. Doakan yer. Allahu. Ya Allah maafkanlah kami ya Allah..tak dapat bantu semua.
Jika ingin memupuk sikap yang baik dalam diri anak-anak, perlulah bermula dari awal. Seperti yang dikongsikan ibu ini, Sue Farahanis di laman TikTok, tentang minat anaknya terhadap kucing. Bahkan anaknya mudah rasa tersentuh apabila melihat kucing-kucing jalanan.
Pergilah ke mana-mana pun, anaknya itu sangat disukai kucing. Kucing-kucing terbiar akan datang kepadanya. Tambah ibu ini, anaknya akan merayu untuk membawa pulang semua kucing jalanan yang dijumpai. Tetapi mereka hanya akan membawa pulang kucing yang cedera balik ke rumah untuk diberi makan serta dirawat.
AMINN.. ABG LONG TERLALU OBSES DGN KUCING JALANAN. KALAU BOLEH SEMUA NAK BAWAK
Ada seekor kucing yang selalu ‘dikunjungi’ keluarga ini, jadi anaknya minta untuk membawanya pulang. Tambah sedih kerana anak kecil ini cukup risau kucing itu dibiarkan tanpa diberi makan.
@suefarahanisSELALU SU JA AKAN BG MAKANAN. XBOLEH BAWAK ABG LONG.NANTI JADI MACAM NI LA.DIA XBOLEH TERIMA ORG BUANG KUCING MERATA TMPT##pencinta_kucing##fypシ##fyp #
Bagusnya adik ni, kita doakan mereka sekeluarga diberkati Allah SWT dan sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga berkekalan sikapnya yang baik hati dan suka membantu kucing-kucing terbiar ini.
Buat anak sukakan haiwan, gunakan kaedah ini. Klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peranan seorang ibu dan juga tugas sebagai seorang atlet ternyata bukan satu perkara yang mudah. Meskipun sedang bertarung dalam sebuah perlawanan bola tampar untuk pasukan, seorang ibu tetap menjalankan tanggungjawab terhadap anak yang masih menyusu meskipun hanya mempunyai sedikit masa untuk berbuat demikian.
Tular baru-baru ini gambar seorang pemain pasukan bola tampar dari Mizoram menyusukan bayinya ketika permainan direhatkan untuk separuh masa pertama mendapat perhatian warga net.
Lalventluangi, merupakan salah seorang ahli pasukan bola tampar Tuikum dilihat menyusukan bayinya setelah perlawanan separuh masa pertama acara sukan negeri Mizoram 2019.
Foto itu dimuat naik di Facebook Ninglun Hanghal ketika hari pertama acara itu berlangsung di Aizawl.
“Pemain sempat mencuri masa ketika berehat untuk menyusukan bayinya berusia 7 bulan,” katanya.
Dapat perhatian Menteri Mizoram
Menurutnya, foto itu tular di laman sosial dan rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemain itu kerana sikap dedikasinya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang pemain negeri.
Kata Hanghal, foto Lalventluangi menyusukan bayinya juga mendapat perhatian menteri sukan negeri dan menyampaikan sumbangan 10,000 Rupee (RM587).
Menteri Sukan Mizoram, Robert Romawia Royte memberi sumbangan itu sebagai tanda penghargaan di atas kegigihan pemain membahagikan masa untuk bersukan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Difahamkan, sukan negeri Mizoram 2019 diadakan bermula 9 hingga 13 Disember dan bandar Aizawl sebagai tuan rumah.
Kasih ibu memang sampai syurga, tengoklah walaupun tengah ada perlawanan, Lalventluangi tetap jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Perkara sebegini sememangnya harus dipuji!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.