Ingatkan anak menangis biasa je, tapi sebaliknya ada sesuatu berlaku tanpa sedar. Saat melihat muka anak dah senget sebelah terus hati seorang ibu ini rasa ada sesuatu tak kena. Sehinggalah bawa ke hospital dan doktor sahkan anaknya Bell Palsy.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Sri Syamimie Ibrahim ini yang terjadi pada anaknya, Aisyah Safiyyah bt Mohd Arif Faisal, 1tahun 11bulan cukup buatkannya trauma.
Tak bagi pegang telinga
Mulanya kami ingat Aisyah sakit telinga biasa sahaja. Balik dari kampung tiba-tiba dia tak bagi pegang telinga dia. Bila terpegang dan nak buka baju dia akan menangis. Kami bawa ke klinik.
Doktor kata telinga kena jangkitan dan bernanah. 3 hari selepas itu, Aisyah masih lagi meragam dan tak bagi pegang telinga. Hari Rabu, hari pertama hantar ke pengasuh untuk tahun 2021. Waktu petang semasa saya ambilnya, perasan bila dia senyum mulut dia jadi senget.
Hati kuat katakan Aisyah kena Bell Palsy
Ads
Hati dah tak tenteram sebab abah Aisyah pun kena bell palsy masa bulan November 2020. Nenek Aisyah kena bell palsy juga dalam bulan yang sama dengan abah Aisyah. Lepas Maghrib mula perasan lagi mata Aisyah dah tak boleh berkelip sebelah. Kami bawa pergi klinik. Doktor check telinga nanah dah kering. Doktor minta bawa ke emergency malam tu juga.
Mula-mula jumpa doktor dekat emergency doktor menafikan Aisyah kena Bell Palsy. Sampailah Aisyah menangis baru nampak mukanya jadi makin teruk. Malam tu admit ward.
Gegendang telinga dah pecah
Esoknya jumpa neuro peadiatrik. Memang jelas dia kena bell palsy. Pakar check telinga. Pakar kata kena jumpa ENT, nampak macam gegendang telinga Aisyah dah pecah. Pagi tu juga jumpa ENT dan baru tahu rupanya ada pirah/kutu babi dah hampir dengan gegendang telinga.
Ads
Kutu babi penyebab saraf muka Aisyah terganggu
Pirah/kutu babi itu telah menyebabkan Aisyah kena jangkitan dan juga racun dari benda tu dan menyerang saraf muka Aisyah. Selagi tak buang selagi itu racun benda itu akan serang saraf muka.
Menurut pakar ENT, kutu babi ini mungkin kena semasa Aisyah balik kampung. Sebab dekat kampung ada beli binatang dan waktu itu juga musim hujan. Kutu memang banyak bila udara lembab.
Ads
Alhamdulillah kini, keadaan Aisyah dah semakin baik. Muka dia hanya akan nampak senget kalau dia senyum dan menangis sahaja.
Kadang-kadang ketika dia minum susu, air atau air liurnya sendiri pun akan meleleh di tepi bibir. Minum dalam botol dengan straw pun kena cari posisi yang betul untuk letak straw. Kalau posisi tak betul, memang tak boleh nak sedut airnya.
Bagaimanapun, rawatan susulan dengan pakar masih dilakukan bagi memastikan saraf muka pulih sepenuhnya. Doakan agar Aisyah cepat sembuh ya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi ibu-ibu selepas bersalin, berat badan yang bertambah semasa hamil sering menjadi igauan ngeri. Tip yang dikongsikan oleh aktres Lisa Surihani ini boleh berikan panduan & inspirasi kepada anda yang mempunyai masalah untuk mengurangkan berat badan secara semula jadi tanpa penggunaan sebarang produk.
Lisa dalam aplikasi Instastory telah berkongsi mengenai perkara ini. Mengamalkan diet yang sihat adalah perkara yang dilakukannya. Bukan sekadar intermittent fasting semata-mata!
6 TIP DIET LISA SURIHANI
#1. Ambil beras herba poni/ beras khas untuk pesakit. Apa-apa jenama pun okay.
#2. Elakkan mengambil makanan atau minuman bergula termasuk kordial, minuman bergas atau minuman yang ditambah gula. Misalnya cuba ambil teh dan kopi tanpa gula.
#3. Lakukan intermittent fasting.
#4. Lakukan senaman.
#5. Dapatkan tidur yang cukup.
#6. Minum air dalam kuantiti yang banyak.
Lisa juga mendedahkan yang dirinya pernah mengalami pertambahan berat badan kepada 66kg selepas bersalinkan anak keduanya, Yusof Leonne berusia 4 bulan. Bagaimana pun, selepas Yusof mencecah 1 tahun, berat ibu muda ini menurun kepada 53kg. Kini Yusof telah pun berusia 1 tahun 7 bulan, Lisa berat Lisa sudah berjaya dikurangkan sebanyak 17kg kepada 49kg.
Lisa juga turut berkongsi inspirasi dan semangat kepada mereka yang mengamalkan diet sihat untuk menurunkan berat badan agar bersabar dan cuba untuk tidak menurunkan berat secara drastik. Capai berat badan ideal dengan selamat dan perlu cekal serta sabar untuk menghadapi situasi berat tidak turun iaitu plateu.
Lisa juga berpesan supaya masing-masing memahami badan sendiri dan apakah yang berkesan untuk menyingkirkan lemak.
Paling penting kata Lisa, setiap individu yang cuba melakukan pemakanan sihat untuk menurunkan berat badan mesti sentiasa gembira dengan diri masing-masing. Jangan biarkan orang lain meletakkan takrif untuk kecantikan kita sendiri. Kesihatan ialah keutamaan dalam mendapatkan berat badan ideal.
Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat sejak kebelakangan ini sehingga mencetuskan kerisauan pada ibu bapa. Memandangkan virus ini mudah merebak, anak yang dijangkiti harus dikuarantin sehingga benar-benar sembuh.
Namun yang menjadi masalahnya adalah kesan HFMD itu buatkan anak rasa tak selesa kerana biji air di tangan, kaki, sekitar mulut dan ulser di dalam mulut. Selain ubat yang diberikan doktor, mungkin petua ini juga boleh dicuba.
Menurut ibu ini, anaknya dijangkiti HFMD dan apabila mencuba petua yang dikongsikan memang berkesan dan dalam 2 hingga 3 hari sembuh.
Anak saya baru je baik. Seminggu kena. Dia jerit-jerit sakit tak boleh makan. Sebab jadi penuh dalam mulut. Mula-mula ingat kena demam campak. Tapi tak sangka kena HFMD.
Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang India. Jiran kat rumah saya bagi petua ni. Alhamdulillah dah ok sangat-sangat. Sampai saya bawa pergi hospital swasta doktor pakar kanak-kanak pun puji. Dia cakap pandai saya jaga anak sampai jadi kering elok sakit dia tu.
Ni ada sedikit petua:
Pertama: Saya bagi anak saya makan ais krim vanila. Ais krim ni nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah! Memang sangat-sangat berkesan.
Kedua: Ambil sebesen air paip. Letakkan di bawah cahaya matahari (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1petang ). Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam. Masukkan juga daun semambu ke dalam air tersebut.
Lepas tu bagi anak kita mandi guna air ni. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun semambu ni di badan anak. Jadikan penawar.
Ketiga: Ramaskan daun semambu@neem dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan, kaki kat bahagian yang kena sakit ni. Jangan masukkan dalam mulut tau. Yang dalam mulut tu bagi makan ais krim vanila je.
Insyaallah, selepas 2-3 hari pasti akan hilang. Cubalah sebab saya sendiri dah alami. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.
Kebanyakkan pil dilarang diambil ketika wanita sedang dalam haid. Keraguan inilah yang sering menghantui wanita, lebih-lebih lagi pengambilan pil asid folik yang membantu wanita untuk hamil. Namun selamatkah pil yang satu ini diambil ketika wanita dalam haid?
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, pengambilan asid folik tidak mengganggu haid wanita yang berkahwin. Malah ia membantu menghasilkan dan menggantikan sel darah merah yang keluar dengan banyak ketika haid. Jadi ia selamat di makan tanpa keraguan.
BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?
“Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid?
Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil.
Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil Bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahim. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempunyai zuriat.
Folic acid boleh didapati dari pelbagai sumber makanan seperti kekacang kering, brokoli, bayam dan asparagus.
“Doktor betul ke folic acid ini diambil oleh wanita ketika haid? Bukankah ia akan meningkatkan kesuburan? Saya sedang merancang keluarga dan anak masih kecil. Takut saya hamil pula”
Wanita yang mengambil folic acid sememangnya akan meningkatkan kesuburan mereka tetapi ia bukanlah suatu jaminan di mana wanita yang mengambil folic acid akan lebih mudah hamil dari wanita yang lain.
Ini bermakna jika seorang wanita mengalami masalah kesuburan, pengambilan folic acid bukanlah jalan pendek bagi mengatasi masalah ini. Buat pemeriksaan doctor bagi menentukan masalah yang sebenarnya.
Bagi wanita yang sedang haid, pengambilan beberapa nutrient seperti kalsium, magnesium, zat besi, vitamin k, vitamin B 12, dan folic acid akan membantu penghasilan sel darah merah dan menggantikan darah yang keluar sebagai darah haid.
Dos yang disarankan bagi wanita dewasa adalah 400-600 micrograms, bergantung kepada keperluan dan bentuk tubuh.
Jadi kesimpulannya, tidak ada halangan penggunaan folic acid pada masa haid. Ia membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang hilang ketika haid. Dos yang biasa digunakan antara 400-600 microgram untuk sehari.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.