Paling dinantikan semua pihak, peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan terdapat kecederaan pada tubuh remaja berusia 13 tahun itu. Perkara tersebut dimaklumkan selepas beliau membuat pemerhatian sepanjang proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Peguam keluarga arwah Zara, Shahlan Jufri berkata, beliau berada di bilik bedah siasat selama lapan jam tanpa makan dan minum bagi memerhati keseluruhan prosedur yang dijalankan oleh pasukan forensik.
Malah katanya lagi, prosedur berjalan dengan telus malah berjalan cukup lancar.
“Sudah tentu ada kecederaan, memang ada kecederaan. Kecederaan seperti yang kamu tahu di media sosial, begitulah. Yang selebihnya saya tidak boleh beritahu kerana masih dalam siasatan dan ia sulit.
“Seperti yang tersebar di media itu, saya tidak berapa ingat jumlah kecederaan, tetapi memang ada patah, memang ada kecederaan.
“Proses itu saya berpuas hati kerana tidak ada campur tangan mana-mana pihak, hanya mereka yang terlibat sahaja.
Ads
“Memang proses bedah siasat itu berjalan dengan telus, integriti sangat tinggi dan lancar,” tegasnya.
Kongsi Pengalaman Lapan Jam Di Bilik Bedah
Menceritakan pengalaman pertama berada di bilik bedah siasat sebagai memenuhi permintaan ahli keluarga, Shahlan mengakui semuanya masih segar dalam ingatannya.
“Ini memang kali pertama saya berada di bilik bedah, selalunya lihat gambar sahaja. Kalau saya mahu terangkan satu persatu bagaimana proses bedah siasat itu, saya boleh terangkan sekarang sebab masih lagi segar (dalam ingatan) dan doktor ada sebut tadi, dia terkejut sebab selama ini, inilah peguam yang boleh tahan di dalam (bilik bedah siasat).
Ads
“Saya masih tahu keadaan arwah bagaimana, pisau apa yang digunakan, mangkuk apa yang digunakan, macam-macam. Pada awalnya gemuruh, lepas itu rasa kasihan sebab terpaksa gali balik dan buat bedah siasat bukan suatu perkara yang mudah, dan ketiga insaflah,” katanya kepada pemberita sebaik keluar dari bilik bedah siasat.
Malah, kongsinya lagi, sepanjang tempoh dari jam 11 pagi hingga 7 malam, beliau langsung tidak menjamah sebarang makanan atau minuman, sama seperti pasukan pakar forensik yang turut bekerja tanpa henti.
“Dari jam 11 hingga jam 7, tiada makan tiada minum. Sebab itu saya cakap tadi, saya sangat berterima kasih kepada pasukan forensik sebab mereka bukan lagi tidak makan tidak minum tetapi tidak duduk.
Ads
“Saya boleh duduk, mereka langsung tidak boleh duduk, mereka sentiasa bergerak untuk mencari kecederaan-kecederaan yang lama dan baharu, kalau ada,” ujarnya.
Beliau menjelaskan bahawa dirinya bertahan untuk kekal berada di dalam bilik itu dari awal hingga akhir demi memenuhi hasrat keluarga.
“Saya tahan, tidak keluar, memang di situ. Bagaimana baunya, apa mereka buat saya di situ sejak jam 11 pagi hingga jam 7 malam. Sebab kenapa, itulah keinginan ahli keluarga, sebab itu saya di situ. Bagaimanapun, saya hadaplah.
Sepanjang proses tersebut, jelasnya, turut dilakukan proses penerangan dan sesi soal jawab bersama barisan peguam.
“Ada sesi soal jawab, ada diterangkan dan semuanya ada,” katanya.
Sumber: Sinar Harian & Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan berjaya dan pengacara, Neelofa meluahkan rasa kebimbangannya bila mana bakal menghantar anak sulungnya, Muhammad Bilal ke playschool minggu hadapan.
Kongsi Neelofa melalui Insta Storynya, dia mula bimbang bila mana sekolah yang dipilihnya bersama suami itu tidak memberi kebenaran untuk ibu bapa melihat setiap pergerakan dan aktiviti anak sepanjang di sekolah.
Ujar Neelofa lagi, lebih kecewa lagi bila mana ada sesetengah sekolah yang membenarkan ibu bapa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh diakses dari rumah untuk memantau anak mereka. Dan keadaan ini pastinya melegakan ibu ayah.
“Minggu depan Bilal akan mula pra sekolah dan saya ada bertanya kepada pihak sekolah sama ada ibu bapa boleh akses CCTV atau tidak.
“Salah seorang rakan saya berkongsi bahawa semua ibu bapa di sekolah anaknya boleh mengakses CCTV pada bila-bila masa.
“Sayangnya, sekolah yang saya rancang untuk hantar Bilal tak benarkan ibu bapa melihat CCTV mereka,” luahnya yang kesal dengan situasi itu.
Muhammad Bilal, anak sulung pasangan selebriti ini yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 kini sudah semakin membesar dan menghantar anak comel ini ke playschool bagi mendedahkannya dengan persekitaran dan kawan-kawan.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Bilal, Abdullah Abbas kini berusia dua bulan.
Walau sudah punya enam cahaya mata, menanti debaran kelahiran bayi baru sememangnya mendebarkan.
Pasangan doktor yang penuh dengan tip parenting, Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan Dr Halina bakal menerima seorang lagi cahaya mata ketujuh mereka yang dijangka dilahirkan dalam jangka masa terdekat.
Menerusi Instagram Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina sudah pun dimasukkan ke hospital untuk bersalin bayi ketujuh mereka.
Biarpun merancang untuk bersalin secara normal namun disebabkan beberapa perkara Dr Halina terpaksa bersalin melalui kaedah pembedahan.
“Dr Halina admitted hari ni for delivery.
“Planned nak Czer sebab Amniotic Fluid makin berkurang dengan placental insufficiency.
“Tak kesampaian untuk normal vaginal delivery. InsyaAllah, semoga dipermudahkan semua. Amin,” tulisnya berkongsi.
Menerusi entri yang dikongsikan oleh bapa penyayang ini, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dilihat baru sahaja sampai dengan segala peralatan peribadi untuk bersalin.
Namun wajah riang Dr Halina tetap tersenyum biarpun bakal melalui detik mencemaskan.
Semoga proses kelahiran bayi comel Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dipermudahkan.
Siapa tak kenal pemilik nama Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pelakon Rozita Che Wan yang kini semakin membesar. Jika dahulu kecomelan Aaisyah di waktu kecilnya buat ramai yang geram, kini bila sudah menginjak usianya, gaya remaja Aaisyah pula menjadi perhatian.
Mana tidaknya walau baru berusia sembilan tahun, gaya Aaisyah persis anak remaja berusia belasan tahun. Keletahnya yang suka berdandan dan semakin cantik apabila meningkat remaja sentiasa mendapat pujian.
Menerusi akaun Tik Toknya, Che Ta memuat naik gelagat Aaisyah yang bergaya dengan beg tangan dan telefon bimbit di tangan.
“Dia punya feeling, kalah mak dia,” tulisnya di kapsyen.
Melihatkan gaya posing diva Aaisyah membuatkan Che Ta sedikit ‘tergugat’ dan mengaku kalah dengan gaya anak kecil kesayangannya itu.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya turut menyifatkan gaya Aaisyah hampir sama dengan gaya ibunya yang cantik dan elegan sentiasa.
Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Itulah perumpamaan yang diberikan wargamaya buat Aaisyah. Sama seperti gaya diva dan kecantikan ibunya. Memang comel.
Terdahulu, Aaisyah Dhia Rana anak pasangan selebriti Che Ta dan Zain Saidin kini berusia sembilan tahun dilahirkan pada 1 November 2014.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.