Orang perempuan mudah marah dan mudah dipujuk. Lagi-lagi bila bergelar isteri dan ibu. Dengan bertambahnya tanggungjawab maka tahap tekanan itu bertambah. Cuma bagaimana kita kawal emosi itu terletak pada diri sendiri.
Tak semua yang kita lakukan akan sempurna. Mesti ada juga kekurangan. Oleh itu penting sebenarnya suami memahami dan bertolak ansur dalam memastikan urusan keluarga jadi lebih mudah.
Bukan apa jika keadaan ini tak ditangani dengan baik, kemungkinan besar sikap panas baran akan mudah ‘meletus’ walaupun hanya ada silap yang kecil dari suami atau anak.
Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak, Nazia Suhaimi bagaimana dia boleh mengawal dirinya dari sikap panas baran boleh dijadikan panduan bersama.
Orang tanya saya, macam mana saya control baran.
Ya, dulu saya baran. Luar biasa juga. Tanyalah suami saya, tuan Akmal. Benda kecil pun saya mudah berang.
Awal perkahwinan dulu saya pernah tanya suami saya, angkat baju tak? Masa tu dah Maghrib. Suami saya jawab tak, sebab saya tak pesan.
Terus saya menengking, saya kata habis semua benda saya kena buat sendirilah? Serius keluar suara lelaki masa tu. Sambil angkat baju, saya mendengus kuat sambil muka menyinga. Campak kasar baju-baju ke katil.
Ads
Kemudian, apa yang jadi lepas tu saya akan mudah berang. Kalau anak buat perangai, memang kenalah dengan saya. Kalau memukul, boleh berbirat dibuatnya.
Marahnya bersambung-sambung. Kalau boleh nampak dosa, agaknya berbakul-bakul penuh.
Bila saya decide nak lawan balik #depression dan #anxiety, saya kena buang semua benda-benda negatif termasuklah sikap baran.
Tuan Akmal nampak progress saya cuba buang sikap marah. Dari memukul, saya mula berhenti memukul. Dari menengking, saya mula rendahkan tone suara. Dari marah-marah, saya mula senyap. Dari marah berjam-jam, saya mula marah dalam tempoh sekejap. Dari marah bersambung-sambung, saya mula marah masa tu saja.
Ya, tak mudah. Ianya proses yang lama. Bertahun-tahun. Jadi, apa rahsianya?
Tak ada rahsia.
Ads
1. Saya banyak membaca dan cari ilmu terutama sekali bab parenting. Sebab life saya surirumah, 24 jam dengan anak. Saya mesti tackle punca utama buat saya stress. Bila ada ilmu, baru saya faham kenapa anak tantrum, kenapa anak meragam, kenapa anak beremosi.
2. Saya jaga makan. Saya perasan, bila saya eat clean dan makan dalam portion yang sedikit, emosi saya semakin baik. Bila saya follow penulisan doktor-doktor di Facebook, fahamlah saya. Makanan memang berkait rapat dengan emosi, terutama sekali kalau pengambilan gula dan tepung yang berlebihan. Jadi saya mula kurang makan makanan manis. Percaya tak, dulu sentiasa standby stok kek SR dalam peti.
3. Setiap malam, saya selalu minta maaf pada suami dan anak-anak. Saya sedar, jadi ibu bukan tanda saya ada kuasa veto untuk control anak. Saya sedar, saya bukan isteri yang sempurna buat suami saya. Amalan meminta maaf buat saya turunkan ego, lama-lama ego akan lenyap.
4. Saya mula memeluk dan mencium anak. Dulu, Mawar sangat takut pada saya. Sekarang, kalau Mawar nak ke sekolah mesti dia dapatkan saya dulu. Peluk dan cium tangan. Pergi kedai pun nak salam.
5. Saya mula ambil insiatif “pejam mata” bila anak buat silap. Contoh macam dalam gambar ini, Muawwiz nak tutup botol mineral sendiri. Yalah, dah 2 tahun ni semua benda dia nak buat sendiri. Saya cakap “okaylah, Awiz tutup sendiri.”
Ads
Tak lama lepas tu Muawwiz datang cakap minta maaf. Saya tanya kenapa? Dia tunjuk air tumpah. Yeee memang menyirap juga dibuatnya. Saya tarik nafas, saya jawab pergilah ambil kain di dapur. Boleh lap. (tanpa marah-marah)
Berlari anak Muawwiz ke dapur, ambil kain lap tangan terus lap air atas lantai. Kain lap tangan? Ya Allahhhh… Saya senyum jeee. Dah selesai lap Muawwiz kata dah mami. Saya kata okay pergi letak kain di singki dengan nada lembut. Kemudian saya puji, saya cakap bersih lantai ni, macam baru lepas mop.
Tak lama lepas tu, saya pula tertumpahkan air. Terus Muawwiz bersuara “tak apa mami, air boleh lap. Nanti pergi ambil kain” bersahaja saja dia bersuara, sama macam saya tegur dia sebelum ini. Sayu pulak hati ni bila anak tegur kita. Anak memang copy paste apa kita buat.
Akak-akak, abang-abang, bersabarlah dengan diri sendiri kalau nak berubah. Ada masa kita boleh, ada masa kita tak boleh. Itu biasa.
Berdoalah pada Allah. Bawa berbincang dengan pasangan sebab bagi saya, kunci perkahwinan itu ialah komunikasi. Mintalah pasangan beri sokongan. Kemudian sama-samalah berusaha.
Anak sering tak sihat bila mula masuk tadika, taska, begini cara atasi. Ibu bapa sering mendapati anak mereka mudah jatuh sakit apabila mula masuk tadika atau taska. Fenomena ini sebenarnya agak biasa berlaku dan menjadi kebimbangan bagi ramai ibu bapa.
Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika, Taska, Begini Cara Atasi
Terdapat beberapa sebab mengapa ini berlaku, tetapi dengan pemahaman dan langkah pencegahan yang betul, kita boleh membantu anak kekal sihat di persekitaran baru mereka.
Bila anak sudah mula masuk taska, tadika, bermulalah juga siri anak kerap tak sihat. Lagi perit, berjangkit pula dengan adik beradik lain di rumah. Maka berhari-harilah kita terpaksa EL sebab anak tak sihat.
Boleh cuba tip yang saya kongsi ini. Moga dapat membantu menguatkan imun anak kita semua, In Shaa Allah.
Kesimpulannya, adalah normal bagi kanak-kanak untuk mengalami beberapa episod sakit apabila mula memasuki persekitaran baru seperti tadika atau taska. Bagaimanapun, dengan usaha yang berterusan daripada ibu bapa dan penjaga, risiko penyakit ini boleh dikurangkan.
Yang penting, kita perlu memahami bahawa jangkitan ringan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses membina sistem imun kanak-kanak. Dengan penjagaan yang betul, kita boleh membantu anak menghadapi tempoh ini dengan lebih mudah dan membesar dengan sihat.
Orang kata penat jaga anak lelaki kerana tak duduk diam lari sana sini. Bukan setakat berlari, tapi bergusti. Haiihhh, orang kiri kanan pun perli-perli.
Biar dia main lumpur sampai kotor kaki. Biar dia aktif tak henti, kerana percayalah satu hari nanti, apa yang dia dapat kini, dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Banyak kelebihan buat anak lelaki, yang ramai tak tahu tapi Allah dah beri. Sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari, dialah harapan ibu ayah dan family. imbing dan sayang dia agar success dan happy.
Orang kata anak lelaki tak reti duduk diam. Baguslah tu, bila tak duduk saja dan menganyam, jangan di suruh diam sampai ke malam. Takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi. Tambah tambah bila peluk ciumnya tak henti-henti. Diselit kasih sayang ayah mithali, jangan terkejut satu hari nanti, bila anak yang aktif lari sana sini ini, disayangi masyarakat dan planet bumi.
So, jangan pukul dan maki anak lelaki, kerana dia tak putus membentuk diri, untuk dia kumpul dan punya identiti, yang bukan saja buatkan ibu ayahnya happy, malah menjadi saham akhirat buat mommy daddy.
Dialah anak lelaki mithali. Jangan biar dia main dan lari sendiri. Tapi ciumlah dia berulang kali. Kata sayang dan rindu lagi dan lagi. Agar dia terus rasa dihargai, punya ibu dan ayah seperti ini.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti.
Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biar pun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Semoga suatu hari nanti apabila kita telah meninggal dunia dan mereka yang akan mengimamkan solat jenazah kita. Insyaallah.
Kredit: videodakwah.my
**Nak dapatkan barangan anak pada harga promosi, klik sini je
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal dengan keluarga Jozlynn (Johan dan Ozlynn), pasangan selebriti yang terlihat sangat akrab dan selalu ada setiap masa bersama keluarga.
Lebih membuatkan ramai kagum apabila pasangan ini mampu mendidik anak dengan disiplin untuk solat bersama, makan bersama, beriadah bersama tanpa culas. Tanpa sedar, ramai yang mencontohi kebaikan keluarga ini. Ikuti perkongsian yang disediakan.
“Saya baca kisah anak Johan bakal jadi doktor semalam. Saya kagum. Dan saya juga baca Ozlynn post gambar anak dia yang dah besar bapak pun berdukung lagi dengan Johan. Kadang ada gambar depa bertepek duduk dan baring ramai-ramai.
“Tu lebih saya kagum lagi. Nak berdukung-dukung ni kalau tak biasa, mana mahunya. Malu. Kadang tak payah suruh dukung, nak cium pipi mak depan kawan pun segan. Sebabnya itu bukanlah benda yang jadi kebiasaan.
“Kalau siapa follow dia mesti tahu depa famili yang macamana. Dan saya suka follow. Sebab dia jujur. Tak fake.
“Bukan bersayang-sayang sentiasa. Tidak juga sopan santun setiap masa. Takda juga cakap orang putih manjang. Dia biasa. Biasa macam kita-kita. Ada masa dia marah. Ada masa dia ambik rotan. Ada masa tinggi suara. Ada masa dia sayang. Ada masa dia bergurau.
“Dia menunjukkan sisi kebanyakkan famili yang normal. Dan ada banyak emosi dalam setiap famili tu bagi saya adalah normal.
“Bezanya ialah dia HADIR. Hadir diri dalam hidup anak. Waktu solat, imamkan solat dengan anak. Waktu belajar, duduk di meja belajar dengan anak. Waktu main, berguling sama dengan anak. Waktu bersukan, main basikal sama dengan anak. Dia sebagai susuk seorang ayah, ada. Karakter utama dalam rumah itu adalah dia.
“Dan konsisten. Setiap Subuh dia pastikan anak-anak mengaji. Mesti mengaji. Sampai lama-lama jadi tabiat anak itu sendiri. Tapi bukan suruh saja. Dia sama-sama buat sekali.
“Biar dia buat lawak pun. Biar dia garang pun. Biar dia jegil mata pun. Biar dia tinggi suara pun. Biar dia mengusik pun. Tapi bila dia HADIR, apa saja tegur dan marah beri kesan yang baik. Sebab ada ikatan hati yang kuat antara ayah dan anak.
“Ibu ayah yang hadir dalam bentuk fizikal, emosi dan jiwa dengan anak-anak, saya percaya walau saat kita marah pun dia tak lari ke mana. Dia tahu atas tujuan apa.
Marah yang ada sebabnya. Tegur yang ada tujuannya. Sempoi yang ada batasnya.
Saya kira begitu keinginan kebanyakkan kita. Sebagai ibu ayah. Walau apa pun jadi dan jauh mana pun pergi, anak tetap akrab hatinya dengan kita.
“Dia menjadikan saya rasa santai sebagai ibu. Rasa saya okay menjadi saya. Boleh je suka buat kelakar tapi tegas pada masa yang sama. Boleh je tegur kalau ada benda tak kena.
Bukan serba serbi mesti sempurna. Bukan kena sopan santun sepanjang masa. Tapi sentiasa hadir setiap ketika.