Anda perlu peka tentang kandungan garam dalam makanan bayi untuk mengelakkan pelbagai kesan buruk. Bagaimana pula dengan ‘garam tersembunyi’?
Ramai ibu bapa tertanya-tanya tentang penambahan garam ke dalam makanan bayi mereka. Malah, ramai ibu bapa mahu menambah garam kepada makanan bayi untuk supaya lebih ‘berperisa’ dengan harapan boleh menambat selera bayi. Ada yang beranggapan memasukkan garam dalam kuantiti kecil tidak memudaratkan.
Semakin ramai ibu bapa memilih untuk menyediakan sendiri makanan bayi supaya mereka dapat mengawal bahan-bahan yang digunakan. Ia sudah tentu tiada bahanpengawet, garam dan bahan aditif lain.
Perlukah ibu bapa menambah garam ke dalam makanan bayi dan membentuk “kebergantungan” garam bayi kepadanya? Sebenarnya, menambah garam kepada makanan bayi berbahaya dan ia sebenarnya tidak perlu.Menambahkan garam ke dalam makanan bayi boleh menyebabkan beberapa isu kesihatan termasuk tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.
KESAN GARAM KEPADA KESIHATAN BAYI
Sistem penghadaman mengambil apa yang diperlukan daripada makanan dan saki baki yang tidak diperlukan tubuh dihantar ke dalam darah. Sekiranya buah pinggang tidak dapat memproses tidak sisa ini, ia akan merosakkan badan. Buah pinggang anda mengukur bahan kimia seperti natrium, fosforus, dan kalium dan membebaskannya ke dalam darah untuk kembali ke badan. Dengan cara ini, buah pinggang anda mengawal tahap badan ini. Keseimbangan yang tepat diperlukan untuk kehidupan, tetapi paras yang berlebihan boleh membahayakan.
Ginjal bayi tidak dapat memproses sejumlah garam tambahan yang tinggi. Terlalu banyak garam daripada sumber makanan selain makanan semula jadi seperti sayuran dan buah-buahan, susu ibu dan / atau formula boleh merosakkan buah pinggang bayi dan mungkin menyebabkan kerosakan otak.
BOLEHKAH BAYI MAKANAN YANG DILETAKKAN GARAM?
Menambah garam kepada makanan bayi tidak digalakkan. Selain risiko kesihatan, anda tentu tidak suka kalau bayi gemar kepada makanan masin. Walau bagaimanapun terdapat kes di mana garam boleh diterima. Banyak resipi makanan yang dibakar seperti roti dan biskut, yang memasukkan garam sebagai ramuan. Jumlah garam dalam resipi yang dibakar umumnya antara 1/4 sudu teh hingga 1 sudu teh, bergantung kepada resipi dan hasilnya. Dalam hal ini, sepertimana gula, bayi anda mungkin akan makan hanya sedikit sahaja daripada sekeping roti dan garam yang dimasukkan tersebut telah disebar kepada seluruh roti yang telah dihasilkan daripada doh resipi roti tadi.
Terdapat banyak lauk pauk dan hidangan lain yang turut menggunakan garam sebanyak 1/4 sudu atau 1 sudu teh garam. Perkara yang paling penting ialah anda tidak menambah garam kepada makanan bayi sebagai perasa. Sebagai contoh, jangan masukkan garam ke puri labu bayi untuk memperisakannya. Bayi tidak memerlukan garam dalam sajian sayuran atau daging.
AWAS GARAM TERSEMBUNYI
Kebanyakan garam yang dimakan hari ini ditambah kepada makanan dalam bentuk natrium klorida atau garam meja. Pengilang makanan juga menambah garam meja kepada makanan dalam proses pemeliharaan dan pemprosesan serta bertujuan untuk meningkatkan rasa. Natrium juga tersembunyi sebagai sebahagian daripada bahan kimia lain seperti natrium nitrat, natrium benzoat sakarin dan monosodium glutamat. Akibatnya, ramai yang tidak sedar mengambil tiga hingga lima kali lebih banyak natrium daripada yang mereka perlukan.
MAKANAN SIAP DAN MAKANAN TINGGI GARAM / NATRIUM
Sup, sayur-sayuran, cili dan pasta dalam tin atau campuran serbuk sup
Daging diproses (seperti daging patty burger,sosej, nugget), kerang dan makanan laut lain
Bijirin yang dimasak segera
Makanan sejuk beku seperti pai
Bahan cicahan atau sos
Sesetengah campuranlempeng, mufin dan roti
Mentega masin (salted) atau marjerin
Salad dressing
Sos soya/ kicap
Serbuk koko dan campuran koko segera
Mi segera, bubur nasi segera dan serbuk kentang putar segera
Makanan berjeruk atau diasinkan seperti telur masin atau lobak masin
Malah makanan yang kedengaran sihat juga boleh jadi kaya dengan sodium. Semak label makanan anda sebelum memberikannya kepada bayi.
Elakkan makanan protein soya seperti tauhu atau miso yang diasinkan.
Keju yang diproses seperti keju parmesan, keju feta dan keju.
Minuman berasaskan susu termasuk buttermilk
Makanan yang diperap yang dibuat dengan teriyaki atau soya.
Bijirin yang mengandungi 200 miligram atau lebih natrium
Ingat untuk sentiasa membaca dan menyemak label makanan yang anda menyuapkannya kepada si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau baby anda jenis kerap menyusu malam, jangan mengeluh sebab letih dan mengantuk. Sebenarnya ibu patut bersyukur dan tersenyum kerana ada beberapa kelebihan yang akan dinikmati.
Untuk mengetahui apakah kelebihan tersebut, baca penjelasan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila yang sangat menekankan kepentingan penyusuan waktu malam.
Menyusukan anak kerap waktu malam ada banyak kelebihannya. Mungkin ada sesetengah orang beranggapan sepatutnya baby tidur saja di waktu malam dan tidak perlu bangun menyusu. Ibu boleh tidur lena tanpa gangguan. Jom kita lihat antara kelebihannya.
SATU
Hormon prolaktin yang menghasilkan susu, tinggi di waktu malam. Dengan hisapan baby yang efektif akan merangsang penghasilan susu yang cukup untuk anak dan berpanjangan.
Di samping itu juga, hormon prolaktin yang sentiasa tinggi memberi peluang ibu tidak period dalam tempoh tertentu dan boleh merancang dengan syarat peka dengan perubahan badan. Ada yang didatangi haid yang terlalu sedikit atau spot dan boleh mengandung selepas itu.
DUA Di waktu malam, suasana yang sejuk mempengaruhi ragam baby dan juga kandungan susu ibu. Susu ibu tinggi lemak pada waktu malam boleh meningkatkan berat badan anak. Anak pula berasa selesa dengan suasana yang sejuk dan seronok melekap dengan ibu. Bagi yang bekerja, dikala inilah anak melepaskan rindu setelah seharian ditinggalkan.
TIGA
Sedutan baby dapat mengeluarkan lelemak kristal dari saluran yang terbentuk di waktu siang semasa bekerja yang mana jadual memerah kerap 2-3 jam sekali adakala tidak dapat dipatuhi. Lebih-lebih lagi memerah 3-4 jam sekali menambah keadaan pembentukan kristal lelemak di saluran susu yang boleh mengganggu kelancaran pengeluaran susu.
EMPAT
Sedutan baby mampu menyedut susu yang paling dalam dan ia tidak sama langsung dengan sedutan pam. Rhythm hisapan baby memang unik. Menolak areola ke atas dengan lidahnya dan bibir pula menyedut keluarkan susu yang mana hisapan baby mampu mengeluarkan susu dari semua arah. Berbanding dengan pam yang mengeluarkan susu hanya dengan teknik menekan areola.
LIMA
Kita dapat susukan anak dengan tenang setelah seharian bergelumang dengan kerja pejabat yang tidak pernah habis, hormon oksitosin yang dirembes boleh membantu ibu berehat serta dapat mengurangkan tekanan emosi ibu. Posisi berbaring dan mengiring bantu ibu berehat . Aturkan kedudukan yang selesa dan alaslah bantal di mana-mana yang sesuai.
ENAM
Kurangkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Apabila susukan anak kerap, kerap terjaga dan mesti akan melihat tentang keadaan keselamatan anak. Ibu boleh nap baby dan offer anak menyusu jika anak lena lebih 2 jam. Jika anak mudah memuntahkan susu yang berlebihan kita dapat perhatikan dengan kerap.
TUJUH
Melatonin. Yes. Melatonin yang kita sebut-sebut kepentingannya untuk kesihatan kita dewasa tidak dihasilkan oleh baby dan ia terkandung dalam susu ibu waktu malam. Tryptophan dan serotonin juga ada peranannya. Hormon ini membantu baby sihat dan baby diawal kelahiran tidak dapat bezakan siang atau malam sehingga beberapa bulan.
Anak bukan selamanya kecil kan. Bertabahlah. Penyusuan susu ibu berlangsung hanya 2-4 tahun usianya tetapi kelebihan yang diperolehi dari susu ibu akan dinikmati disepanjang usianya.
Betul ke bayi lelaki menyusu lebih banyak dari bayi perempuan? Mengikut RNI Malaysia 2017 keperluan bayi lelaki lebih tinggi dari bayi perempuan pada usia 0-6 bulan, iaitu lebih kurang 50 kalori.
Ini bersamaan dengan 75ml susu ibu (atau lebih kurang 2 1/2 ounce susu). Ini adalah sebab pertumbuhan bayi lelaki lebih banyak berbanding dengan bayi perempuan. Jika dibandingkan mengikut graf berat untuk umur (weight for age)
– pada waktu lahir berat 50th percentile adalah pada 3.2kg bagi bayi perempuan tapi bayi lelaki 3.3kg
– pada usia 1 tahun berat 50th percentile bayi lelaki adalah 9.6kg manakala bayi perempuan pada 9.0kg
Dan bayi lelaki ada kandungan free fat mass (otot, tulang, organ) lebih tinggi dari bayi perempuan. Maka bayi lelaki memerlukan hampir 3 ounce susu lebih banyak dari bayi perempuan SEHARI jika kandungan zat adalah sama.
Tapi adakah kandungan susu ibu sama saja?
Fakta menarik komposisi susu ibu akan berlainan antara bayi lelaki dan bayi perempuan di mana kandungan lemak dan tenaga dalam susu ibu untuk bayi lelaki lebih tinggi berbanding susu ibu untuk bayi perempuan iaitu 78kcal vs 63kcal (per 100ml)**pada usia 120hari.
Maka jika bayi lelaki minum 2 oz tenaga dan zat yang terkandung dalam 2oz tersebut tidak sama jika dibanding dengan susu yang diminum oleh bayi perempuan.
Jawapan persoalan ini?
Mengikut kepada supply dan demand
Setiap keperluan bayi adalah berbeza
Setiap bayi size berlainan, hidup dalam environment yang berlainan, sakit pun tak sama..maka semestinya permintaan juga berlainan
Jika dibandingkan keperluan bayi lelaki berdasarkan pertumbuhan dan RNI 2017 memang bayi lelaki memerlukan lebih tapi jika ambil kira komposisi tak semestinya perlu perah lebih banyak untuk capai keperluan.
Penting mommies tak stres dalam perjalanan breastfeeding anda. Jika tak pasti atau perlu bantuan jangan segan-segan tanya jururawat yang menjaga sebab setiap klinik kesihatan ada team yang membantu mengajar penyusuan ibu yang betul atau pegawai sains pemakanan (nutritionist) atau pun support group macam Happy Breastfeeding Malaysia. Dont give up mommies!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang bertanya mengenai warna putih pada lidah baby yang menyusu. Adakah ianya normal, ataupun jangkitan.
MILK TONGUE (lidah susu)
Adalah normal sebenarnya untuk bayi yang menyusu untuk ada lidah yang diselaputi susu. Selalunya lidah akan putih selepas menyusu, dan hilang setelah beberapa lama. Boleh lihat bahawa selaput putih hanya pada lidah, dan mudah dicuci.
Cara cucian lidah
– Ibu / penjaga boleh cuci lidah ini dengan tuala / kain yang telah dibasahkan dengan air minum, dan lap dengan lembut.
– Disyorkan basuh sewaktu bayi dalam keadaan gembira dan ingin bermain untuk mengelakkan bayi rasa stress setiap kali cucian dilakukan.
– Jangan lakukan sejurus selepas menyusu.
– Boleh juga gunakan berus gusi yang lembut sebagai pengganti tuala / kain.
ORAL THRUSH / CANDIDA
Selain daripada susu, lapisan putih dalam mulut boleh juga disebabkan jangkitan kulat. Ini boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan / botol.
Boleh disebabkan oleh
– pemberian antibiotic,
– ibu yang mempunyai keputihan yang banyak sewaktu mengandung,
– jangkitan dari puting, mainan, dll
Selaput putih yang disebabkan kulat adalah lebih tebal, dan biasanya akan meliputi pipi bahagian dalam, dan lelangit juga. Tidak mudah untuk dicuci, dan kadangkala boleh menyebabkan pendarahan sekiranya dibersihkan dengan kuat. Bayi juga boleh kelihatan tidak selesa sewaktu menyusu. Tanda candida di tempat lain juga mungkin boleh dilihat, seperti ruam pada kemaluan dan lubang dubur bayi. Atau candida rash pada pipi dan kulit lain.
Untuk oral thrush, boleh diberikan rawatan, antaranya adalah sapuan minyak kelapa dara, atau ubat untuk membunuh kulat. Ibu yang menyusu badan haruslah kurangkan pengambilan makanan yang manis dan tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi probiotic dan prebiotic. Probiotic dan prebiotic adalah penting untuk pastikan bakteria baik sihat, dan boleh melawan candida yang berleluasa.
TONGUE TIE
Selain itu, sekiranya bayi mempunya tongue tie, juga boleh menyebabkan lidah selalu kelihatan putih. Ini disebabkan lidah yang terikat dan tidak sampai pada lelangit. Jadi susu akan melekat pada lidah. Tongue tie adalah satu keadaan yang boleh mengganggu penyusuan, dan juga percakapan pada kemudian hari. Boleh bawa ke doktor untuk dikenalpasti, dan boleh dilakukan prosedur untuk melepaskan ikatan tersebut sekiranya perlu.
HIGH HARD PALATE
Jika lelangit bayi adalah tinggi juga lidah boleh selalu kelihatan putih. Sekiranya ia hanya susu, ibu / penjaga harus selalu mencuci lidah seperti yang disyorkan.