Biasanya ramai ibu bapa yang ada anak ekzema begitu pantang dengan segala jenis makanan atas alasan takut ekzema anak lagi teruk. Jadi langkah selamat anak hanya diberikan maka nasi, lauk atau sayur tertentu sahaja.
Kalau setiap hari anak hanya makan menu yang sama bagaimana untuk anak nak dapat tenaga, vitamin, atau nutrisi lengkap dalam pemakanan. Ramai yang fikir ayam gatal, ikan bisa, daging tak boleh makan.
Perkongsian dari Dato Dr Suriyakhatun mengenai pelbagaikan pemakanan anak ekzema ini penting dan mungkin boleh membantu ibu bapa yang risau untuk cuba bagi anak makan.
Kerap saya dengar, terutama dengan anak yang masih bayi dan menghidap ekzema dimana ibu akan berikan anak makanan yang sama setiap hari. Ada kalanya carrot, bunga kobis dan nasi setiap hari atau kentang, brokoli dan nasi.
Ads
Bila beri ikan, ikan yang sama setiap hari. Alasannya adalah sebab takut nak beri makan benda lain, takut ekzema akan bertambah teruk.
Begitu juga ibunya sudah banyak kes dimana ibu yang menyusukan akan makan hanya sawi, ikan selar dan nasi setiap hari.
1. Sebenarnya, orang yang senang mendapat alahan pada makanan akan lebih mudah menjadi alah pada makanan yang kerap di ulang setiap hari. Bila kita alah sedikit pada sesuatu makanan dan makannya berulang-ulang kita akan menjadi lebih alah pada makanan tersebut.
Ads
2. Bila makan benda yang sama setiap hari, akan dapat khasiat yang sama tetapi tidak akan dapat zat yang tidak ada dalam makanan yang sama. Maka, untuk dapatkan sepenuhnya zat dalam makanan, kena pelbagaikan makanan. Maka yang terbaik adalah pelbagaikan makanan dan membuat pusingan makanan empat hari.
Contohnya: Hari Isnin makan roti ( dan kita ada sedikit alahan pada tepung gandum), jangan makan roti lagi sehingga hari Jumaat , Jika sudah makan roti pagi, jangan makan lagi untuk tengah hari dan malam. Elak juga makanan bergandum pada hari berkenaan.
Isnin: Roti Selasa: Rabu Khamis Jumaat: Roti
Ads
Bila makan sayur dan buah pastikan makan sayur atau buah yang berlainan warna dan berlainan sayur setiap hari kerana warna sayur adalah indikasi pada zat dalam sayur berkenaan. Selamat mencuba dan lihat bagaimana tahap tenaga dan kesihatan anda meningkat .
Ingat: pilih makanan bebas toksin sebaik yang boleh, sama ada toksin kimia yang sengaja ditambah pada makanan atau toksin dari persekitaran seperti pencemaran dengan pesticide, herbicide dan logam berat.
Umur anak 9 tahun tapi masih pakai ubat gigi stawberry ehhh. Ibu bapa, tolong tukar ubat gigi anak-anak kepada ubat gigi dewasa bila anak dah start tumbuh gigi kekal.
Menurut Doktor Gigi, Dr Izaza Mohd Zan, ramai ibu bapa lakukan kesilapan ini dan tak perasan sebenarnya gigi geraham anak dah mula keluar sekitar usia 6 tahun.
“Bila start tumbuh gigi kekal doktor?”
Ermm, tak tau lah tu gigi geraham pertama yang ramai anak-anak rosak tu dah tumbuh masa umur anak-anak 6 tahun!
Sebab tu Dr Izaza bagitau post lepas, ramai anak-anak dah kena buat root canal.
Sebab gigi geraham pertama tu dah rosak teruk. Ramai sangat parents tak perasaan gigi geraham dah tumbuh sebab, gigi geraham dia magic, tumbuh je tapi gigi susu tak kena cabut. Tiba-tiba je ada gigi kat belakang sekali dalam mulut anak tu.
Tahu-tahu bila anak dah umur 12 tahun ngadu gigi dia sakit, pastu keluar nanah. Tu lah ceritanya, gigi geraham terpaksa dicabut atau rawatan akar sebab dah tak boleh nak selamatkan dengan tampalan biasa.
Sayang anak, bawa anak jumpa doktor gigi ye secara berkala.
Menjadi ibu bapa bermakna anda sentiasa bimbang tentang kesihatan si manja anda. Salah satu perkara yang sering mencetuskan kebimbangan ialah apabila bayi yang baru lahir muntah dengan kerap. Tetapi, adakah ini sesuatu yang normal atau petanda masalah kesihatan yang serius?
Muntah vs. “Spit-Up”: Apa Bezanya?
Ramai ibu bapa keliru antara muntah dan “spit-up”. “Spit-up” ialah aliran perlahan isi perut yang keluar dari mulut bayi, biasanya selepas bersendawa. Ini berlaku kerana injap di antara esofagus dan perut bayi masih belum matang. Muntah pula lebih kuat, melibatkan kontraksi otot abdomen yang menolak isi perut keluar secara mendadak.
Punca Biasa Bayi Muntah
Beberapa sebab umum bayi baru lahir muntah termasuk:
Injap perut yang belum matang
Mabuk kenderaan
Jangkitan telinga atau saluran kencing
Batuk kuat atau tangisan berpanjangan
Alahan makanan
Selsema atau refluks asid
Jika bayi muntah lebih lima kali sehari atau batuk selepas setiap penyusuan, doktor mungkin akan menyarankan penambahan agen pemekat dalam susu atau ubat antasid khas bayi.
Tip Kurangkan Muntah Bayi
Pegang bayi dalam posisi tegak selama 30 minit selepas menyusu.
Elak tekanan pada perut, seperti mengikat dalam kerusi kereta sebaik sahaja selepas menyusu.
Sendawakan bayi selepas atau semasa menyusu.
Jangan aktifkan bayi selepas makan – elakkan bermain atau merangsang emosi secara berlebihan.
Bila Perlu Risau?
Bawa bayi ke doktor jika mereka menunjukkan tanda seperti:
Mata atau ubun-ubun yang tenggelam
Kurang daripada 5 lampin basah sehari
Muntah hijau atau berdarah
Demam melebihi 39°C lebih 12 jam
Menolak susu, lesu atau menangis tanpa henti
Nafas laju atau kulit kelabu
Refluks Gastroesofagus (GERD)
Jika bayi juga sukar menyusu, mudah meragam, melengkungkan badan semasa makan, atau berat badan tidak naik, ia mungkin petanda GERD. Ini perlu rawatan lanjut oleh pakar pediatrik kerana boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan bayi secara keseluruhan.
Muntah ringan biasanya normal dalam tempoh awal kehidupan bayi, tetapi perhatikan tanda-tanda luar biasa yang memerlukan perhatian perubatan. Percayalah pada naluri anda sebagai ibu bapa — jika ragu, rujuk doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ramai ibu hamil tak sedar, senaman Kegel ni walaupun simple sangat nak buat, tapi kesannya sangat powerful pada tubuh dan pengalaman bersalin nanti!
Senaman ni antara senaman pranatal terbaik sebab ia bantu persiapkan badan terutamanya kawasan pelvik untuk melalui proses kelahiran dengan lebih lancar dan tenang.
Kegel ni juga bantu letakkan bayi dalam posisi optimal (dikenali sebagai left occiput anterior atau LOA), iaitu posisi paling sesuai untuk lahir dengan mudah.
Apa Itu Senaman Kegel Sebenarnya?
Senaman Kegel ni fokus pada otot lantai pelvik iaitu kawasan yang menyokong organ penting macam faraj, rahim, pundi kencing dan usus. Bila otot ini kuat, ia bantu cegah masalah macam urine leakage (kebocoran air kencing) yang biasa berlaku semasa atau lepas bersalin.
Menurut kajian, kawalan otot lantai pelvik yang bagus akan membantu waktu proses meneran. Bila ibu tahu cara untuk relaks dan kawal otot semasa bersalin, barulah bayi boleh keluar dengan lebih mudah.
Apa Manfaatnya Untuk Ibu Hamil?
✅ Menyokong pundi kencing, rahim & usus
✅ Kurangkan risiko terkucil masa mengandung
✅ Bantu kawal otot meneran masa bersalin
✅ Pulihkan otot pelvik selepas bersalin
✅ Kurangkan risiko masalah incontinence lepas bersalin
Bonusnya, senaman ni boleh terus diamalkan walaupun selepas bersalin malah bagus untuk bantu penyembuhan kawasan perineum, dan kuatkan kembali otot-otot yang terkesan masa proses kelahiran.
Cara Buat Senaman Kegel Dengan Betul
Tak perlu ke gym pun, boleh buat sambil duduk tengok TV atau baring sahaja! Caranya mudah:
Kemut otot pelvik (macam nak tahan kencing) selama 3 saat
Lepaskan secara perlahan-lahan selama 3 saat
Ulang sebanyak 10–15 kali – ini dikira 1 set
Buat 3 set sehari – pagi, petang & malam
Lepas sudah biasa, naikkan tempoh kemutan ke 5 saat, dan seterusnya ke 10 saat. Fokusnya ialah kawal dan relaks otot tu secara teratur. Lama-lama, otot lantai pelvik akan jadi lebih kuat dan responsif!
Senaman Kegel memang bukan senaman yang nampak ‘glamour’ atau viral macam yoga atau pilates, tapi hakikatnya ia antara senaman paling penting untuk wanita hamil.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.