Pelihara anak yatim piatu, pengawal keselamatan dengan gaji RM1,500, percaya rezeki Allah. “Percaya dengan rezeki Allah SWT,” itu pegangan pengawal keselamatan Che Hanapi Che Hassan, 44, yang sanggup berdepan cabaran apabila berkorban menjaga enam anak yatim piatu yang juga anak saudaranya.
Pelihara Anak Yatim Piatu, Pengawal Keselamatan Dengan Gaji RM1,500
Bapa kepada tiga anak dari Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang, itu berkata kehidupan dia bersama isteri, Kamilah Yaakob, 48, dan anak-anaknya bahagia dan ceria.
“JIKA DIIKUTKAN DENGAN PENDAPATAN RM1,500 SEBULAN TIDAK TERMASUK KERJA LEBIH MASA, IA SEAKAN TIDAK CUKUP UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN KAMI SEKELUARGA.
Percaya Rezeki Allah
“Tetapi saya percaya kepada rezeki Allah SWT dan Alhamdulillah, sejak menjaga mereka pada 2007 lagi, kehidupan kami sekeluarga okay.
“Dengan rezeki diterima ini, saya dan isteri dapat memberikan pendidikan kepada mereka dan syukur di atas ketentuan Allah,” katanya.
Menceritakan kehidupan di awal perkahwinan, Che Hanapi berkata, dia bersedia menjaga enam anak yatim piatu itu untuk memastikan mereka tidak terpisah dan kekal bersama sehingga dewasa.
Che Hanapi (kanan) bersama keluarganya termasuk nak yatim piatu yang dijaganya. FOTO ihsan Che Hanapi Che Hassan.
Che Hanapi (kanan) bersama keluarganya termasuk nak yatim piatu yang dijaganya. FOTO ihsan Che Hanapi Che Hassan.
Menurutnya, segalanya bermula apabila Che Hanapi dan Kamilah berkahwin pada Ogos 2007 yang ketika itu isterinya sudah menjaga tiga anak saudaranya selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.
Katanya, pada 2011, mereka membuat keputusan mengambil tiga lagi anak saudaranya yang kematian ibu bapa untuk memastikan hubungan dan keakraban dalam kalangan adik-beradik kekal terjalin.
Ads
“TIADA APA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN APABILA MELIHAT ENAM ANAK YATIM PIATU INI YANG JUGA ANAK SAUDARA ISTERI GEMBIRA DAN TIDAK TERPISAH.
“SEBENARNYA, JIKA ADA YANG MENGAMBILNYA, BIARLAH MEREKA KEKAL BERSAMA DAN BUKANNYA HANYA SEORANG YANG MENYEBABKAN HUBUNGAN MEREKA AKAN MENJADI JAUH.
“Saya tidak sanggup melihat mereka terpisah lalu menjaga mereka sehingga dewasa sedangkan mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 16 tahun dan yang tinggal bersama kami ketika ini ialah tiga orang.
“Alhamdulillah, kami gembira seorang daripadanya sudah berkahwin dan kami kini mempunyai seorang cucu, manakala dua lagi sudah bekerja di Bentong, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.
Che Hanapi yang tinggal di rumah asnaf Projek Rumah Bersepadu Kampung Padang Rumbia, Pekan turut mengakui gembira melihat anak saudaranya membesar di depan mata kerana memberi kepuasan serta bersyukur di atas segalanya.
Dalam membina sesebuah keluarga, antara tanggungjawab paling besar ibu bapa adalah memastikan pendidikan anak-anak terjamin.
Setiap fasa pembesaran mereka dari kecil hinggalah ke alam remaja merupakan peluang membentuk karakter, kemahiran dan masa depan.
Justeru, bila ada cadangan seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli berkenaan sistem pendidikan negara, pastinya ia membuka perbincangan hangat di kalangan keluarga Malaysia.
Dalam satu sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, bekas Menteri Ekonomi dan Ahli Parlimen Pandan itu mencadangkan agar umur persekolahan dihadkan sehingga 16 tahun sahaja. Katanya:
“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun… kerana satu, kita negara menua. Keduanya, supaya anak-anak kita dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun.”
Ujar beliau, idea ini bukan sekadar untuk mempercepatkan penyertaan anak muda dalam tenaga kerja, malah merupakan satu langkah proaktif menangani isu penuaan populasi negara.
Namun dalam masa yang sama, Rafizi turut menekankan bahawa fokus sebenar RMK13 kali ini adalah pada pendidikan awal kanak-kanak, bukan lagi pembangunan mega mahupun angka-angka ekonomi.
Dalam hal ini, beliau menekankan kepentingan menyediakan perkhidmatan pra sekolah yang universal untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun.
Beliau juga memberi peringatan tegas bahawa jika pendidikan awal tidak diberi perhatian, murid akan mula ‘ketinggalan’ seawal Darjah Satu dan ini akan memberi kesan berpanjangan.
Sebagai ibu bapa, adakah kita bersedia dengan perubahan ini? Adakah kita bersedia melepaskan anak tamat sekolah pada usia 16 tahun, dan bersaing dalam dunia kerja lebih awal? Atau patut kita fokus terlebih dahulu kepada kekuatan sistem early childhood education agar asasnya cukup kukuh sebelum membuat perubahan drastik seperti pemendekan tempoh sekolah. Apa pun, pastinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa bapa ini di Arafah termakbul, sembilan sekeluarga bakal tunai haji. Impian seorang bapa untuk membawa seluruh anak-anaknya menunaikan ibadah haji akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau bersama lapan ahli keluarganya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.
Doa Bapa Ini Di Arafah Termakbul, Sembilan Sekeluarga Bakal Tunai Haji
Mohamad Hatta Abd Latif, 60, berkongsi kegembiraannya apabila beliau, isterinya, lima orang anak serta dua menantu turut terpilih menunaikan rukun Islam kelima tersebut.
“Kami suami isteri pernah menunaikan haji pada tahun 2008 semasa mengiringi ibu mentua. Ketika berada di Arafah, saya berdoa agar suatu hari nanti dapat membawa anak-anak pula menunaikan haji.
“Empat bulan selepas pulang ke tanah air, saya terus mendaftarkan anak-anak untuk menunaikan haji. Syukur, tahun ini rezeki menyebelahi kami. Selain tujuh ahli keluarga terdekat, dua menantu turut sama menyertai kami. Perasaan teruja memang tidak dapat digambarkan,” katanya ketika ditemui pada Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Selangor, hari ini.
Mohamad Hatta memaklumkan bahawa mereka sekeluarga dijadualkan berangkat ke Tanah Suci pada 30 Mei nanti.
Dalam pada itu, anak bongsunya, Muhammad Hanif yang baru berusia 20 tahun, meluahkan rasa tidak percaya kerana diberi peluang menunaikan haji pada usia muda.
“Bila tahu terpilih, saya rasa terkejut sebab saya tahu bukan mudah untuk ke Tanah Suci. Pada mulanya saya rasa ragu-ragu, tertanya-tanya sama ada saya betul-betul bersedia atau tidak. Tapi selepas menghadiri kursus, rasa yakin itu makin bertambah,” ujarnya.
Dalam majlis sama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan merasmikan Kursus Haji Perdana peringkat negeri.
Kursus ini menyaksikan seramai 8,338 jemaah dari Selangor membuat persiapan akhir sebelum berangkat ke Mekah. Selangor mencatatkan jumlah jemaah tertinggi, terdiri daripada 3,609 lelaki dan 4,729 wanita.
Sejak berumah tangga dan menjadi seorang ibu, pelakon Intan Ladyana agak jarang muncul di kaca televisyen. Kini fokusnya lebih kepada keluarga dan anak sulung, Evie Khadeeja yang kini nak masuk usia 9 bulan.
Bagaimanapun isteri kepada Harris Alif ini tetap aktif di media sosial dan berkongsi aktiviti mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.
Terbaru di instagram Harris, dia telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab bersama suami dan anak di atas kapal persiaran.
Cantiknya Intan bertudung
Perkongsian yang dibuat oleh Harris telah mendapat perhatian ramai dan semuanya tumpang gembira melihat penampilan terbaru Intan.
Mereka juga mendoakan agar intan terus mengenakan hijab dan berharap agar dia istiqamah dengan penampilan tersebut.
Nampak Intan makin muda dan berseri
Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lagi daripada pelakon sitkom Puteri itu tentang penampilan terbarunya. Apa-apapun semoga Intan dan keluarga terus bahagia bersama hingga ke akhir hayat.
Selain Intan Evie Khadeeja juga turut mendapat perhatian peminat mommy dan daddynya. Keletah comel Evie yang suka tersenyum boleh buat sesiapa saja cair dan geram dengannya.
Malah di instagram stories Harris juga turut menyatakan Evie dah makin aktif.
Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan anak perempuan pada 31 Januari lalu.
Sumber: Instagram Harris Alif
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.