Pemandu bas sekolah muatnaik video murid sekolah rendah direman 5 hari. Di zaman digital ini, maklumat peribadi mudah tersebar dengan pantas di pelbagai platform. Salah satu aspek yang semakin mendapat perhatian ialah privasi kanak-kanak, terutamanya apabila melibatkan rakaman gambar oleh orang luar.
Pemandu Bas Sekolah Muatnaik Video Murid Sekolah Rendah Direman 5 Hari
Sebagai ibu bapa atau penjaga, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam melindungi privasi anak-anak.
Memetik Harian Metro, seorang pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video murid sekolah rendah yang juga penumpangnya dan merujuknya sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’ direman lima hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi’uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.
Sehubungan itu, pemandu bas berusia 24 tahun itu akan direman sehingga 10 September depan bagi siasatan mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.
Terdahulu media melaporkan suspek berkenaan ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dilaporkan berkata penahanan pemandu bas itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 2.57 pagi tadi.
Gambar sekadar hiasan.
Polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya
Ads
Sebelum ini tular di TikTok seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Gambar sekadar hiasan.
Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun itu merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah murid jelas kelihatan.
Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.
Bantuan Awal Persekolahan, “Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan…” Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.
Bantuan Awal Persekolahan
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, peluasan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.
“Peluasan BAP Kepada Pelajar Tingkatan Enam Pertama Kali Dilaksanakan…”
“Ini peluang yang sangat baik, BAP diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam buat kali pertamanya dalam sejarah, dan kita mahu anak-anak Tingkatan Enam ini terus bersemangat.
“Kita harap inisiatif untuk Tingkatan Enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana Tingkatan Enam ini sangat penting, ia pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Fadhlina berkata, agihan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam sedia ada akan dilaksanakan pada Februari 2025 manakala pelajar baharu akan menerima BAP pada Julai 2025.
Beliau berkata, peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam juga adalah cerminan keprihatinan kerajaan Madani untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan.
Inisiatif itu juga membuktikan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan untuk terus memperkasakan pendidikan selain untuk menggalakkan pelajar memilih pendidikan Tingkatan Enam, selepas SPM, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober lepas, mengumumkan BAP diteruskan, dengan hampir RM800 juta diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Sesi persekolahan 2025 yang bermula hari ini pastinya membuatkan tugas ibu dan ayah kembali sibuk dengan rutin harian anak ke sekolah.
Paling mendebarkan pastinya ibu dan ayah murid Tahun 1 yang baru melangkah masuk ke sekolah hari ini. Pastikan bermacam ragam anak-anak yang perlu ditangani sebaiknya.
Bagi melancarkan sesi persekolahan anak-anak pada minggu pertama ini, seorang pendidik dalam satu taklimat Guru Besar menitipkan pesanan pada ibu dan ayah terutama yang mempunyai anak di Tahun 1 agar melancarkan pergerakan.
First day primary 1 taklimat Guru Besar:
“Kepada ibu bapa yang pakai kereta mahal tahniah. Kereta besar, cantik. Semua orang dah tahu.
“Tapi jangan berhenti di depan sekolah dan block gate.
“Tahun depan boleh transfer sekolah swasta.
“Kalau nak sangat orang tahu, saya boleh bantu. Tukar name tag anak kepada Velfire, Honda, BMW, Tesla ka apa.
“Nanti bayar yuran boleh letak remaks. Kita boleh tolong kasi print logo kereta.”
Sinis namun inilah yang benar-benar berlaku pada minggu pertama persekolahan anak-anak.
Sebolehnya kita membantu bagi melancarkan lagi pergerakan anak-anak dan lalu lintas agar tidak menyusahkan pengguna lain.
Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdepan detik mencemaskan bersama isteri dan anak-anak bila mana berdepan insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand, petang semalam.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, TMJ menyifatkan ia pengalaman terburuk dalam hidupnya apa lagi melibatkan anak-anak yang ketakutan berdepan detik itu.
Malah menurut perkongsiannya, baginda serta keluarga ketika itu berada di lobi hotel berhampiran pusat beli-belah berkenaan sebelum mendengar orang ramai berteriak dan berlari masuk ke dalam perkarangan hotel tersebut.
“Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.
“Suasana sangat bising dan terdengar begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel waktu itu.
“Kami bawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat dan berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya,” katanya.
Bercerita mengenai situasi getir itu kata TMJ lagi, dia mula memikirkan jika berdepan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Malah kongsinya lagi, baginda dan pasukan keselamatan bertindak sebagai perisai dengan berdiri di hadapan isteri dan anak-anak sebelum bergerak ke tempat yang lebih selamat waktu itu.
“Isteri saya terus peluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba tenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.
“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh dan dua orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa,” kongsinya lagi.
Terdahulu TMJ dan keluarga berada di Bangkok bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun terlepas perlawanan itu namun TMJ bersyukur keluarga dan pasukannya terselamat.