Murid perempuan ponteng sekolah, malu tak ada hadiah untuk cikgu, ‘menyorok’ di masjid. Walaupun memberi hadiah kepada guru sering menjadi tradisi pada hari ini, hakikatnya bukan semua murid mampu untuk berbuat demikian.

Hari Guru Kebangsaan adalah hari yang istimewa bagi seluruh warga pendidik di Malaysia. Setiap tahun pada 16 Mei, kita meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang telah mendidik dan membimbing generasi muda negara. Terdapat pelbagai cara lain yang lebih bermakna untuk menghargai guru tanpa perlu memberi hadiah yang mahal.

Murid Perempuan Ponteng Sekolah, Malu Tak Ada Hadiah Untuk Cikgu, ‘Menyorok’ Di Masjid

Berikut perkongsian hantaran di Facebook Raja Shamri  yang disalin semula melalui karya asal Cikgu Abd Ghani Haron.

Ketika menjadi pengetua dulu, suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya. Katanya ada seorang budak sekolah berada di masjid, macam ponteng sekolah. Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dengan aktiviti sambutan.

Saya bergegas sendiri ke masjid yang disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.

Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.

Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk, saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata, “Tak ada apa cikgu.”

Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia bercakap benar.
Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu, dia akan berkata benar,”

Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan, ayah saya kerja jaga. Emak telah meninggal.”

Murid Perempuan Ponteng Sekolah, Malu Tak Ada Hadiah Untuk Cikgu, ‘Menyorok’ Di Masjid

Dia berhenti bercakap. Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis. Dia menyambung, “Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka..? Ini telah berlaku tahun lalu.”

Air matanya yang deras dikesat dengan kain tudung yang separuh lusuh. Saya pula yang turut sedih dan tidak terucap kata. Saya menghantarnya balik ke rumah, dalam perjalanan fikiran berkecamuk.

Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dengan memberi hadiah kepada guru di samping program sekolah. Memanglah ia sesuatu yang baik. Tetapi banyak ibu bapa yang miskin, yang kurang mampu, menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah, tak mau ke sekolah tanpa hadiah.

Yang berada minta hadiah lebih baik unutk mengatasi rakan. Anak yang telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak, tetapi memilih jalan lain untuk mengelak, memendam rasa, tetapi siapa yg peduli.

IKLAN

Maka adalah baik jika hadiah kepada guru tidaklah diberi penekanan, high light, kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru, dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dalam kelas yang menyebabkan pelajar lain terasa, maksudnya hadiah pada guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.

Bagi sekolah yang di luar bandar yang ibu bapa berpendapatan rendah, lebih-lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian. Hakikatnya, pelajar yang baik bukan memberi hadiah kepada gurunya, tetapi memberi khidmat kepada gurunya, bekerjasama dan patuh pada semua arahan.

Hari guru sebaiknya disambut dengan penzahirkan rasa syukur kepada Allah, bukan di zahir dengan berseronok suka. Mungkin sukan, sukaneka itu baik untuk menjalin hubungan, tetapi saya tak nampak di mana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas, murid menyanyi, menari, bergencok.

Mungkin sketsa yang mendidik, majlis tahlil, bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur, kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai. Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan, ada murid, murid kena bersyukur kerana ada guru yang mendidik, ibu bapa kena bersyukur kerana ada yang mengambil tanggungjawab mendidik.

Murid Perempuan Ponteng Sekolah, Malu Tak Ada Hadiah Untuk Cikgu, ‘Menyorok’ Di Masjid

Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kepada penzahiran rasa syukur kpd Allah. Kepada ibu bapa, minta anak menghadiahkan hari guru dengan janji untuk menjadi pelajar yang baik, yang taat, gigih yang berdisiplin, itu lebih besar maknanya kepada seorang guru dari sekotak hadiah.

Dari kisah yang saya paparkan, jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut sahaja ,dari situasi dan pandangan kita sahaja, tetapi berfikirlah dari berbagai sudut, dari berbagai situasi.

Baik pada kita, mungkin mencederakan orang lain. Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain, sebaliknya selalulah berusaha untuk menggembirakan orang lain, kelak di akhirat Allah gembira kan kita.

Wallahu a’lam..

IKLAN

Kesimpulannya sambutan Hari Guru tidak seharusnya menjadi beban kepada murid yang kurang berkemampuan untuk memberi hadiah. Apa yang lebih penting adalah rasa penghargaan yang ikhlas dan tulus kepada guru.

Terdapat banyak cara yang kreatif dan bermakna untuk menghargai jasa guru tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Penghargaan yang datang dari hati pasti akan memberi kesan yang lebih mendalam dan berpanjangan kepada guru. Semoga semua murid dapat menyambut Hari Guru dengan penuh semangat dan rasa terima kasih yang tulus.

Sumber: Raja Shamri, karya asal Cikgu Abd Ghani Haron

Baca juga artikel lain: Bertuahnya Cikgu Murid Tahun 1 Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru, Rezeki Cikgu!

Lepas Potluck Raya Mak-Mak Bersedia Untuk Hadiah Hari Guru Pula, Idea Ibu Ni Simple Jimat!

Menarik Cantik Idea Hadiah Hari Guru Kos Murah, Ibu Teruja Tunaikan Hasrat Anak!

 

 

Murid Perempuan Ponteng Sekolah, Malu Tak Ada Hadiah Untuk Cikgu, ‘Menyorok’ Di Masjid

IKLAN

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI