
Melahirkan anak bukan sekadar detik bahagia, tapi satu perjalanan penuh pengorbanan yang kadang-kadang tidak terlihat oleh mata kasar. Dalam dewan bersalin, setiap nafas, setiap teran… semuanya antara hidup, sakit dan harapan.
Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Olivia Passya membuka mata ramai. Video yang dimuat naiknya menjadi tular sehingga mencecah 6.5 juta tontonan bukan kerana drama, tapi kerana realiti yang jarang dibincangkan.
Selepas lima hari bersalin, keadaan matanya kelihatan merah menyala, seolah-olah berdarah. Lebih mengejutkan, kedua-dua belah mata terkesan, malah kelopak mata juga kelihatan lebam. Keadaan ini dikenali sebagai pembuluh darah mata pecah selepas bersalin.
Menurut Olivia, semuanya berlaku ketika proses meneran.
Walaupun kelihatan agak ‘menyeramkan’, dia menjelaskan keadaan tersebut tidak menyakitkan dan penglihatannya juga tidak terjejas. Malah, dia masih mampu bergerak aktif seperti biasa seawal hari kedua selepas bersalin.
Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Affendy Gunawan, keadaan ini dikenali sebagai Subconjunctival Hemorrhage iaitu pendarahan kecil pada permukaan mata.
Ia berlaku apabila salur darah halus pecah akibat tekanan tinggi semasa ibu meneran, terutama jika teknik tidak betul. Kes pembuluh darah mata pecah ini sebenarnya bukan perkara luar biasa dalam kalangan ibu bersalin.
Antara punca utama:
Sekitar 10% ibu bersalin normal boleh mengalami keadaan ini, terutamanya jika teknik tidak dikawal dengan baik.
Ramai ibu ingat meneran itu sekadar “push kuat-kuat”. Hakikatnya, teknik yang salah boleh beri kesan pada badan — termasuk mata.
Dalam kes pembuluh darah mata pecah, tekanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan salur darah kecil di mata pecah akibat tekanan berlebihan.
Bila ibu pejam mata dan teran kuat, tekanan bukan saja pergi ke rahim tapi “naik” ke kepala. Di situlah risiko pembuluh darah mata pecah meningkat.
Kebanyakan kes tidak berbahaya.
Simptom biasa:
Dan berita baiknya — ia akan pulih sendiri dalam masa beberapa hari hingga minggu tanpa rawatan khusus. Kes pembuluh darah mata pecah ini biasanya tidak meninggalkan kesan jangka panjang.
Namun, dapatkan pemeriksaan jika:
Kisah Olivia bukan untuk menakutkan, tapi untuk menyedarkan.
Bersalin bukan hanya soal tahan sakit, tapi juga soal ilmu. Ramai ibu masuk labour room tanpa betul-betul faham teknik meneran — akhirnya badan yang ‘menanggung’.
Ilmu kecil seperti:
…boleh bezakan pengalaman bersalin yang lebih selamat, atau yang meninggalkan kesan yang tak dijangka termasuk pembuluh darah mata pecah.
Setiap ibu memang kuat. Tapi kekuatan tanpa ilmu kadang-kadang boleh memudaratkan diri sendiri.
Mata merah selepas bersalin mungkin nampak remeh, tapi ia sebenarnya tanda tekanan yang terlalu tinggi dalam badan.
Jadi untuk bakal ibu di luar sana — ambil masa untuk belajar, tanya doktor, faham teknik.
Sebab dalam momen paling genting itu nanti, apa yang kita tahu… itulah yang akan menyelamatkan kita.
Sumber: Olivia Passya & dreff.spog