Pemergian empat beranak serentak yang menjadi mangsa dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm minggu lalu begitu menyentuh hati semua pihak. Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas itu telah mengorbankan sebanyak 30 individu setakat ini manakala 61 lagi terselamat.
Empat sekeluarga sehidup semati
Bagaimanapun, empat sekeluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh iaitu Lai Chee Sam dan isterinya, Lai See Tin bersama dua orang anak iaitu Giselle Lai Yu Xi,6 dan Jonas Lai Ze Kai, 2, yang dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat antara 18 hingga 20 Disember lalu telah ‘kembali’ pulang di Taman Machap Indah, Alor Gajah kelmarin.
Ruang keranda dipenuhi hiasan lukisan anak
Ads
Apa yang lebih menyayat hati, ruang keranda sekitar empat beranak itu dikelilingi dengan koleksi mainan dan lukisan dua beradik keluarga Lai itu bagi memperingati mereka.
Difahamkan juga, selain kehadiran Polis Daerah Alor Gajah, hampir 50 ahli keluarga dan penduduk sekitar hadir ke acara pengebumian tersebut bagi memberi penghormatan yang terakhir.
Semoga waris keluarga terus diberi kekuatan
Ads
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan kejadian tragis yang menimpa keluarga tersebut dan turut berduka dengan pemergian mereka.
Malah, netizen turut menitipkan ucapan takziah buat waris keluarga atas kehilangan insan tersayang dan berharap terus diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.
Takdir Allah mendahului segalanya. Seorang pelajar semester akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, yang bercita-cita menjadi ustazah, pergi menghadap Ilahi dalam satu kemalangan tragis di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, pada pagi Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 6.45 pagi itu, Nur Alya Fatnin Mohd Mawardzi, 22, bersama tiga rakan lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke IPG. Malangnya, kenderaan jenis Proton X50 yang dinaiki Allahyarham dirempuh oleh sebuah treler, mengakibatkan kejadian yang meragut nyawanya.
“Seluruh warga IPG dan IPGMKSM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Nurul Alya Fatnin, pelajar 10 PISMP PAI 2 yang kembalinya ke rahmatullah.
“Marilah kita mendoakan dan menyedekahkan al-Fatihah agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kongsi TikTok rasmi IPGMKSM.
HAFIZAH 30 JUZUK AL-QURAN
“Arwah seorang anak yang sangat baik dan dia adalah hafizah yang sudah menghabiskan hafazan 30 juzuk al-Quran,” kata ibu arwah
Menurut ibu Allahyarham, Azizah Harun, 63, anak bongsu daripada lima beradik itu sedang dalam perjalanan pulang ke IPG selepas menyertai lawatan ke Indonesia bersama pensyarah dan rakan-rakannya.
Azizah berkata, Allahyarham sempat membalas mesej WhatsApp bapanya, Mohd Mawardzi Akhir, 65, sekitar jam 6.29 pagi tadi, yang bertanya mengenai lokasi mereka ketika itu.
Azizah memaklumkan bahawa pada sekitar jam 7.58 pagi, mereka menerima panggilan daripada rakan Allahyarham yang memaklumkan tentang kemalangan yang berlaku. Setelah itu, keluarga segera bergegas ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menurut Azizah lagi, anak bongsunya itu sepatutnya menduduki peperiksaan akhir pada keesokan harinya sebelum merancang untuk menghabiskan cuti bersama keluarga di rumah mereka di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan mengucapkan takziah dan mendoakan Allahyarham.
“Hafizah 30 juzuk al-Quran, orang yang baik. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”
“Tak sempat bergelar ustazah. ALLAH lebih menyayanginya. Takziah untuk keluarga.”
“Al-Fatihah buat arwah anak solehah Alya (al-hafizah). Semoga ditempatkan di syurga tertinggi, aamiin.”
TRELER GAGAL DIKAWAL
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati treler jenis Volvo yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis, Pahang menuju ke Gua Musang semasa kejadian berlaku.
“Setibanya di lokasi, pemandu treler tersebut hilang kawalan dan merempuh dua kenderaan, iaitu Perodua Axia dan Proton Saga.
“Treler itu kemudian melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Axia dan Proton X50 yang berada di bahu kiri jalan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa impak pelanggaran tersebut mengakibatkan pemandu Proton X50 cedera di bahagian kepala, manakala penumpang hadapan hanya mengalami kecederaan ringan.
Beliau menjelaskan bahawa penumpang belakang di sebelah kiri mengalami kecederaan pada bahagian pinggul, manakala seorang lagi penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kemalangan yang berlaku pada awal pagi itu melibatkan 13 individu, termasuk pemandu treler.
Superintenden Sik Choon Foo turut memaklumkan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana pemanduan secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta untuk menghubungi talian 09-9121222 bagi membantu siasatan lanjut.
Usahawan berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri menerima kejutan yang paling istimewa daripada isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Aliff menerima sebuah kereta mewah berjenama Ferrari sebagai hadiah perkahwinan mereka.
Tambah Alif lagi, kereta Ferrari berwarna merah itu juga dipilih sendiri oleh isterinya.
Menurut Aliff, dia sudah lama mengimpikan kereta mewah berkenaan namun, tidak menyangka isterinya akan memberi kejutan kepadanya sebagai hadiah.
“I love you sayang. Tak sangka isteri saya kejutkan saya sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-17.
“Sebenarnya lama saya idamkan kereta Ferarri terbaru ini,” katanya.
Aliff memberitahu hasart untuk memiliki kereta idamannya itu selama ini terbantut apabila memikirkan keadaan ekonomi ketika ini.
“Bila fikir balik dengan anak ramai tak sesuai. Komitmen makin tinggi bila anak dah remaja dan ekomoni pun tak stabil tapi terkejut dapat hadiah,” kongsinya lagi.
Walau bagaimanapun, Aliff sangat berterima kasih kepada isteri tercinta kerana melakukan kejutan yang paling bermakna ini.
Menerusi video yang dikongsikan, anak-anak Aliff turut kelihatan teruja sewaktu melihat dan menaiki kereta tersebut.
Kerajaan Negeri Sabah mempertimbangkan langkah menambah tempoh cuti sekolah di negeri ini sebagai langkah menangani penularan COVID-19.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu sebagai mengambil kira penularan di lokasi berisiko tinggi.
“Kerajaan Negeri Sabah pertimbang kemungkinan untuk memanjangkan cuti persekolahan waktu ini bagi menangani penularan COVID-19 di lokasi yang tinggi risikonya.
“Saya juga memohon orang ramai untuk menghadkan pergerakan mereka dan bagi sektor swasta juga, kita galakkan supaya pekerja mereka bekerja dari rumah sekiranya boleh,” katanya.
Untuk rekod, musim cuti persekolahan di seluruh Sabah akan bermula selama seminggu pada Isnin ini (esok).
Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya pada Ahad.
Mohd Shafie pada masa sama turut meminta rakyat Sabah supaya bertenang dan kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin untuk menangani penularan COVID-19 di negeri ini.
“Masyarakat umum diminta untuk terus bertenang dan bekerjasama dengan pihak wajib dari semasa ke semasa,” katanya.
Sementara itu, dalam Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi mengesahkan seramai 49 individu kini dikenal pasti positif COVID-19 setakat hari ini.
Ia sekali gus menjadikan jumlah berkenaan bertambah sebanyak 23 kes berbanding 26 pada semalam.
Dalam kenyataan berkenaan, Lahad Datu dilaporkan mempunyai individu teramai dengan 14 orang, diikuti Tawau (8), Kinabatangan (5), Tuaran (3), Kunak (2), Putatan (2), Sandakan (2) manakala Kota Belud, Sipitang, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu masing-masing dengan seorang positif COVID-19.
Mengikut pecahan itu juga, 48 suspek positif COVID-19 adalah lelaki manakala seorang wanita.