Isu pemilihan taska & pengasuh tidak boleh dipandang remeh dan diambil mudah. Tanpa kita sedari, kesilapan dan kecuaian ini boleh undang padah kepada anak sendiri.

Pemerhatian Pa&Ma mendapati pasangan muda kini mudah memilih untuk mendapatkan pengasuh melalui grup atau page di laman sosial. Kurang ketelitian dalam pemilihan dan mengenepikan faktor penting mula menunjukkan kesan negatif ekoran kepada terjadinya kes penderaan bayi yang semakin banyak terjadi akhir-akhir ini. Bahana kesilapan dan sikap terlalu percayakan manusia bertopengkan syaitan di laman sosial akhirnya membawa padah kepada anak sendiri.

Pemilihan Pengasuh Tidak Boleh Dipandang Remeh. Kesilapan & Kecuaian Kita Boleh Undang Padah

Menurut Professor Madya Mastura Badzis, Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling, Kuliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarbangsa Malaysia, hal ini tidak boleh dipandang enteng dan diambil mudah. Perkara berkaitan asuhan anak dan pemilihan pengasuh perlu jadi keutamaan.

TIDAK BOLEH HANYA KENAL DI MEDIA SOSIAL

Perihal memilih pengasuh anak, ibu bapa perlu teliti. Pertama sekali, ibu bapa tidak boleh hanya kenal-kenal melalui sosial media dan terus hantar anak. Ibu bapa perlu kenal dan jumpa beberapa kali sebelum ambil keputusan untuk menghantar anak kepada pengasuh berkenaan. Sebab yang hendak kita serahkan anak kita, untuk dijaga mereka. Jadi ia menjadi tanggungjawab kita memilih pengasuh yang baik untuk anak.

Pemilihan Pengasuh Tidak Boleh Dipandang Remeh. Kesilapan & Kecuaian Kita Boleh Undang Padah

PERLU BERDAFTAR

Kedua, ibu bapa perlu memastikan pengasuh atau taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jika ia berdaftar, bermakna para staf terlatih yang telah mengambil Kursus Asas Permata dengan jabatan ini. Ini bermakna mereka pengasuh yang terlatih. Kursus ini juga ada diberikan kepada pengasuh-pengasuh di rumah yang mana memilih untuk berdaftar.

Kursus Asas ini adalah untuk  pengasuh yang menjaga kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah.

Pemilihan Pengasuh Tidak Boleh Dipandang Remeh. Kesilapan & Kecuaian Kita Boleh Undang Padah

SELIDIK LATAR BELAKANG PENGASUH

Ketiga, ibu bapa perlu menyelidiki latar belakang pengasuh tersebut. Dibimbangi kalau mungkin terdapat dalam kalangan pengasuh, mereka yang mengalami masalah Psikologi atau kecelaruan emosi.

IKLAN

Sekarang, ramai yang mengalami masalah mental yang tidak diketahui seperti stres yang membawa kepada distress, psychotic dan memungkinkan terjadinya skizofrenia.

Bagi mereka yang mengalami gangguan emosi atau disorder ini biasanya mereka boleh bertindak sesuatu iaitu gangguan-gangguan tingkah laku yang kita tidak terfikir orang normal akan buat. Ia selalunya berlaku kerana stres yang keterlaluan.

Pemilihan Pengasuh Tidak Boleh Dipandang Remeh. Kesilapan & Kecuaian Kita Boleh Undang Padah

PERLU SELEKTIF

Saya boleh katakan taska berdaftar memang wajib. Katakan ibu bapa nak hantar pengasuh di rumah sekali pun kalau saya sebagai tersebut telah mendapat latihan professional untuk pengasuh TASKA di rumah.

Kadang-kadang kita katakan berikan anak diasuh orang tua-tua, makciknya & nenek dalam keluarga kita, tu saya tidak mahu komen, terserah kepada individu. Pengasuh yang mungkin sudah berusia dan berpengalaman. Namun aspek keselamatan, kesihatan dan sebagainya adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian.

.

PERIKSA KEADAAN RUMAH

IKLAN

Perkara mengambil pengasuh kepada anak ini bukan kita boleh ambil remeh. Kita ke arah negara maju, sepatutnya kita berhak untuk untuk meminta untuk melihat keadaan rumah/ taska di mana anak akan diletakkan. Melihat keadaan depan rumah sahaja tidak cukup.

Memang kita perlu minta kebenaran untuk masuk ke dalam rumah orang, tetapi apabila rumah tersebut dijadikan pusat asuhan, ibu bapa berhak untuk melihat keadaan rumah untuk memeriksa pelbagai faktor seperti keselamatan, kebersihan  dan sebagainya. Bimbang keadaan rumah yang tidak sesuai menyebabkan anak mudah terjatuh, licin dan sebagainya.

Pemilihan Pengasuh Tidak Boleh Dipandang Remeh. Kesilapan & Kecuaian Kita Boleh Undang Padah

TANGGUNGJAWAB

Penguatkuasaan taska di rumah mungkin kurang walau pun ada garis panduan dan sebagainya. Tetapi sebagai ibu bapa, itu adalah perkara asas yang perlu kita telitikan. Perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan tidak boleh ditarik balik. Seandainya sudah tersilap, ia tidak boleh nak diperbetulkan lagi.

NASIHAT KEPADA IBU BAPA

Ibu bapa perlu selektif dan buat persediaan awal. Ketika ibu masih hamil, dapatkan beberapa calon pengasuh dan buatlah lawatan ke rumah beberapa kali. Cuba kenali dan selidik calon pengasuh anda!

Jadi saya amat tekankan di sini untuk memilih taska atau pengasuh berdaftar. JKM ada juga yang memberikan latihan kepada pengasuh (taska) yang beroperasi di rumah. Selain kualiti penjagaan yang terjamin, keselamatan anak juga lebih boleh dipertingkatkan. Dan apabila terjadi sesuatu, kita boleh ambil tindakan. Dan kalau pengasuh tidak berdaftar, kita tidak boleh mengambil tindakan undang-undang.

IKLAN

Pemilihan Pengasuh Tidak Boleh Dipandang Remeh. Kesilapan & Kecuaian Kita Boleh Undang Padah

PEKA MASALAH MENTAL DALAM MASYARAKAT

Masalah kesihatan mental semakin meningkat dalam masyarakat. Dan kita tidak tahu hal ini dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kita tidak kenal. Masalah begini yang sangat kita bimbangkan.

FAKTOR PERSONALITI & KEPERIBADIAN
Kalau kita ikut prosedur & ambil kursus asas, kita masih perlu mempertimbangkan faktor personaliti, keperibadian dan attitude kerana ia akan membentuk anak kita.

Ibu bapa yang hendak tinggalkan anak kepada pengasuh perlu ambil masa, bukan terus letak dan tinggalkan. Maksudnya dalam pantang, ketika dalam tempoh cuti materniti ibu bapa dan boleh cari calon pengasuh dan dapatkan maklumat yang tepat.

Pemilihan Pengasuh Tidak Boleh Dipandang Remeh. Kesilapan & Kecuaian Kita Boleh Undang Padah

 

RATIO PENGASUH & BAYI

Ibu bapa juga perlu ambil tahu ratio bayi dan pengasuh. Ratio pengasuh dan bayi (bawah 12 bulan) ialah 1:3. Seorang pengasuh mengasuh empat bayi masih boleh dipertimbangkan. Sebab apa ratio 1:3 ini dijadikan garis panduan? Kerana contohnya apabila berlaku kebakaran, pengasuh boleh menyelamatkan semua bayi dengan bayi pertama di tangan kiri, bayi kedua di tangan kanan & bayi ketiga ditampung tengah-tengah.

Memang ibu bapa akan katakan, faktor ini tidak penting dan menyerahkan bulat-bulat kepada pengasuh dengan alasan “tahulah mereka menjaga”. Stigma ini perlu diperbetulkan.

Pemilihan Pengasuh Tidak Boleh Dipandang Remeh. Kesilapan & Kecuaian Kita Boleh Undang PadahMenurut Prof Madya Mastura, individu yang ingin membuka taska, mereka perlu tahu hal-hal ini. Ibu bapa juga perlu perhatikan faktor ratio pengasuh dan bayi dan ambil tahu jumlah bayi / kanak-kanak yang dijaga oleh taska/ pengasuh.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI