Sekejap je masa berlalu. Dah 6 bulan usia pasangan kembar Zizie Ezette. Rasanya baru sahaja tahu berita kelahiran si kembar Aadam dan Aaleph kan.
Selepas Zizie berkongsikan gelagat si kembarnya itu, semua peminat geram dengan aksi mereka. Ibarat tak boleh berpisah. Mereka begitu akrab dan sering berpegangan tangan.
Lagi besar, lagi nampak keakraban mereka berdua. Betul lah orang cakap, jika pasangan kembar ni apa yang si abang rasa, adik pun akan rasa juga.
Ads
Ada juga peminat menyatakan wajah si kembar ini seorang ikut muka mummy dan seorang lagi muka daddy. Haa sampai macam tu sekali.
Tapi yang lucunya juga, sampai ada yang geram nak gigit peha mereka berdua.
Sama seperti ibu lain, apabila anak dah mula masuk usia 6 bulan, Zizie juga mungkin sedang dalam proses nak menyediakan menu sihat untuk Aadam dan Aaleph.
Ads
Ramai dah tak sabar nak tengok gelagat si kecil ni makan.
“Yeaa dah boleh mamam..lepas ni lagi bam bam la dia”
Sumber: instagram zizieizette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak susah hati apabila melihat anak kecil merengek akibat kemunculan gigi pertama mereka. Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar.
Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan atau tujuh bulan. Manakala gigi yang terakhir iaitu gigi geraham kedua yang terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua. Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.
Tanda Bayi Tumbuh Gigi
Kegatalan Gusi
Kegatalan gusi ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi tumbuh gigi lebih selesa.
Gusi Sakit
Bayi tumbuh gigi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa kerana gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas.
Demam
Ada juga bayi tumbuh gigi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Hal ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.
Kurang Makan
Anda akan mendapati selera makan bayi tumbuh gigi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan si manja anda mendapat cukup cecair dengan cara memberikan lebih susu dan air.
Pengeluaran Air Liur
Kebiasaannya pertumbuhan gigi akan merangsang pengeluaran air liur dan perkara ini pada umumnya terjadi pada bayi tumbuh gigi yang berusia 10 minggu hingga 3 atau 4 bulan.
Ruam Pada Dagu Atau Wajah
Kemungkinan bayi tumbuh gigi akan mengalami ruam kulit yang muncul di sekitar kawasan mulut, dan juga dagu dan kadangkala ruam itu juga muncul di kawasan leher. Atasi ruam ini dengan menggunakan krim kulit khusus untuk bayi.
Bayi Sering Menggigit
Tekanan yang ditimbulkan oleh gigi yang akan keluar melalui gusi biasanya menyebabkan bayi tumbuh gigi merasa tidak selesa. Ketidak selesaan ini biasanya akan menyebabkan anak anda mula menggigit apa juga barang yang ada padanya seperti barang mainan.
Tip Atasi Sakit Ketika Bayi Tumbuh Gigi
Penjagaan Gigi Bayi
Apabila gigi anak anda telah tumbuh, gigi tersebut perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Malah anda juga boleh membeli berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi adalah tidak perlu untuk bayi pada umur begini.
Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang dengan lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi anda sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini.
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama papa perlu ambil langkah berhati-hati dalam memilih botol susu untuk anak. Pastikan andai periksa 6 perkara ini dulu! Ketahui juga tanda-tanda botol sudah tidak selamat digunakan
Bagi bayi yang menyusu sama ada susu ibu perahan atau susu formula,botol susu tentunya satu kemestian. Namun bagi ibu baru, tentunya hal ini agak janggal. Memilih botol susu untuk si manja yang bersesuaian dengan selera anak pasti agak sukar. Tapi pastikan botol yang dipilih selamat, tepat dan praktikal untuk si kecil.
Adakah semua botol susu yang anda belikan sesuai dengan si kecil? Tentunya tidak semua diminatinya terutamanya si manja yang cerewet. Rata-rata mahukan puting susu yang mempunyai saiz dan bentuk seakan-akan payudara ibu. Mama papa boleh ikuti panduan ini dahulu sebelum membuat pilihan.
BELI SATU DAHULU
Jika anda fikir anda ingin menggunakan jenama tertentu, belilah satu atau dua dahulu dan lihat responsnya. Hal ini kerana jika anda membeli satu set botol susu dalam jumlah banyak, ia akan menjadi pembaziran jika si manja tidak menyukainya.
BENTUK PUTING
Jika anda akan menyusukan bayi anda tetapi kadang-kadang menggunakan botol, anda mungkin perlu membeli botol dengan puting lebar yang menyerupai payudara ibu.
KADAR ALIRAN PUTING
Kelajuan susu melalui puting botol berbeza mengikut jenama atau kategori. Ada beberapa jenama yang menjual puting direka untuk aliran cepat, sederhana atau lambat. Kebanyakan bayi baru lahir perlu aliran puting yang lebih perlahan pada mulanya. Aliran terlalu cepat boleh menyebabkan masalah perut si kecil. Belilah puting yang mempunyai aliran lebih cepat apabila si kecil mula membesar.
BAHAN BOTOL – KACA ATAU PLASTIK
PUTING
Pemilihan puting perlu diberi keutamaan. Puting silikon tidak memerangkap bau atau rasa, walaupun selepas digunakan berulang kali. Ia juga tidak mempunyai potensi untuk menimbulkan alahan seperti puting getah atau lateks. Puting silikon juga lebih sukar untuk ‘dikunyah’ oleh bayi, maka kurang risiko tercekik.
SAIZ BOTOL
Bagi si manja baru lahir memadailah botol bersaiz 2oz. Jika anda ingin menggunakan botol dari awal lagi, belilah botol berkapasiti 7oz daripada mula lagi, kerana si kecil akan memerlukan lebih kuantiti susu seiring pembesarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam beberapa minggu pertama, ibu mungkin tertanya-tanya macam mana nak tahu bayi dah kenyang atau tak, cukup ke susu yang diberikan dan macam-macam lagi.
Menurut Baby Centre kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.
Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.
Bagaimanapun, perkongsian dari Puan Sharifah Syazreen Al-idrus mengenai macam mana nak tahu baby newborn dah kenyang atau belum sangat menarik.
Perasan tak masa susukan anak, mula-mula dapat susu tu genggaman tangan dia kuat, tandanya dia tengah dahaga.
Lepas tu lama kelamaan genggaman dia makin loose/relaxed tandanya dah kenyang.
Jadi nak tahu baby dapat susu cukup atau tak, kena peka dengan genggaman tangan dia. Senang kan!