Peminat Excited Tengok Gelagat Aadam Dan Aaleph Suka Bergurau, Pegang Tangan. Cute Sangat!

Share

Sekejap je masa berlalu. Dah 6 bulan usia pasangan kembar Zizie Ezette. Rasanya baru sahaja tahu berita kelahiran si kembar Aadam dan Aaleph kan.

Selepas Zizie berkongsikan gelagat si kembarnya itu, semua peminat geram dengan aksi mereka. Ibarat tak boleh berpisah. Mereka begitu akrab dan sering berpegangan tangan.

Lagi besar, lagi nampak keakraban mereka berdua. Betul lah orang cakap, jika pasangan kembar ni apa yang si abang rasa, adik pun akan rasa juga.

Ada juga peminat menyatakan wajah si kembar ini seorang ikut muka mummy dan seorang lagi muka daddy. Haa sampai macam tu sekali.

Tapi yang lucunya juga, sampai ada yang geram nak gigit peha mereka berdua.

Dah Boleh Belajar Makan

Sama seperti ibu lain, apabila anak dah mula masuk usia 6 bulan, Zizie juga mungkin sedang dalam proses nak menyediakan menu sihat untuk Aadam dan Aaleph.

Ramai dah tak sabar nak tengok gelagat si kecil ni makan.

“Yeaa dah boleh mamam..lepas ni lagi bam bam la dia”

Sumber: instagram zizieizette

IKLAN