Biasanya bila shopping online, kebanyakan daripada kita akan memilih dulu barang apa yang dikehendaki dan meletakkan dalam senarai add to shopping cart terlebih dahulu.

Tujuannya sama ada menunggu masa sesuai untuk membayar atau ingin berfikir terlebih dahulu. Apatah lagi jika ia membabitkan barangan yang mahal harganya.

Penangan Shopping Online, Ibu Terkejut Anak 2 Tahun Beli Barang Lebih RM8,000Sama seperti kisah seorang ibu di New Jersey, Amerika Syarikat, Madhu Kumar apabila baru sahaja melihat beberapa perabot di laman web Walmart dan menambahkan item yang berkenan ke dalam trolinya.

Bagaimanapun wanita itu masih belum membayar kesemua item tersebut.

Namun apa yang menghairankan, satu demi satu bungkusan ‘parcel’ barangan itu mula tiba ke rumahnya beberapa hari lalu membuatkan dia keliru siapa membayarnya.

Madhu Kumar, berkata dia bertanya kepada suami dan dua anaknya sama ada mereka telah membeli barangan itu, tetapi mereka menafikannya.

Bagaimanapun, dia dah mula mengesyaki ‘suspek utama’ ialah anak lelakinya yang paling kecil, Ayaansh, 2.

IKLAN

Penangan Shopping Online, Ibu Terkejut Anak 2 Tahun Beli Barang Lebih RM8,000

Menurut laporan NBC New York, Ayaansh, yang masih belum tahu mengira telah bermain telefon ibunya dan tanpa sengaja memesan barang-barang itu, berjumlah hampir AS$2,000 (kira-kira RM8,373.00).

Antara barangan yang tiba di kediaman mereka ialah kerusi dan pasu hiasan.

Penangan Shopping Online, Ibu Terkejut Anak 2 Tahun Beli Barang Lebih RM8,000

“Dia masih kecil, mengira pun masih belum pandai. Kami seperti tidak percaya dia telah memesan semua barangan dalam troli atas talian,” kata Madhu.

IKLAN

Susulan pembelian ‘tanpa sengaja’ itu, keluarga berkenaan merancang untuk menyimpan beberapa barangan sahaja dan memulangkan selebihnya supaya mereka boleh mendapatkan bayaran balik.

Penangan Shopping Online, Ibu Terkejut Anak 2 Tahun Beli Barang Lebih RM8,000

Suami Madhu, Pramod Kumar berkata mereka sekeluarga telah dapat pengajaran daripada kejadian ini dan akan mengunci telefon bimbit mereka.

IKLAN

“Pengajarannya, kami akan meletakkan kod laluan yang sukar atau pengecaman muka supaya apabila dia megambil telefon kami, ia dalam keadaan terkunci,” katanya.

Kredit: Sinar Plus via NBC News 

Penangan Shopping Online, Ibu Terkejut Anak 2 Tahun Beli Barang Lebih RM8,000

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI