Selama 18 tahun menunggu kehadiran si kecil untuk menceriakan keluarga selepas keguguran anak pertama ketika awal perkahwinan, siapa sangka Allah hantarkan adik Ayra Safiyya Johariy pada kedua ibu bapanya.

Menurut Zalwani Zulkifli, rezeki Allah nak bagi ini tak dijangka pun namun waktu itu cukup berterima kasih pada Allah. Bagaimanapun, waktu lahir barulah tahu Ayra istimewa di mata kami semua kerana mempunyai masalah sumbing.

Penantian 18 Tahun Untuk Dapat Anak, Ayra Sungguh Istimewa. Ummi & Ayah Janji Buat Terbaik
Ayra ketika usia 3 bulan

“Walaupun keadaannya begitu, kami terima dengan hati terbuka dan gembira. Selain sumbing masalah lain yang Ayra hadapi juga sekali sekala dia mengalami sawan. Tetapi masih terkawal.

“Cuma pada 7 April lalu, keadaannya berubah 100 peratus apabila tiba-tiba dia jadi pasif sehinggalah badan melengkung.

“Masa tu kami ingatkan Ayra tak selesa nak tidur kerana selesema tetapi esoknya (8 April) lagi nampak ketara melengkungnya dan asyik tidur sepanjang masa. Disebabkan rasa tak sedap hati terus bawanya ke klinik dan doktor rujuk ke hospital sehinggalah ditahan di wad.

“Masa dalam wad itu, dah tak boleh nak buat apa kerana badannya mula kejang dan melengkung selain tiada selera untuk minum susu sehingga badannya susut,” katanya.

Hampir dua minggu dalam wad Ayra dibenarkan pulang tetapi keadaannya tak berubah. Kini kedua ibu bapanya sedang berusaha untuk membawa Ayra berubat bagi melembutkan semula badannya supaya boleh lurus seperti biasa.

Penantian 18 Tahun Untuk Dapat Anak, Ayra Sungguh Istimewa. Ummi & Ayah Janji Buat Terbaik
Ketika usia 1 tahun

Urut setiap hari untuk lembutkan badan Ayra

IKLAN

Rutin ummi Ayra juga berubah sejak keluar hospital. Setiap hari terutama waktu pagi dan petang badan Ayra akan diurut dengan minyak supaya badannya lembut.

“Nampak jugalah sikit perubahan apabila kita dukung atau pegang, dia boleh luruskan tetapi setelah letak atas tilam jadi melengkung semula.

“Sebelum kejadian ni, Ayra sangat aktif dan bukanlah jenis yang kuat tidur. Dia sentiasa nak ajak berborak. Kini keadaannya hanya pejam mata sepanjang masa dan minum susu pun perlu dikejutkan setiap 3 jam sekali.

“Di usia Ayra 1 tahun 6 bulan ini beratnya mencecah 3.9 kilogram naik 200 gram dalam tempoh seminggu berbanding berat asalnya 3.7 kilogram lepas diberikan susu khas melalui tiub,” ujarnya.

Penantian 18 Tahun Untuk Dapat Anak, Ayra Sungguh Istimewa. Ummi & Ayah Janji Buat Terbaik
Keadaan badan Ayra yang melengkung sehingga lehernya biru

Ikhtiar berubat melalui rawatan alternatif

IKLAN

Zalwani juga menyatakan selagi Ayra ada dengannya, dia dan suami tak akan putus asa untuk membawa anaknya pergi berubat. Asal ada orang cakap boleh bantu, saya bawa.

“Walaupun terpaksa berhabis wang kami akan cuba sehabis daya dan tak mahu lihat Ayra dalam keadaan sakit. Kalau nak dikira dah habis air mata kami sekeluarga.

“Rata-rata yang merawat Ayra memberitahu puncanya disebabkan sawan tarik,” kongsinya.

Walaupun doktor menjangkakan hayat Ayra mungkin dalam setahun sahaja dan menyuruh kami bersedia, sebagai ibu saya tak mahu pegang ramalan doktor.

Penantian 18 Tahun Untuk Dapat Anak, Ayra Sungguh Istimewa. Ummi & Ayah Janji Buat Terbaik
Semasa menerima rawatan di hospital

Buat masa ini, Zalwani berserah pada Allah saja. Jika Allah nak ambil biarlah kami puas hati buat yang terbaik untuknya walaupun dia tak boleh kembali normal. Kami akan reda dengan ujian ini.

IKLAN

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan untuk membantu adik Ayra bolehlah berikan sumbangan ke akaun CIMB Zalwani Zulkifli (06080072901528) 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI