Pengacara serta pelakon popular, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam, 8 September 2022.
Menurutnya, dia selamat bersalin melalui kaedah pembedahan (C-zer) pada waktu magrib dan disambut dengan tangisan. Baginya, penantian selama 9 bulan ini akhirnya memberikan pelbagai rasa buat dirinya dan suami.
“Assalamualaikum anakanda ku..Penantian di hidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah..”
“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan.”
Ads
Juara pencarian Nona Manis ini turut sempat menitipkan doa buat cahaya matanya dan dia turut memohon doa ramai buat anak sulungnya itu.
“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat.”
Ads
“Baba & Mama love you so much. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk anak sulung kami.. Dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga.”
Rata-rata rakan selebriti dan warga maya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata sulung Uyaina dan Raja Shahiran.
Adat melenggang perut yang diamalkan dalam masyarakat Melayu merupakan sebahagian daripada amalan dalam perbidanan tradisional. Amalan ini biasanya dilakukan pada wanita yang bakal melahirkan anak sulung mereka ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Antara tujuannya amalan melenggang perut ini dilakukan kononnya ialah untuk menjauhkan malapetaka dan segala bahaya terhadap ibu mengandung dan yang akan bakal melahirkan anak.
Bagaimanapun masih signifikankah adat melenggang perut? Jika tersalah urut boleh membahayakan nyawa ibu. Jika disertai jampi serapah dikhuatiri khurafat. Upacara tersebut hanyalah semata-mata kepercayaan masyarakat melayu lama sahaja. Islam melarang perbuatan yang menjurus kepada syirik.
Berikut perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak yang merupakan pegawai perubatan, obstetrik & ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai adat/budaya melenggang perut.
ADAT RESAM: MELENGGANG PERUT BAHAYA?
Melenggang perut adalah ritual tradisional yang dilakukan bila wanita hamil genap tujuh bulan. Ritual ini bertujuan untuk memastikan kepala bayi pada posisi normal dengan harapan memudahkan proses bersalin.
Melenggang perut lebih terkenal di bahagian selatan Malaysia, di bahagian Utara, disebut dengan kirim perut, sementara di bahagian barat dan timur Malaysia, tidak terdapat data yang menjelaskan istilah yang berkaitan dengan upacara adat melayu ini.
BAGAIMANA MELENGGANG PERUT DILAKUKAN?
*Kain sebanyak 7 helai dengan 7 warna dibentangkan, sebagai alas untuk si ibu berbaring.
*Kemudian, perut si ibu diurut perlahan-lahan dengan minyak urut yang telah disediakan.
*Selanjutnya, kelapa yang sudah dikupas digulingkan secara perlahan di atas perut isteri secara bolak-balik dari atas ke bawah sebanyak 7 kali. Pada kali yang ke 7, buah kelapa tersebut sengaja dilepaskan dan dibiarkan bergolek golek hingga berhenti.
*Kemudian bidan memerhatikan bagaimana posisi muka atau mata buah kelapa tersebut bila berhenti bergolek. Jika mata kelapa menghadap ke atas, maka isteri akan melahirkan bayi lelaki, jika sebaliknya, maka isteri akan melahirkan bayi perempuan.
*Kemudian, kedua tangan bidan memegang hujung lapisan kain yang paling atas, lalu ia mengangkat sedikit hujung kain tersebut, dengan tujuan untuk melenggangkan perut si ibu. Setelah itu, maka bidan menarik kain tersebut helai demi helai secara perlahan hingga semua lapisan kain terlepas dari bawah pinggang si ibu.
*Kemudian lapisan kain yang paling bawah beserta buah kelapa, beras, damar, sirih-pinang yang terdapat di dalam tepak sirih diserahkan pada bidan.
*Tak dilupakan, setiap langkah ini disertai dengan jampi dan mantera tertentu.
Jadi apa signifikannya berlengang perut? Nak tahu jantina bayi dalam kandungan – kita boleh buat scan tengok bayi perempuan atau bayi lelaki. Sejauh mana benarnya kelapa yg bergolek-golek itu memberikan gambaran jantina bayi?
Kalau di hospital, ECV (prosedur nak pusingkan baby songsang) dibuat oleh doktor yang bertauliah dan di bawah pengawasan CTG. Jika berlaku komplikasi, ibu terus dihantar segera ke dewan bersalin untuk pembedahan caesarean.
Bagaimanapun untuk menjaga hati dan perasaan orang-orang tua yang tegar nak buat juga adat ini mungkin boleh tegur secara berhemah. Cadangan membuat kenduri doa selamat untuk memohon kesejahteraan kehamilan dan proses bersalin yang selamat adalah jauh lebih baik dan bermanfaat
Superfood ibu hamil adalah langkah penting untuk memastikan kehamilan yang sihat dan seimbang. Dalam tempoh ini, pemilihan makanan memainkan peranan besar kerana apa yang diambil oleh ibu akan mempengaruhi kesihatan diri dan juga perkembangan bayi dalam kandungan.
Istilah “superfood” merujuk kepada makanan yang kaya dengan nutrisi penting seperti asid folik, zat besi, kalsium dan omega-3. Nutrien ini amat diperlukan untuk menyokong tumbesaran bayi serta membantu ibu kekal bertenaga sepanjang kehamilan.
Berikut adalah 10 superfood terbaik yang sangat disarankan untuk ibu hamil.
Sayur hijau seperti bayam, brokoli dan sawi adalah antara makanan wajib sepanjang kehamilan.
Kebaikan nutrisi:
Telur mudah disediakan dan sangat padat dengan nutrisi, menjadikannya pilihan superfood ibu hamil yang praktikal.
Kebaikan nutrisi:
Ikan berlemak sangat penting untuk perkembangan bayi dan termasuk dalam kategori utama superfood ibu hamil.
Kebaikan nutrisi:
Tip: Pilih ikan rendah merkuri dan masak dengan sempurna.
Produk tenusu seperti yogurt dan keju adalah superfood ibu hamil yang membantu memenuhi keperluan kalsium.
Kebaikan nutrisi:
Kekacang seperti lentil dan kacang merah merupakan alternatif protein yang sihat.
Kebaikan nutrisi:
Buah seperti oren, strawberi dan blueberry adalah pilihan superfood ibu hamil yang menyegarkan dan berkhasiat.
Kebaikan nutrisi:
Kurma sering menjadi pilihan ibu hamil terutama di trimester akhir kerana kandungan tenaga semula jadinya.
Kebaikan nutrisi:
Avokado adalah superfood ibu hamil yang semakin popular dalam diet sihat moden.
Kebaikan nutrisi:
Daging tanpa lemak seperti ayam dan daging lembu membantu memenuhi keperluan zat besi ibu.
Kebaikan nutrisi:
Bijirin penuh seperti oat dan beras perang adalah sumber tenaga sihat untuk ibu hamil.
Kebaikan nutrisi:
Tiada satu makanan yang boleh memenuhi semua keperluan nutrisi ibu hamil. Kunci utama adalah pemakanan seimbang dan pelbagai. Dengan mengamalkan superfood ibu hamil, ibu bukan sahaja dapat mengekalkan tenaga, malah menyokong perkembangan bayi secara optimum.
Amalkan juga gaya hidup sihat seperti minum air secukupnya, kekal aktif dan mendapatkan rehat mencukupi. Jika mempunyai sebarang kondisi kesihatan, dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan untuk pelan diet yang lebih sesuai.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, mulai tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, ciri keselamatan berkenaan termasuk ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran versi baharu untuk mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
“Apabila dokumen itu dibawa kepada JPN nanti, kita akan tahu sama ada ia sahih atau tidak. Anak yang dilahirkan pada tahun depan akan mendapat sijil kelahiran versi baharu itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan reka bentuk baharu dokumen keselamatan sempena Hari Pendaftaran Negara 2022.
Hamzah bagaimanapun menjelaskan, sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.
Sementara itu, JPN dalam kenyataan sempena program berkenaan pula memaklumkan, sebanyak 38 dokumen keselamatan jabatan itu termasuk sijil kelahiran dan daftar perkahwinan, ditingkatkan ciri keselamatan bermula tahun depan bagi menjaga aspek ketulenan.
Menurut JPN, antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah pada reka bentuk dokumen, kertas digunakan dan jenis dakwat untuk cetakan keselamatan. – BERNAMA
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.