Anak datang dekat minta layanan dari kita, apa yang kita buat? Adakah suruh anak main jauh-jauh atau kita layan je acuh tak acuh.
Mungkin ibu bapa tak nampak cara layanan ini buat anak terkesan tapi sebenarnya mereka pendam dalam hati.
Menerusi perkongsian Najmi Nawawi yang gemar berkongsi ilmu keibubapaan, apa salahnya jika ibu bapa sentiasa senyum jika berdepan dengan anak.
Bagi ibu atau bapa yang sedang membaca penulisan ini. Sepertimana kita boleh luangkan masa untuk bermain FB, sepatutnya kita juga boleh luangkan masa seadilnya untuk anak-anak kita.
Senyumlah.
Ads
Pada anak-anak saat mereka masih berada di depan kita. Murahkan senyuman untuk diberi kepada mereka. Cuba panggil nama anak dan apabila anak sudah pandang kita. Cepat-cepat kita beri senyuman. Tidak perlu kata apa-apa.
Senyumlah.
Gunakan senyuman untuk mengubah dunia. Jangan biarkan yang berlaku ialah sebaliknya. Iaitu dunia pula yang mengubah senyuman. Maka berikan dunia yang terbaik untuk anak-anak semudah dengan memberi senyuman.
Ads
Senyumlah.
Manifestasi kepada segala kebaikan ialah melalui senyuman. Universal language kepada kebahagiaan. Buka mulut untuk senyum, umpama membuka hati untuk mencurah rasa cinta dan sayang pada anak-anak.
Ads
Senyumlah.
Supaya dapat membuka pintu hati anak-anak. Kerana senyuman itu bagaikan kunci yang mampu membuka pintu kebahagiaan buat sesiapa sahaja. Apatah lagi anak-anak sendiri yang selayaknya menerima rasa bahagia dari ibu bapa.
Rezeki setiap orang tak sama. Ada ketikanya tanpa sedar, kita cemburu dengan ‘nasib baik’ orang lain. Sedangkan kita terlupa yang setiap manusia ada ujian hidup dan rezeki. Cuma situasinya sahaja berbeza. Itu lumrah kehidupan yang nyata.
Mungkin ada yang dikurniakan rezeki berkahwin, duit banyak tetapi menunggu bertahun-tahun untuk dapat zuriat. Ada juga yang hidupnya dan pasangan sederhana tetapi Allah bagi mudah untuk dapat anak.
Sebab itulah dalam hal ini, Allah menguji orang-orang yang layak di uji. Ada orang menanti selama 10 tahun untuk mendapat rezeki anak. Dia redha.
Ada orang sampai ke tua, tidak dikurniakan rezeki anak sendiri. Dia bertabah. Rezeki setiap orang berbeza. Ujian setiap orang berbeza.
Sesungguhnya Allah berikan rezeki dan ujian ikut kemampuan individu tersebut. Rezeki buat yang layak, dan ujian buat yang tabah.
Tapi sayangnya ramai yang mengeluh dan ramai yang tidak bersabar. Anak baru nakal sedikit, dah mengeluh susahnya nak jaga anak. Anak baru umur setahun dua, dah merungut macam mana nak handle anak bagi dengar kata.
Dapat tatap muka anak setiap hari pun boleh rasa rimas dan terbeban. Allahu..Sepatutnya kita bersyukur! Sedangkan ada yang bersedih kerana Allah izin dukung anak 3 hari sahaja.
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.”
[ Al-Anfaal 8:28 ]
Tak ada yang kekal buat selamanya, melainkan Allah swt. Sangka baik dengan ujian Allah. Sabar hadapi kesukaran ujian anak ini. Syukur tanpa mengeluh atas rezeki kurniaanNya.
Allah maha mengetahui apa yang baik dan buruk buat kita.
Sabar sikit kalau anak nakal dan lasak ye, sesungguhnya kita antara orang-orang yang bertuah mendapat kurniaan Allah swt.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat baju sekolah anak yang kehitam-hitaman di bahagian tengkuk dan lengan buat ibu mula rasa stress. Mana tidaknya, mulalah mak-mak memikirkan terpaksa menyentalnya dengan sepenuh tenaga demi menjadikan baju kembali putih bersih.
Rupanya tak perlu sental berlebih-lebihan, ada cara dan petua mudah yang dikongsikan oleh Hasslizza Lailly Abu Hassan ini.
Memang mudah, hanya gunakan sedikit serbuk percuci, Cif sahaja untuk diletakkan pada bahagian berdaki. Memang bersih!
Since ramai yang kat komen tanya macam mana nak gunakan dia. So, hari ni Lailly sharekan video.
Ketika hamil, bebanan yang berat di bahagian perut membuatkan ibu hamil lebih mudah sakit pada bahagian belakang badan. Pun begitu, sakit ini adakalanya tidak pulih selepas melahirkan malah kembali sakit selepas melahirkan anak.
Sakit yang teramat sangat hingga adakalanya terpaksa mengambil ubat penahan sakit. Pun begitu, bagi ibu yang menyusukan anak, ia bukanlah satu tindakan yang wajar dilakukan. Sudahnya terpaksalah menahan diri dan berehat adalah jalan meredakannya. Bagi ibu yang mengalami masalah ini, beberapa tip ini anda boleh cuba. Amat membantu!
Tip mengelakkan sakit belakang selepas bersalin
Anda mungkin berfikir bahawa sakit belakang akan hilang apabila anda melahirkan bayi. Nyata, sangkaan itu silap sama sekali.
Ini kerana keadaan ini selalunya datang kembali. Hampir 50 peratus wanita yang mengalami sakit belakang semasa hamil biasanya hilang selepas seminggu atau dua minggu. Bagaimanapun, ia boleh datang kembali. Berikut beberapa tip untuk anda menanganinya.
1. Bersenam
Mulakan senaman selepas bersalin bagi memulihkan abdomen dan otot belakang. Anda boleh bermula dengan 10 minit senaman regangan di atas lantai pada setiap hari bagi memulihkan fleksibiliti bahagian belakang badan dan pinggul.
Walau bagaimanapun, dapatkan konsultasi daripada doktor dahulu sebelum memulakan sebarang senaman. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, disarankan untuk memulakan senaman selepas enam minggu bersalin, dengan konsultasi daripada doktor.
2. Kembalikan kelangsingan badan
Ya, ibu baru bersalin memang tidak digalakkan untuk berdiet. Namun, ini bukan tentang ‘diet’ yang anda fikirkan.
Bagi mengelakkan masalah sakit belakang selepas bersalin, cuba untuk mendapatkan semula berat normal anda seperti sebelum hamil dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi.
3. Cara mengambil bayi
Elak daripada meregangkan lengan anda semasa ingin mengambil bayi. Sebaliknya, anda boleh cuba membawa bayi dekat dengan dada anda sebelum mengangkatnya. Elakkan juga daripada memusingkan tubuh anda.
4. Semasa menunduk untuk mengangkat bayi.
Jika anda ingin mengangkat bayi anda dari lantai, bengkokkan lutut anda dahulu, dan bukannya dengan membengkokkan pinggang.
Cangkung dahulu dan dekatkan otot perut anda serta angkat menggunakan kekuatan otot kaki anda.
5. Masa makan bayi
Jika anda ingin mengangkat bayi anda keluar daripada kerusi makannya atau meletakkan bayi di dalam kerusi makan, tanggalkan atau ketepikan dahulu dulang atau meja pada kerusi makan bayi.
6. Waktu di buaian atau katil
Semasa ingin mengangkat bayi dari buaian ataupun katil bayi, elakkan daripada mengangkat si manja. Sebaliknya, tarik bayi anda mendekati anda sebelum mendukungnya.
7. Anduh bayi
Jika anda ingin memakai pengendong ataupun anduh bayi, pasangkan anduh di hadapan badan anda. Bukannya mengendong dengan cara meletakkan anduh bayi di belakang badan.
8. Posisi dukung
Selalunya kita akan lihat ibu-ibu gemar mendukung bayi mereka dengan meletakkan di bahagian pinggul.
Jika anda mengikut cara ini, anda akan hanya menyebabkan bebanan di bahagian otot belakang badan anda. Jadi, tukar posisi mengendong bayi anda.
9. Penyusuan
Posisi penyusuan yang salah turut menjadi punca ibu mendapat sakit belakang. Bagi mengelakkannya, bawa bayi anda ke arah payudara semasa sesi penyusuan.
Elakkan daripada badan anda membongkok ke arah bayi. Anda juga boleh menggunakan kerusi tegak semasa proses penyusuan berbanding memilih sofa lembut.
10. Pilihan kenderaan
Kenderaan juga memainkan peranan dalam mengelakkan sakit belakang badan. Lebih baik jika anda menggunakan kereta empat pintu berbanding kereta dua pintu.
Hal ini adalah supaya anda mudah meletakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan bayi.
Semasa ingin meletakkan bayi, pastikan anda memasukkan badan anda ke dalam kereta dan dengan menggunakan otot lengan, anda dudukkan bayi anda di dalam kerusi.
Elakkan daripada melutut di bahagian tempat duduk belakang kemudian meletakkan bayi pada kerusi keselamatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.