Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi-lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman.
Bukan itu sahaja, tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi situasi ini. Dah bagi susu, tukar lampin, sapu minyak angin pun tetap sama keadaannya.
Periksa suhu anak normal tapi apa lagi perlu buat? Mungkin ada sesuatu yang menjadi penyebab tetapi ibu bapa kurang arif mengenainya.
Ramai bertanya saya balik macam mana cara mudah ayat untuk penawar bayi nangis malam. Bayi kembung perut, susah tidur malam, kerap mimpi tidak elok, kerap gelisah tanpa sebab, kerap sakit kepala…Boleh amalkan cara di bawah.
Ads
Cara ini jika di amalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
Ambil air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut Baca Al Fatihah 1x. Selawat Syifa 3x
Al ikhlas 3x Kemudian baca “Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah”
Ads
Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.
– Baik amalkan minum air tersebut sebelum nak tidur…Jika bayi demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan, terutama sapu di muka bayi dan belakang bayi, izin Allah inshaaAllah bayi anda akan berhenti tangisannya, jika demam izin Allah akan kebah demamnya.
Ads
– Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, jika selesai minum air tersebut, jika gangguan ada dalam badan, kita akan sendawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah, perut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.
– Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, inshaaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh. Jika tak sembuh cari la perawat Islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda.
– Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.
Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin…
Anak-anak kita yang sedang membesar memang banyak ragamnya. Ada yang baru belajar bebas pamper dan ‘terbuang’ tanpa sedar. Penuh kesabaran, kitalah yang membersihkannya agar jadi bersih.
Anak termuntah juga buat kita bikin panik, namun jangan dimarahi anak kerana semuanya diluar kawalan mereka. Bersihkanlah dengan sabar.
Idea seorang bapa, Ben Safwan yang begitu sabar dan rajin membersihkan karpet selepas anak termuntah ini anda perlu ikuti. Paling senang dan memang bersih. Nak buat macam mana? Jom ikuti perkongsiannya.
Sebab tu Mem cakap Ben penyabar walau tegas dengan anak-anak. Bagi Ben kalau nakal baru marah tapi kalau termuntah atas karpet sofa, bukan sengaja.
Tak patut marah. So mari Ben tunjukkan camna Ben handle sampai hilang terus kesan dan bau muntah atas carpet.
1 – Biarkan anak muntah puas-puas dulu. Tak perlu rushing nak angkat ke toilet. Nanti habis bertaburan tempat lain.
Fikir dulu mengenai material yang kena muntah. Contoh carpet = benang/fiber. So kena cuci sampai ke serat-serat benang.
Ben suruh Mem uruskan Benjunior ke toilet. Sementara Ben akan uruskan kawasan muntah ni.
2 – Ambil muntah dulu dengan tisu, masuk terus dalam plastik. Buat sampai habis lapisan atas muntah. Sampai takde air milo pekat berbau masam,nasi,ayam-ayam.
3 – Baru spray Magic Clean Stain Mop. Spray ke semua lapisan terlibat. Biar 1-3 minat baru ambil garpu tonyoh membulat sampai ke serat. Lap dengan kain membulat biar bersih semua benang karpet.
Kain tadi bilas dengan air dan tukar air setiap kali bilas. Ulang langkah 3 ni 3-4 kali. Sampai kesan air milo muntah dah takde.
4- Ambil Magic Clean Kitchen yang hijau dan spray rata. Lepas tu ambil garpu dan tonyoh biar semua serat fiber karpet bersih. Lap dengan kain membulat biar bersih semua benang karpet.
Kain tadi bilas dengan air dan tukar air setiap kali bilas. Ulang langkah 4 ni 2-3 kali sampai takde bau muntah.
5 – Baru ambil air panas dan ratakan ke semua bahagian bila nampak bersih pada pandangan mata. Bagi suci. Lepas tu lap dengan kain baru dan tonyoh membulat biar kena semua kawasan.
6 – Baru Ben ambil wet vacuum dan sedut air berulang kali sambil lap dengan tuala. Akhirnya bersih muntah, bau muntah takde, bau pencuci takde dan Mem tersenyum tengok kerja Ben.
Begitulah cara nya. Boleh Ben keluar kayuh basikal dengan rileksss.
Anak-anak bukan sahaja anugerah dan amanah daripada Allah SWT kepada pasangan suami isteri, tetapi juga menjadi saham akhirat yang berterusan kepada ibu bapa sekiranya dididik dengan ajaran al-Quran dan Sunah.
Oleh kerana anak-anak adalah anugerah yang amat bernilai daripada Allah SWT, maka mereka perlu dibelai, disayangi dan dihargai dengan sebaik-baiknya. Ibu bapa yang sentiasa berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah Allah SWT dan berbakti kepada ibu bapa dijanjikan jaminan rezeki daripada Allah SWT.
Namun ada juga ibu bapa yang diuji dengan perangai anak-anak. Itu tak bermakna anda gagal mendidiknya sebaliknya ujian kecil Allah nak bagi. Jika dalam keadaan ini, usahalah amalkan doa ini sebagai ikhtiar seperti dikongsikan oleh saudara Azizul Zairi.
Pernah saya tanyakan ustaz doa lembutkan hati anak tapi ustaz tersebut pesan sebelum amalkan doa macam-macam sebaiknya semak dulu perkara ini untuk mengenal pasti punca masalah tingkah laku anak.
✅ Pertama sekali semak maksud nama anak. Adakah ia sama dengan karakter mereka. Sesuai ataupun tidak. Sebab tu orang tua dulu-dulu suka panggil nama anak selain dari nama atas surat beranak, biar serasi katanya. Wallahualam.
✅ Kedua, cermin dan semak cara kita melayan anak-anak. Adakah terlampau dikongkong, terlalu dimanjakan atau terlebih garang? Soal ini, kaji dan berpada-padalah.
✅ Seterusnya kaji semula adakah kita sebagai ketua keluarga mencari rezeki itu datangnya daripada sumber yang halal atau sebaliknya? Atau syubhah? Atau suka main nombor ekor?
✅ Kemudian barulah berbalik pada didikan agama. Jangan serah bulat-bulat pada cikgu sekolah. Ibu dan ayah main peranan.
JOM KITA IKHTIAR AMALKAN DOA LEMBUTKAN HATI ANAK INI
❤️ Mulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali.
❤️ Seterusnya kita lengkapkan dengan Ayatul Kursi sebanyak 3 kali.
❤️ Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
❤️ Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
❤️ Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun anak, waktu mereka tidur.
In shaa Allah dengan izin Allah dan kita hanya ikhtiar sebaik mungkin. Sampai-sampaikanlah pesanan yang baik-baik.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa yang mempunyai anak yang masuk Tahun 1 atau pertama kali ke tadika, pasti risau mengenai anak-anak. Antara soalan yang berlegar di fikiran ibu bapa adalah ok tak anak di sekolah?
Disebabkan itu, ramai ibu bapa yang akan cuba menunggu anak-anak untuk pastikan keadaan terkawal walaupun cikgu dah beritahu serahkan tugas tersebut pada mereka untuk uruskan ketika berada dalam perkarangan sekolah.
Seperti perkongsian Saudara Khairul Kamilin, kalau ditanya, apa yang paling cikgu prasekolah atau tadika atau tahun satu harap daripada ibu bapa pada hari pertama persekolahan, jawapannya ialah:
BALIK. Aku eja semula ya. B.A.L.I.K. Balik, balik, balik! Balik dengan yakin dan bangganya!
Cikgu ni nak halau tak sampai hati. Tetapi kalau dah cakap lembut-lembut, baik-baik pun tak faham-faham, duk terseret-seret lagi kaki tu, haih, berbulu tahu tak?
Dari dalam kelas, ke pintu. Dari pintu, ke tingkap. Dari tingkap, ke 10 meter. Dari 10 meter, ke 100 meter. Melambai-lambai, babai-babai. Lambat-lambat. Haih. Tolong. Tolong..
Ringkas dan tegaskan “perpisahan sementara” itu. Serius, ia akan membantu perkembangan anak itu 100%, bahkan memudahkan tugas guru lebih 80%. Masalah cikgu selesai, anak cepat berdikari dan cepat pandai.
Cikgu penat sekali je jaga anak-anak. Bukan sampai penat dua kali nak kena handle mak bapak budak pulak.
Selagi duk ‘tertonggok’ muka depan tu, percayalah anak akan makin mengada. Bacalah mana-mana buku psikologi pun.
Kadang-kadang kita ini biarkan emosi ‘kasihan’ kita melebih-lebih dan ‘underestimate’ kemampuan anak kita. Separation Anxiety tu biasa. Menangis, meraung itu biasa.
Kita yang dah tua-tua ni pun takut berpisah. 18 kali berpisah pun takut lagi. Mungkin kali ke 19 baru ok. Hmm.
Yang penting, kita lakukan dengan betul, dan serahkan kepada guru yang terlatih untuk ‘handle’ juga dengan cara yang betul.
Bisikkan lembut pada telinga anak, “Mama bagi adik duduk belajar dan main dengan cikgu dan kawan-kawan dulu ya. Nanti bila cikgu kata, “Ok kita dah nak balik”, adik keluar dengan kawan-kawan, mesti adik akan nampak mama kat sini (tunjuk tempat menunggu). Mama janji”
Cukup. Senyum. Lepaskan anak. Lambai sekali. Pergi. Jalan terus. Jangan toleh.
Kalau drama kuat, tarik menarik, sebaik cikgu pegang je anak tu, jangan berlengah. Lajukan langkah. Pergi. Tak payah ngada sangat nak interview cikgu pula.
“Boleh ke ni cikgu?”
“Tak apa ke dia ni?”
“Alolo kecian anak mama ni..”
“Kejap je ya…kejaaaap ja…”
Cikgu pandang muka mama tadi, lalu berkata,
“Hoi, kau blah boleh tak?”
Ayat ni belum lah pernah dikeluarkan oleh mana-mana cikgu di Malaysia atau dunia. Aku yakin. Gila apa nak cakap macam tu.
Tapi kalaulah dunia ini tiada adab dan boleh luah apa saja, mungkin itulah antara ayat yang akan keluar. Seriuslah. Percayalah kepada kebijaksanaan guru.
Kau percaya aku, aku percaya kau.
Anak-anak itu kita sama-sama jaga.
Kau ibu bapa di rumah,
kami ibu bapa di sekolah.
Ini tempat kami jadi ibu,
balik rumah ambil alih,
jangan pula buat tak tahu.
Cikgu tu pi ngaji mahal-mahal, bertahun-tahun. Belajar psikologi, sosiologi, segala jenis logi diangkut. Tiba-tiba ibu bapa pula mahu ambil alih tempat cikgu tentukan itu ini. Haih.
Lagi parah dan ‘STRICTLY NO, NO!” apabila ibu bapa mahu jadi pemantau cikgu pula. Duduk menyibuk dalam kelas sama-sama.
Nanti cikgu keluar ayat,
“Hang duk sinilah ajaq..biaq aku yang balik”, baru hang ada akai.
Last sekali. Bila anak nak balik hari pertama, pastikan jemput ON TIME. Ditempat yang dijanji. WAJIB. Pagi tadi kan dah ada ayat janji, ingat tak?
Mungkir janji hari pertama ini ibarat ‘dosa besar’ yang akan bagi kesan teruk yang agak lama kepada anak.
Kita mahu dia faham, ia perpisahan sementara. Bukan ditinggalkan sebab tak suka.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!