Meriah dan penuh gaya! Begitulah gambaran yang dipaparkan melalui pencarian comel bergaya yang telah berlangsung di Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018), Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC pada 5 Ogos 2018 yang lalu.
Objektif utama pencarian ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi mengisi pelbagai ruangan di dalam majalah seperti segmen fesyen dan lain-lain termasuklah Penghias Kulit.
Bagi peserta prasekolah sudah tentu tampil bergaya dengan pelbagai fesyen tersendiri. Langkah penuh gaya dengan memberikan senyuman manis bak super mode.
Ads
Namun bagi peserta yang masih kecil sudah tentu ada karenah diluar dugaan seperti menangis, tidak mahu duduk dan ada yang berlari ke sana sini. Kedengaran ibu-ibu memujuk anak supaya meneruskan sesi bergambar. Begitulah suasana di studio mini gamat dengan pelbagai telatah si manja di hadapan lensa kamera.
Apa yang pasti, ibu bapa peserta tetap memberikan sokongan dan galakan seperti menyediakan pakaian yang menarik, menunjuk ajar pose yang bersesuaian di samping membantu juru foto mendapatkan perhatian si manja kepada kamera semasa aksi dirakamkan.
Ads
Penyertaan pencarian ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pencarian ini terbuka kepada si manja yang berusia 0 hingga 6 tahun. Kelihatan ibu bapa begitu teruja membawa anak-anak untuk pencarian.
Semoga pencarian ini juga memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menonjolkan potensi diri, yakin dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
Bagi memperkasakan lagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), NU Ideaktiv Sdn Bhd (NU Ideaktiv) dan Enrichment Media Lab (EML) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini.
Majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) diwakili Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Muhamad Ashraf DM Tej Nasir, Pengarah Urusan Enrichment Media Lab yang diadakan secara ringkas itu mencapai kata sepakat bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS secara bersama.
Menerusi kerjasama itu, EML akan bertindak sebagai rakan pakar media yang memberikan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS.
Dalam ucapan ringkasnya, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, menerusi kerjasama itu, EML akan bertindak sebagai rakan pakar media yang memberikan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS.
Malah menurutnya, antara skop pengiklanan itu melibatkan industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan serta bimbingan.
“EML adalah agensi media yang cukup berpengalaman dalam pelaksanaan projek skala besar dan sederhana, banyak kerjasama yang telah dijalinkan dengan jenama terkenal dalam perniagaan PKS.
“Melihatkan kepakaran EML dalam segmen industri pengiklanan dan pengetahuan mereka terhadap strategi pemasaran PKS pastinya ia satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv sendiri untuk berkolaborasi seterusnya menguasai segmen pengiklanan media PKS,” katanya.
Dua program tv bermula tahun depan
Bagi memulakan kerjasama hebat ini, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan EML akan turut menerbitkan sebuah program televisyen untuk siaran Astro pada tahun hadapan.
Antara dua IP yang turut terpilih dalam kerjasama awal itu adalah Pa&Ma dan Impiana.
“Antara kerjasama awal kami adalah penerbitan rancangan televisyen, perjalanan keibubapaan pengasas syarikat produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd, Eriyca Baiduri Abd Rashid menerusi PA&MA: Diari Madammu.
“Selain itu, rancangan Impinan Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi Ella Furniture yang mana kedua-duanya bakal bersiaran di Astro awal tahun hadapan.
“Kami juga sedang merangkakan satu acara besar untuk meraikan Ramadan dan Syawal, yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Nu Ideaktiv Sdn Bhd merupakan syarikat media usahasama Astro dan Karangkraf telah ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2018. Sebelum ni dikenali sebagai Grup Majalah Karangkraf, Nu Ideaktiv memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam industri media dan peneraju dalam kandungan media berbahasa Melayu.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Bersempena dengan Minggu Menabung SSPN, pertandingan Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Aeon Mall Shah Alam pada 5 Oktober 2019 yang lalu. Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama SSPN dan majalah Pa&Ma. Tema pada tahun ini, adalah mengikut warna rasmi SSPN iaitu biru dan merah jambu. Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpula namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 62 orang bayi yang berusia lapan hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada enam pusingan saringan bagi bayi-bayi yang mewakili grup mereka. Ada enam grup iaitu Cute Ironman, Cheeky Thor, Chubby Hulk, Jolly Spiderman, Sweet Captain America dan Charming Black Widow. Untuk setiap saringan, dua bayi terpantas dibawa ke pusingan akhir. 12 bayi terpantas kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal serta pelawak terkenal Syuk dan Bell Ngasri merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2019 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Ammara Shazia Shamsul Yusof, Naib Juara, Anissa Dhuha Muhamed Thalha, dan Tempat Ketiga, Muhammad Raziq Imran Mohd Raffi manakala dua bayi saguhati adalah Nur Alisha Qaisara Mohd Azhari dan Syeriff Rayyan Syahrul Hafeezhi.
Juara membawa pulang akaun SSPN bernilai RM250, naib juara pula menerima akaun SSPN bernilai RM200 dan pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun SSPN RM150. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun SSPN bernilai RM50 setiap seorang. Selain akaun SSPN, setiap pemenang juga menerima hamper barangan bayi tajaan Chomel Baby. Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Signify (dahulu dikenali sebagai Philips Lighting), peneraju dunia dalam pencahayaan, telah melancarkan rangkaian WiZ terbaharu yang merangkumi produk tambahan Philips Smart LED dengan portfolio ketersambungan WiZ.
Pelancaran baru ini merangkumi setiap pelusuk kediaman pengguna, daripada lampu mentol sehinggalah ke lampu mudah alih dengan sokongan aksesori bagi kegunaan mudah pengguna. Produk WiZ menawarkan mod pencahayaan pra-tetap, pilihan suasana serta pilihan dinamik seperti simulasi kedipan lilin di mana pengguna akan dapat menikmati cahaya pintar berwarna penuh menerusi aplikasi WiZ terus dari telefon pintar anda.
Lampu Pintar Ketersambungan WiZ dan LED Pintar Philips dengan produk-produk ketersambungan WiZ kedua-duanya berfungsi dengan aplikasi telefon pintar WiZ. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menetapkan lampu mengikut kesesuaian mereka saat tidur dan terjaga dari lena bagi tujuan tidur dan bangun tidur – malah pengguna juga boleh menggunakan dua cerun warna yang berbeza untuk kesan pencahayaan ombre.
Terdapat kawalan fizikal pada lampu termasuk WiZ Remote untuk memalap, mencerah, atau mengaktif mod pra-tetap, dengan pengunaan aplikasi WiZ atau kawalan suara dari jarak jauh.
Apa yang menarik, semua rangkaian produk WiZ tersedia dengan teknologi SpaceSenseTM dan diperakui Matter. Ciri-ciri baru ini kini boleh didapati di aplikasi WiZ V2 yang boleh dimuat turun dari kedai Google Play & Apple.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Signify Malaysia, Sukanto Aich, memahami trend peningkatan dalam penggunaan teknologi, kami amat teruja untuk mengembangkan pelbagai produk pencahayaan pintar kami, WiZ Connected untuk membawakan penyelesaian pencahayaan yang inovatif untuk kehidupan seharian dan membolehkan pengguna mengawal lampu dan aksesori sejurus dikeluarkan dari kotak.
“Seiring dengan peningkatan aliran dalam penggunaan teknologi pintar, kami amat teruja untuk membawakan rangkaian lampu pintar WiZ Connected yang innovatif untuk penggunaan harian anda, dan membolehkan para pengguna untuk mengawal lampu serta aksesori terus daripada kotak.
“Kami juga ingin memperkenalkan teknologi terkini yang digabungkan didalam product WiZ Connected, iaitu SpaceSense™ dan Matter, dimana ianya dapat memperkasakan penggunaan WiZ ke tahap lebih tinggi dan dilengkapi dengan teknologi yang mudah untuk digunakan yang boleh menambah baik kehidupan harian serta menyerikan rumah anda,” katanya.
Kongsi beliau lagi, seiring dengan peningkatan aliran dalam penggunaan teknologi pintar, kami amat teruja untuk membawakan rangkain lampu pintar WiZ Connected yang innovatif untuk penggunaan harian anda, dan membolehkan para pengguna untuk mengawal lampu serta aksesori terus daripada kotak. Kami juga ingin memperkenalkan teknologi terkini yang digabungkan didalam product WiZ Connected, iaitu SpaceSense™ dan Matter, dimana ianya dapat memperkasakan penggunaan WiZ ke tahap lebih tinggi dan dilengkapi dengan teknologi yang mudah untuk digunakan yang boleh menambah baik kehidupan harian serta menyerikan rumah anda.
WiZ SpaceSense™
Memperkenalkan WiZ SpaceSense™, dengan versi WiZ App V2 baru. Naik taraf dalam aplikasi termasuk SpaceSense™ membolehkan anda untuk menyalakan lampu pintar hanya melalui gerakan tanpa sebarang sensor tambahan. Ini merupakan salah satu inovasi futuristik di dalam industri pencahyaan, di mana pergerakan anda dapat dikesan melalui isyarat WiFi.
Teknologi pengesanan WiFi dapat memantau gangguan dalam isyarat yang menunjukkan sebarang pergerakan. Ini membolehkan pengesanan gerakan tanpa garis penglihatan atau keperluan untuk memasang sensor berasingan. Pengguna hanya memerlukan sekurang -kurangnya dua lampu di dalam bilik untuk menggunakan ciri ini. Pengguna kemudian boleh menyesuaikan tetapan sensitiviti sistem dalam aplikasi untuk membolehkan pelarasan tertentu contohnya bagi pergerakan haiwan peliharaan pada waktu malam.
Adopsi Teknologi WiZ Matter
Produk rangkaian WiZ adalah antara produk pencahayaan pintar pertama yang mendukung teknologi, Matter. Matter adalah standard universal yang membolehkan peranti dan sistem yang serasi untuk menyambung dan berinteraksi dengan selamat dan disokong oleh semua teknologi utama seperti Bluetooth atau WiFi. Dengan penggunaan Matter, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan mudah dari aspek pembelian dan kawalan kerana teknologi ini menyediakan standard untuk peranti berkomunikasi dengan lancar merentasi teknologi dan platform.
Matter membolehkan pengguna untuk:
● Menyokong semua platform utama dunia tanpa perlu bimbang mengenai padanan sistem rumah pintar dengan sistem sedia ada di rumah.
● Akses menyeluruh bagi pengalaman kawalan suara tanpa masalah rumit atau berlebihan.
● Standard keselamatan yang tinggi untuk perlindungan pemilikan peranti dan privasi.
● Akses mekanisme pelbagai-tadbir untuk kawalan multi sistem
● Akses dan kawalan mudah untuk mengawal peranti menerusi Matter.
Temui kemudahan pencahayaan pintar dengan LED Pintar Philips yang dikuasai oleh WiZ dan WiZ Connected Lighting di www.wizconnected.com.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.