Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia yang menjadi rujukan lengkap fesyen, gaya hidup dan kecantikan untuk fashionista bertudung membawakan rancangan realiti Ratu Hijabista.
Rancangan realiti ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status untuk mencuba nasib dan sekaligus mempertaruhkan bakat, rupa dan personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian.
Ads
Peserta mestilah berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun pada tahun 2020. Tarikh ujibakat secara atas talian akan bermula dari 1 Jun – 14 Jun 2020.
Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut:
Ads
1.Muat naik video pengenalan diri anda di Instagram.
2.Tag Majalah Hijabista @hijabistamag dan hashtag #majalahhijabista #ratuhijabista #safihijabista #sayasayangsaya. Pastikan akaun Instagram anda berada dalam mod terbuka.
3.Isi borang secara atas talian di www.hijabista.com.my/ratuhijabista bagi melengkapkan penyertaan anda.
Ads
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda tercari-cari lokasi untuk beli kelengkapan anak dalam satu kedai? Kami kongsikan senarai pendek lokasi membeli-belah barangan bayi dan si kecil untuk kemudahan anda.
Bagi ibu bapa yang baru menyambut kelahiran anak mahupun ada anak yang sudah besar, pasti tercari-cari kedai yang menjual pelbagai barangan keperluan anak berkualiti tetapi dijual pada harga berpatutan.
Namun, anda kurang gemar membeli-belah secara maya kerana mahu membelek setiap produk sebelum memutuskan untuk membelinya. Jangan risau, masih ada kedai yang menawarkan pelbagai barangan keperluan bayi dan anak-anak dalam satu kedai seperti yang anda impikan.
Malah, kedai-kedai berkenaan masing-masing menawarkan banyak kelebihan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Tidak kiralah, sama ada harganya murah, barang berkualiti, variasi dalam warna, bentuk atau corak yang menarik dan banyak lagi.
Untuk anda, para ibu bapa yang kebetulan sedang mencari kedai kelengkapan bayi dan anak-anak yang lengkap semuanya, bolehlah menyemak saranan yang kami sediakan.
Kedai bayi dan ibu ini diasaskan sejak Julai 2004. Ia sememangnya terkenal sebagai kedai yang menjual produk keibubapaan alami dan penyusuan susu ibu. Ramai ibu menyusu suka membeli belah keperluan penyusuan susu ibu di kedai ini.
Dahulu ia beroperasi melalui talian, kini ia ada lapan buah kedai. Anda boleh pilih mana satu yang berhampiran dengan anda sama ada di Puchong, Shah Alam, Ulu Kelang dan Kajang di Selangor; TTDI di Kuala Lumpur; Kuantan di Pahang dan Johor Bharu di Johor.
Selain daripada aksesori penyusuan, boleh dikatakan semua kelengkapan anak daripada usianya bayi sehingga bergelar kanak-kanak boleh didapati di sini. Sepanjang akhir tahun 2017, ada promosi YES (Year End Sale) yang ditawarkan oleh kedai ini.
Butik yang menjual produk bayi seperti kelengkapan penyusuan, pakaian, botol susu, alat mainan, produk penjagaan dan keselamatan anak serta pelbagai barangan lain, turut terkenal di kalangan ibu bapa.
Menariknya, di kedai ini selalu ditawarkan promosi Purchase With Purchase (PWP), Bargain Corner dan baucar juga. Kalau anda mahu berkunjung ke kedai ini, anda bolehlah ke kedainya sama ada di Ulu Kelang, Cheras, Shah Alam di Selangor ataupun Johor Bahru di Johor. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak merancang untuk membeli-belah pada hari Isnin kerana semua butik OBW ditutup pada hari ini.
Kedai yang menjadi pusat sehenti semua keperluan bayi, kanak-kanak dan ibu ini memang bagus kerana memudahkan dan memberi pengalaman membeli-belah yang kondusif kepada para pelanggannya.
Ia menjual pelbagai produk berkaitan para ibu dan anak-anak, bermula daripada usia bayi baru lahir hingga ke umur remaja. Anda boleh mendapatkan produk-produk lain seperti aksesori bayi dan kanak-kanak; alat permainan, buku, kelengkapan penyusuan susu ibu, pakaian menyusu, hamper bayi, suplemen untuk ibu dan anak; makanan pejal sejuk beku bayi dan banyak lagi. Pendek kata terdapat lebih daripada 100,000 item stok sedia dijual di kedai ini.
Menariknya, buat para bapa yang bakal menyambut kelahiran anak tidak lama lagi, anda boleh dapatkan set pengurusan uri paling lengkap nombor 1 di Malaysia iaitu My Uri keluaran MYZ sendiri. Ia pasti memudahkan anda untuk mencuci dan menanam uri bayi kelak.
Memandangkan MYZ bermula dengan perniagaan pakaian Muslim bayi dan kanak-kanak di bawah jenama MamaYaya Kids, maka di sini anda mempunyai banyak pilihan baju Melayu, baju kebaya baju kurung, jubah, kurta, tudung, kopiah dan sampin. Pasti rambang mata memilih yang berkenan di hati kerana rekaannya berwarna ceria, sesuai untuk digayakan oleh si kecil.
Apa yang pasti semua koleksi pakaian MYZ menggunakan fabrik daripada 100% kapas yang mudah menyerap peluh. Paling penting kemasan jahitannya bermutu tinggi dan dijual pada harga yang berpatutan.
Pada asalnya, Yon Baby Shop merupakan perniagaan yang dijalankan atas talian sahaja di sekitar tahun 2013. Namun, seiring dengan perkembangan masa, ia mula melakukan langkah pertama dengan memiliki butik sendiri di Lake Field, Sg Besi pada bulan Mei 2015.
Kini, ia sudahpun menambah tiga lagi cawangannya iaitu di Kuching, Sarawak; Rawang dan Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor. Objektif utama perniagaan ini adalah mewujudkan pusat bayi yang menyediakan pelbagai kelengkapan dan keperluan bayi dan ibu juga. Selain daripada itu, di sini ada disediakan khidmat nasihat bagi ibu yang berpantang dan menyusukan bayi dengan susu ibu.
Memandangkan sasaran pelanggannya adalah keluarga, ibu hamil, ibu berpantang, maka produk yang ada di sini meliputi keperluan penyusuan susu ibu, pakaian si manja, produk keselamatan bayi dan kanak-kanak; kelengkapan tidur iaitu katil dan aksesorinya;
makanan bayi, permainan, kelengkapan rekreasi si kecil; kasut, stokin, aksesori kepala, alat mandian, lampin pakai buang, ubat-ubatan, beg dan banyak lagi.
Malah, Yon Baby Shop memiliki produk sendiri atas jenama YON iaitu rangkaian pakaian bayi dan bantal kekabu. Ia dijual pada harga yang berpatutan dan pasti memuaskan hati para pembeli.
Ha! Menarik bukan produk-produk yang ditawarkan oleh empat butik ini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai keperluan bayi dan kanak-kanak pada harga berpatutan di kedai-kedai ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang cuti sekolah ni, mama papa harus bijak merancang aktiviti yang menarik agar anak-anak tidak merasa bosan terperuk di rumah. Mungkin ada yang bawa anak pulang ke kampung atau pergi bercuti satu famili. Namun, mungkin disebabkan kekangan tertentu boleh jadi agak sukar untuk ke mana-mana pada waktu cuti persekolahan ini.
Bila duduk di rumah, tidak dinafikan anak-anak akan merasa bosan. Untuk mengelakkan mereka terlalu ‘sibuk’ dengan gajet, apa kata mama papa ajak anak-anak menonton televisyen bersama? Biarpun nampak remeh, tetapi sebenarnya masa yang dimanfaatkan bersama anak-anak dengan menonton TV dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Pilih Rancangan Yang Selamat untuk Tontonan Anak-Anak
Melalui tontonan di TV juga sebenarnya dapat mempengaruhi perkembangan mental dan emosi anak-anak. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mama papa memilih rancangan yang selamat untuk tontonan mereka. Menonton rancangan yang mempunyai nilai-nilai murni sedikit-sebanyak dapat membantu pembentukan akhlak anak.
Bagi memastikan rancangan yang ditonton anak selamat dan baik untuk mereka, mama papa haruslah memilih saluran TV yang betul. Oleh itu, pastikan saluran Astro menjadi pilihan anda sekeluarga.
Di Astro, ada saluran 24 jam untuk kanak-kanak No.1 di Malaysia yang menawarkan program-program animasi, komedi, permainan dan aksi yang berkualiti, khas untuk hiburan kanak-kanak di Malaysia.
Banyak Kartun Menarik, Anak Pasti Suka!
Untuk pengetahuan mama papa, pelbagai siri kartun menarik yang akan menemui anak-anak sepanjang cuti persekolah ini:
Kisah kembar Upin dan Ipin yang pasti mencuit hati bersama rakan-rakan mereka, Kak Ros, Opah, Tok Dalang dan ramai lagi. Bukan saja menghiburkan tetapi banyak nilai murni persahabatan yang boleh dipelajari.
Kini Amato dan Mechabot kembali untuk episod 9 sehingga finale (Episod 14)! Apa agaknya yang cabaran yang bakal mereka lalui bersama rakan-rakan yang lain?
Jom, sama-sama mengembara bersama empat anak panda yang bertenaga: Nu Hai, Bao, Jing dan Fan Tong! Apabila mereka semua terjatuh ke dalam gua di Panda Village, anak-anak panda ini tidak tahu yang mereka bakl menyerap chi (atau tenaga) dari pahlawan kungfu purba dan menjadikan mereka sebagai Four Constellations.
Di kerajaan Kayajaya, seorang gadis biasa bernama Bella terkejut apabila mendapat tahu yang dirinya adalah pewaris kepada Almarhum Sultan dan Permaisuri di sana. Untuk memastikan dirinya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan istana dan rakyat Kayajaya, Bella meminta bantuan dari seorang Dukun. Mahu menyelamatkan kerajaan itu dari musnah, Bella mendapati tiada kuasa sekuat hati yang baik untuk melakukannya.
Bukan saja mempunyai jalan cerita yang menarik serta pelbagai watak yang pasti akan disukai anak-anak, setiap siri kartun ini mempunyai kebaikan tersendiri yang akan menggalakkan mereka untuk mempelajari nilai-nilai murni yang diketengahkan.
Apa tunggu lagi, jom dapatkan PEK ENTERTAINMENT sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...