Hidangan pencuci mulut yang mudah disediakan dan hasilnya lazat menjadi pilihan ibu-ibu untuk tukar selera anak-anak. Jika asyik menu yang sama pun anak mudah bosan dan akan menolak untuk terus makan.
Ibu jangan risau pencuci mulut untuk anak-anak bawah dua tahun ini tak menggunakan gula tetapi digantikan dengan pemanis semulajadi, susu dan cheese untuk beri rasa yang sedap di tekak anak.
Koleksi resipi pencuci mulut dari Puan Ika Anum Haji Saidin ini yang dibuat untuk anaknya bolehlah dicuba untuk ibu yang tiada idea nak buat resipi istimewa sikit untuk kudapan petang atau selepas si kecil makan nasi.
Dragon Fruit Smoothie
Bahan-bahan:
susu full cream/fresh milk
yogurt
kurma
buah naga
Bekukan lapisan pertama, separuh lagi bekukan dalam bekas lain (utk hancurkan)potong buah naga campur dengan kurma, yogurt. Kacau sebati, tuang atas lapis susu beku..kemudian susu beku yang lagi 1 untuk di hancur tabur atas lapisan buah naga..ok siap.
Cheesecake Mango
Bahan-bahan:
Cream cheese*
Whipping cream (kalau rasa tak yakin jgn letak) *
Susu full cream*
Madu*
Buah mangga*
Biskut baby
Unsalted butter
beku kan lapisan pertama,separuh lg beku kan dlm bekas lain(utk hancurkan)potong buah naga campur dgn kurma,yogurt..kacau sebati..tuang atas lapis susu beku..kemudian susu beku yg lg 1 utk di hancur tabur atas lapisan buah naga..ok siap.
Kiwi Smoothie
Bahan-bahan:
susu full cream/fresh milk
yogurt
Madu
buah kiwi
Ads
beku kan lapisan pertama,separuh lg beku kan dlm bekas lain(utk hancurkan)potong buah kiwi campur dgn madu,yogurt..kacau sebati..tuang atas lapis susu beku..kemudian susu beku yg lg 1 utk di hancur tabur atas lapisan buah naga..ok siap.
Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:
Sagu
Pati Kurma
Susu full cream/fresh milk
Masak sagu..tuang dlm bekas..masukkan pati kurma,akhir sekali masukkan susu..siap!!
Susu full cream/fresh milk(bekukan)
Madu
Buah mangga
Yogurt
Pecahkan susu yg dah beku..Potong kecil buah mangga,gaul dgn madu & yogurt..Lapis kan dlm bekas..Yg ni ikut laa ibu2 nak wat mcm mana pun..sy wat layer,selang seli..
Cara-caranya:
Campur madu,olive oil,serbuk coco dan gaul sebati..Pisang plak lenyek2 kan..Pastu campur dgn bancuhan tadi..Kalau pekat tambahkan olive oil,klu cair tambahkan pisang sbb adunan harus laa pekat dan likat..pastu masuk kan dlm bekas & simpan dlm peti ais sampai keras..siap..
Kek Kukus Pisang
Bahan-bahan:
1 cup Olive oil
2 cup Pisang (lenyek)
2 cup Tepung
Sedikit serbuk penaik
1 biji telur
Cara-caranya:
Satukan semua bahan dan gaul sebati..Kukus dlm 15-20 minit..Siap..
Cara-caranya:
Rebus/steam labu(Lecekkan)
Kacau telur dgn unsalted butter sampai kembang,masukkan labu yg telah di lecek bersama susu..Kemudian masukkan tepung,gaul sampai sekata..Last tuang dlm acuan kukus dlm 15-25 minit..Siap?
Menu nasi, telur dan kicap antara makanan wajib anak-anak ketika membesar. Tak sah jika tidak ada telur. Telur sememangnya cukup baik malah banyak khasiatnya kepada anak kecil kita. Telur juga merupakan makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
Malah telur juga membekalkan beberapa vitamin dan mineral terutama Vitamin A yang bagus untuk mata, Vitamin D yang diperlukan untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak, tinggi Choline yang membantu meningkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan jantungnya. Begitu banyak khasiat telur, jadi cubanya sedianya sajian berasaskan telur.
Salah satu menu yang cukup ringkas adalah Sup Telur. Sup Telur yang disediakan ibu Nora Azni ini cukup ringkas tapi nampak cukup menyelerakan. Jom cuba resipi paling sedap ini.
“Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau tak? Ibu mana tak seronok kalau anak puji kann. Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.
Resepi sup telur #mamaohsem
Bahan-bahan :
4 biji telur ayam
7 biji fishball (belah dua)
Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
3 ulas bawang putih(dicincang)
Kiub pati ayam(guna separuh je)
Lada sulah
Garam
2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
Minyak masak
Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.
Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye)
Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.
Bila sebut sahaja sayur, anak-anak mulalah liat untuk makan. Ubah gaya dan jadikan sayur versi rangup. Anak mesti suka.
Jika sebelum ini bayam atau sawi jadi pilihan, olah pula terung untuk dijadikan fries. Rangup dan sedap. Jom cuba perkongsian resipi Syahirah Adnan.
Sedap terung goreng ni. Semalam tengok member dalam group ni share macam mana dia nak tarik minat anak makan sayur.
Alhamdulillah saya baru je goreng ni untuk kudapan petang anak, berebut diorang. Yang ni saya gaul dengan tepung bestari je.
Tq pada “baba” yang share resepi & tips ni. Ha gambar kedua tu, kita repeat lagi goreng untuk dinner. Ada kawan-kawan dalam group cakap potong bentuk jejari pun sedap.
Masha Allah lagi sedap!! Mcm fries!!!
Mula-mula, basuh bersih terung dan potong ikut kesukaan. Nak rangup, potong nipis-nipis.
Lepas cuci terung tu, saya terus gaul dengan tepung bestari je. Tepung tak payah bancuh guna air.
Lepas tu panaskan minyak dan terus goreng. Kena minyak banyak macam goreng fries tu. Nak rangup kena goreng garing sikit.
Nak rangup, masuk masa minyak betul-betul panas tapi api jangan besar.
Pencuci mulut seperti agar-agar atau puding antara yang menjadi pilihan ramai. Ini kerana jika dimakan sejuk-sejuk ia menambahkan lagi nikmat kesedapannya. Antara salah satu pencuci mulut yang jadi pilihan adalah puding karamel.
Sebenarnya nak buat puding karamel ini sangat mudah. Tak perlu nak pukul atau blend terlalu lama kerana ia akan berbuih dan mungkin tak cantik teksturnya bila dah masak.
Bagi yang ingin cuba buat sendiri puding karamel ini dalam bekas kecil-kecil, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Norusmila Nordin. Yang penting tak hanyir!
Resepi Puding Karamel Mini
*Dapat dalam 20+ cup ye*
Bahan blend / kacau
– 6 biji telur
– 1 sudu tepung custard
– 1 tsp esen vanila
– 1 tin susu cair
– 1/3 tin susu pekat (nak manis boleh tambah)
– 1 tin air (sukatan tin susu)
Gula Hangus
– 20 sudu gula putih
– 3/4 cawan air
Cairkan gula hingga hangus, lagi gelap lagi cantik tapi jangan lama nanti pahit. Api kecil ye. Dah bertukar warna, masukkan air. Lepas tu letak pada setiap bekas tadi.
Satukan semua bahan basah. Terpulang, nak kacau dalam periuk atau blend ye. Kalau blend jangan lama nanti berbuih sangat.
Setelah dah selesai, tuangkan dalam bekas yang dah di isi gula hangus tadi, kukus 20 minit dan bolehlah disejukkan dalam peti ais.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.