Peringatan penting! Permohonan ke Tahun Satu bagi Sesi Persekolahan Tahun 2021/2022 sudah DIBUKA!
Yang ada anak lahir 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2016, jangan lupa daftarkan anak anda untuk Pendaftaran Kemasukan ke Tahun 1 bermula 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020 ya.
Permohonan secara dalam talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
Wajib Isi Rekod Imunisasi Anak
Bagi ibu bapa yang akan mengisi borang pendaftaran ini, diingatkan untuk memastikan buku rekod imunisasi anak ada bagi memudahkan urusan mendaftar.
Ads
Ini berikutan ada ruangan rekod imunisasi anak yang wajib diisi oleh ibu bapa sebelum ke muka surat seterusnya sebelum pengesahan dibuat.
Seorang suami dan ayah yang baik pasti nak bahagiakan isteri dan anak-anak kan? Itu antara impian seorang lelaki. Orang kata kalau banyak belanja keluarga, lebih banyak rezeki yang masuk.
Sama seperti Johan Raja Lawak yang tidak lokek berbelanja untuk isterinya yang juga pelakon terkenal, Ozlynn.
Dalam satu posting yang di muat naik oleh Ozlynn dalam laman sosialnya, dia meluahkan rasa gembira kerana selalu diberi ‘me time’ oleh suaminya.
Malah kesemua anak-anak dijaga oleh Johan ketika Ozlynn keluar membeli belah. Memang nampak tak kekok menjaga anak-anak.
“Beza papa hantar gambar dengan mama hantar gambar🤣🤣🤣 mama rasa bersalah??”
“Oh langsung tidak.. sebab papa bagi kad bank dan cakap, pi la enjoy.. cuma nak pesan 1 jek.. “ hati-hati ok, lepas selesai urusan u balik terus.. ingat, u cinderella i”
“Sambil kiss dahi 😍😍😍 maceh papa.. walaupun bila mama bagi bil hidung papa berdarah… 🤣🤣🤣🤣🤣 love u sayang”
Rata-rata rakan selebriti dan warga maya memuji sikap Johan dan menganggap rezeki mereka sekeluarga sentiasa mencurah-curah kerana sikap Johan yang baik terhadap keluarganya itu.
Kredit: Ozlynn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya menghitung hari dalam tempoh sebulan lagi untuk menimang cahaya mata, Allah uji dengan ujian besar buat pasangan suami isteri ini apabila kehilangan bayi dalam kandungan akibat komplikasi jantung.
Mengharapkan berita gembira hingga bayi selamat diahirkan, namun ketika usia kandungan 34 minggu doktor terpaksa membuat keputusan yang amat sukar.
Menerusi perkongsian di Facebook Mr Wan Cai Official yang menguruskan jenazah anak syurga ini, beliau telah berkongsi kisah sedih ini yang cukup dirasai oleh seluruh ahli keluarga pasangan suami isteri ini.
Luahan hati ibu anak syurga ini yang diberi nama Nurshadha Jannah bin Muhammad Syafiq cukup menyentuh hati. Walaupun reda dengan ketentuan Allah tapi momen indah sepanjang mengandungkan anak syurga ini sukar dilupakan.
Dapat tahu hamil bayi perempuan
Menurut ibu kepada bayi syurga ini, pada awalnya memang tidak sedar diri hamil dan berita gembira itu diperoleh semasa membuat pemeriksaan dengan doktor kerana sukar bernafas.
Selang 16 minggu, mama dan ayah bercadang untuk membuat imbasan bagi mengetahui keadaan awak di dalam perut mama dan jantina namun degupan jantung waktu tu masih belum stabil lagi.
Degupan jantung perlahan
Beberapa minggu selepas itu, mama kembali melakukan pemeriksaan dan mendapat jantung awak masih lagi mengalami komplikasi disebabkan terdapat banyak air ketuban di dalam kandungan.
Mama, abah scan nak tengok muka awak buat kenanganJantung berhenti ketika minggu ke-34
Selepas kandungan menginjak minggu ke-34, mama dapati awak semakin kurang bergerak dan terus mendapatkan rawatan sehingga doktor menunjukkan keadaan semasa awak di dalam kandungan.
Ini cukup menyedihkan dan doktor meminta membuat keputusan sama ada ingin bersalin pada tarikh sebenar atau bersalin paksa kerana kandungan tidak lagi dapat diselamatkan.
Jenazah anak syurga ini telah selamat dikebumikan pada hari Jumaat 19 Jun 2020.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan mengimpikan cahaya mata. Namun rezeki anak semuanya ketentuan Allah. Walaupun suami isteri tidak mengalami sebarang masalah tetapi andai belum sampai rezeki tersebut, kita tak boleh menafikannya.
Ada yang berbelas-belas tahun menunggu semata-mata nak dapat seorang anak, ada yang baru beberapa bulan kahwin dah disahkan hamil. Sama jugalah situasi dilalui oleh pelakon dan penyanyi, Izzue Islam bersama isterinya yang dah lapan tahun mendirikan rumah tangga, tetapi tidak terlepas berkenaan soalan mengenai cahaya mata.
Berkongsikan mengenai perkara itu dalam program temu bual Wanita Hari Ini, Izzue mengakui pernah berasa tertekan apabila orang sering bertanyakan mengenai bila nak ada anak.
Izzue berkata anak memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga namun belum rezeki mereka untuk mereka menimang cahaya mata.
“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin, kawan baru sahaja kahwin dah dapat anak. Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.
“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan mengguris hati kita,” katanya.
Dalam pada itu, Izzue berkata meskipun belum dikurniakan cahaya mata, dia dan isteri Awin Nurin tetap bahagia serta sentiasa bersikap positif jika berdepan soalan tersebut.
“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stres. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah,” katanya.
Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!