Ramai tahu bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik sepanjang zaman. Susu ibu merupakan susu yang lengkap penuh nutrisi, zat dan vitamin adalah sangat penting untuk tumbesaran bayi.
Susu ibu dihasilkan daripada payudara mengikut keperluan bayi sendiri dari semasa ke semasa. Menurut kajian, susu ibu juga mempunyai antibodi semulajadi yang dapat membantu bayi-bayi melawan penyakit.
Untuk mendapatkan hasil susu yang terbaik, ibu seharusnya mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Jadi ibu bolehlah menambah beberapa makanan ini dalam menu seharian anda.
Sebenarnya ada banyak jenis makanan yang boleh jadi penggalak susu (galactogogue).
Ads
Menurut Kaunselor Laktasi, Nad Masrom menu sayur-sayuran yang biasa kita makan itu sebenarnya penggalak susu yang cukup membantu ibu memperbanyakkan susu.
Berikut antara perkongsian Puan Nad.
Ads
In shaa Allah sayur-sayuran ini boleh menjadi penggalak susu yang baik.
Ads
Menu ni disediakan oleh mak mertua Kak Nad sewaktu berpantang dan memang sayur-sayuran ini mengikut kajian boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
Peria + tempe + ikan bilis
Paling penting mommies kenalah jaga jadual mengepam, minum air secukupnya pada waktu malam, jaga emosi dan pastikan ambil pemakanan yang seimbang.
Sawi + tempe + ikan bilisBrokoli kukusSup sayur campur (kentang + lobak merah + lobak putih + kobis bunga)Lobak putih masak airPeria + taugeh dicelurSayur campur (lobak merah + kobis bunga + taugeh)Tempe gorengJenis sayuran lain
Jika anda penggemar buah pisang, anda mungkin tahu bahawa sebenarnya ada banyak jenis jenis pisang dengan pelbagai nama yang unik. Tidak hanya itu, setiap daripada jenis itu juga mungkin mempunyai manfaat tersendiri terhadap kesihatan. Jom terus baca artikel ini!
Pisang bukan berwarna hijau dan kuning sahaja?
Kebanyakan individu mungkin sangka bahawa buah ini cuma ada dua jenis dan akan dibezakan daripada warna iaitu hijau dan kuning sedangkan sangkaan ini tidak begitu tepat.
Ini kerana warna pada kulit pisang itu sebenarnya hanya akan menunjukkan kepada kita semua sama ada ia sudah masak (warna kekuningan) atau belum matang (warna kehijauan).
Ia juga mampu menentukan cara untuk anda mengambil buah ini dan ada 3 kaedah utama memasaknya iaitu:
Warna hijau – Disebabkan tekstur yang agak keras dan rasa kurang manis, ia sesuai untuk digoreng dengan tepung dan minyak
Warna kuning cerah – Ia boleh dimakan dengan begitu sahaja atau dijadikan minuman
Warna kuning gelap – Ia boleh dilenyek atau dikisar untuk dijadikan snek cucur pisang
Persoalannya, apa pula jenis jenis pisang yang dimaksudkan di awal artikel? Terus skrol artikel ini!
Jenis pisang dan manfaat buah ini pada kesihatan!
Untuk pengetahuan anda semua, buah ini memang ada banyak jenis dan mempunyai manfaat terhadap kesihatan yang tersendiri termasuk:
#1. Susu
Merupakan jenis pisang yang paling umum dan biasa, pisang susu dipercayai ada manfaat yang sangat bagus terhadap ibu hamil kerana ia tinggi dengan asid folik atau folat.
Tidak hanya itu, pisang ini juga mampu membantu merawat masalah mual atau muntah akibat loya. Jadi, pengambilannya mungkin agak bagus di saat anda tidak sedap perut.
Pun begitu, ia mungkin agak tinggi dengan kalori yang boleh menjejaskan berat badan individu.
2. Montel
Dikenali ekoran bentuknya yang agak gemuk dan bulat sesuai dengan nama, pisang montel mempunyai rasa yang agak manis serta sedap untuk dimakan dengan begitu sahaja.
Ia tinggi dengan nutrisi serat, karbohidrat, protein, lemak dan dipercayai sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman individu apabila ada masalah.
Apa yang agak menarik, pengambilan buah ini setiap hari dikatakan juga bagus untuk penglihatan yang lebih jelas.
3. Abu
Ramai yang mungkin mempersoal dan mempersenda nama pisang ini namun belum tahu jika ia mempunyai vitamin dari jenis B, C, kalium, potasium dan lain-lain yang sangat tinggi.
Turut tinggi dengan nutrien serat, ia bagus jika anda ada masalah sembelit atau buasir kerana jenis pisang ini adalah amat bagus untuk sistem pencernaan dan penghadaman anda.
Ia juga agak mudah ditemui dan biasa dijadikan pisang goreng ekoran tekstur yang kenyal serta rasa yang manis mengalahkan pisang nangka yang turut popular atas sebab sama.
4. Raja
Jangan pula keliru dengan pisang ini dan pisang emas. Ini kerana pisang raja mungkin lebih tinggi nutrisi seperti serat, mangan, protein, kalium, magnesium dan vitamin dari jenis A, B6 dan C.
Disebabkan vitamin serta mineral yang sangat padat di dalamnya, pisang ini mungkin mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sumber tenaga tubuh badan individu itu.
Ia juga ada manfaat untuk tulang, mata, otak, serta membantu melawan penyakit seperti anemia.
5. Tanduk
Pisang yang paling panjang dan besar ini juga sangat padat dengan banyak nutrisi seperti serat, folat, magnesium, kalium, zat besi dan pelbagai lain jenis vitamin serta mineral.
Manfaatnya pula tentu sekali dapat mengatasi masalah perut seperti sembelit dan buasir. Apa yang lebih bagus, ia juga baik jika anda ada masalah kesihatan organ ginjal dan buah pinggang.
Anda juga tidak perlu makan terlalu banyak untuk mendapatkan manfaat kerana saiznya yang luar biasa.
Adakah wujud lagi jenis-jenis yang lain?
Ya, ada. Buat anda yang mungkin belum tahu, wujud lagi pisang nangka, pisang emas, pisang awak dan lain-lain yang turut mempunyai manfaat lebih kurang sama dengan jenis-jenis di atas tadi.
Konklusinya, manfaat daripada buah ini juga mungkin tidak jauh berbeza di antara satu sama lain meskipun berlainan jenis namun memerlukan kajian lanjut untuk benar-benar pasti tentangnya.
Semakin anak membesar semakin bijak anak menolak satu-satu jenis makanan malah adakalanya anak mula pandai memilih apa yang disukai dan tidak disukainya. Namun anak menolak makanan kerana asyik dan leka dengan perkara lain pastinya membuatkan ibu bertambah runsing.
Memujuk anak untuk kembali makan dengan berselera dan memupuk minat mereka untuk kembali makan sebenarnya memerlukan kemahiran dan ibu berperanan lebih besar dalam memujuk anak untuk makan.
Menurut Dietition, Puan Nor Hafizah Sobri, anak tidak mahu makan bukan petanda ibu melakukan beberapa kesalahan atau tersalah langkah sebaliknya anak itu sendiri sedang melalui fasa bermain dan sebagainya. Jadi tidak perlulah menyalahkan diri sendiri sebaliknya mencari langkah bijak untuk menarik perhatian anak kecil kita. Lima tip yang dikongsikan olehnya mama perlu tahu bagi memujuk semula anak untuk makan.
ADOI PAYAH NYA NAK ANAK MAKAN
‘Silap saya masa weaning diet haritu awal awal saya kenal benda manis awal awal’
‘Silap saya asik bagi makanan ready to eat macam N****m aje masa mula makan’
‘Saya risau bagi anak amalkan baby led weaming,asik suap je,sekarang bila nak suap anak paling muka’
Kadang akibat teknik dulu boleh effect anak nak makan pada waktu sekarang bila dah besar sikit. Mungkin masa tu mommies tak tahu sumber untuk rujuk waktu nak kenalkan weaning diet.
ATAU
Mungkin masa tu mommies nak cepat.
Tapi apa apa sebabnya jangan putus asa untuk bagi anak makan real and natural foods. Jangan salahkan diri. Jangan give up. Normal akan ada masa anak kurang minat terhadap makanan sebab lebih minat dengan nak main. Normal ye.
So post ni nak bagi tips semula macam mana nak tarik minat anak makan semula.
PERTAMA
Sebelum mula kena pastikan emosi anak stabil sebelum nak makan. Jika anak tengah nangis, kenalpasti tangisan anak jenis apa dan selesaikan dulu baru boleh pujuk anak nak makan.
Mengikut pakar ada 5 jenis tangisan
1. Sakit
2. Mengantuk
3. Lapar
4. Sedih
5. Takut
Tiada istilah nangis mengada. Kalau mengada bukan nangis, cuma buat bunyi sahaja. Atasi punca mereka nangis baru boleh pujuk untuk makan.
Terdapat 5 Teknik menarik semula minat anak kepada makanan.
1. WARNA
– Tukarkan pinggan ke pinggan berwarna tapi elak gunakan warna seperti merah, hitam, dark brown yang kurang mengambil perhatian anak. Warna seperti kuning, hijau, biru, purple warna yang menarik.
– Gunakan pelbagai warna dalam masakan
– Presentation makanan tu penting.
– Setakat nasi goreng dengan telur je nampak putih, dull, boring ajer. Cuba tambah warna dari sayur sayuran, sumber protein atau condiments macam peper, daun sup, daun bawang etc.
2. BENTUK
– Dari bagi sandwhich 4 segi yang boring potong dalam pelbagai bentuk, segi empat ke, bulat ke, star ke.
– Boleh beli cookie cutter dekat kedai (ala Mr Diy, Daiso semua ada) dan waktu nak buat bentuk AJAK anak sekali biar dia buat sekali.
– Tak terhad kepada sandwhich, buah boleh, ice cream homemade boleh, nasi boleh.
– Pernah tengok bento yang buat bentuk muka/kartun gitu?
– Kalau kita rasa menarik anak pun akan tertarik nak makan.
3. JOIN
– Maksudnya kita bagi mereka join sekali dalam proses nak buat makan. Ini termasuk Proses Pembelian, Proses Penyediaan, Proses Masak dan Proses plating (letak makanan atas pinggan fan hidang).
– Kesilapan ramai ibu bapa adalah tidak melibatkan anak dalam proses ini dari A sampai Z. Selalu sekerat jalan. Anak tak dapat nak tengok apa jadi kepada makanan dari awal sampai akhir.
– Lebih banyak penglibatan anak, lebih tinggi minat anak nak makan.
4. BUNYI
– Yes…bagi anak anak kecil kita boleh buat bunyi kapal terbang ke, choo choo train ke, kereta ke waktu nak menyuap.
– Kalau tak reti buat bunyi, SEMBANG dengan anak. Ni colour apa, ni sayur apa, ni makanan apa. Percayalah bila kita sembang anak lagi suka dan lagi seronok waktu nak makan.
– Masalahnya ramai ibu bapa sekarang waktu makan bukan tengok anak tapi lihat FON, ini lah yang buat anak tak seronok. Suka ke bila kita makan dengan kawan kawan waktu nak sembang, si kawan sibuk hadap fon?
5. IKON
– Sebelum waktu makan boleh pasangkan show-show yang cerita mengenai makanan sihat atau mereka makan dengan banyak.
– Ini nak sentuh bahagian psychological di mana secara tak sedar sedang menggalakkan anak untuk makan sebab adanya ikon mereka.
– Ada banyak show, saya siap buat posting lagi tentang show show yang mak ayah boleh download untuk pasang sebelum makan. Kita boleh guna ikon sebagai model/contoh baik.
– Example: Haaa tadi nampak tak upin ipin makan buah banyak tadi?
Harap harap ini membantu mommies dan daddies luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa tertanya-tanya tentang penambahan garam ke dalam makanan bayi. Kebanyakannya beranggapan menambah rasa dalam makanan bayi boleh bagi rasa sedap dengan harapan anak berselera makan.
Sebenarnya jika diikutkan tak perlu pun menambah garam atau gula kerana dalam tempoh usia setahun buah pinggang anak sedang dalam proses untuk berfungsi dengan baik.
Perkongsian dari Dr Izzar Anwari mengenai tambah gula dan garam dalam makanan bayi boleh dijadikan panduan semua ibu bapa.
Bila baby dah start boleh makan (weaning) pada umur 6 bulan, parents / anasir luar mesti ada cakap ‘tambahlah garam/gula dalam makanan baby tu, kesian makan takde rasa’ .Hmm. Bolehkah kita tambah gula / garam dalam makanan baby?
Sebenarnya baby dah mendapat garam semulajadi yang secukupnya daripada susu ibu. Kalau beri susu formula pun cukup juga. So kalau kita tambah lagi garam dalam makanan baby, ia akan memudaratkan baby sebab buah pinggang baby tak cukup matang lagi nak memproses garam berlebihan di dalam darahnya. Kang kecil2 dah rosak buah pinggang. Kesian anak.Untuk gula pula, kenapa nak tambah gula atau kasi makanan/minuman manis kat baby? Orang dewasa pun tak patut mengambil makanan/minuman bergula, apatah lagi baby. Nanti obese pulak baby. N kalau baby ada gigi, nanti senang nak mereput gigi dia (tooth decay).
Yang paling merisaukan kalau baby dah didedahkan dengan makanan manis/masin dari kecil, ia akan membentuk taste preference baby iaitu dia akan suka makan manis/masin je. Yang lain tak nak. Kesan jangka masa panjang ialah dia akan membesar dengan risiko tinggi untuk mendapat penyakit darah tinggi, penyakit jantung, obesity atau diabetes. Pilihlah mana2.So ibu bapa, elakkan tambah garam dan gula dalam makanan baby. Kita orang dewasa pun tak digalakkan makan garam n gula berlebihan. Kalau boleh, makanan baby tu beli yang memang khas untuk baby. Bukannya beri baby makanan orang dewasa sebab kandungan garam/gula tak sesuai langsung untuk baby. Jagalah amanah anda dengan baik dan bertanggungjawab.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.