Jika anda penggemar buah pisang, anda mungkin tahu bahawa sebenarnya ada banyak jenis jenis pisang dengan pelbagai nama yang unik. Tidak hanya itu, setiap daripada jenis itu juga mungkin mempunyai manfaat tersendiri terhadap kesihatan. Jom terus baca artikel ini!

Pisang bukan berwarna hijau dan kuning sahaja?
Kebanyakan individu mungkin sangka bahawa buah ini cuma ada dua jenis dan akan dibezakan daripada warna iaitu hijau dan kuning sedangkan sangkaan ini tidak begitu tepat.

Sebenarnya, Buah Pisang Ada Banyak Jenis Dengan Berbeza Manfaat Kesihatan!

Ini kerana warna pada kulit pisang itu sebenarnya hanya akan menunjukkan kepada kita semua sama ada ia sudah masak (warna kekuningan) atau belum matang (warna kehijauan).

Ia juga mampu menentukan cara untuk anda mengambil buah ini dan ada 3 kaedah utama memasaknya iaitu:

Warna hijau – Disebabkan tekstur yang agak keras dan rasa kurang manis, ia sesuai untuk digoreng dengan tepung dan minyak
Warna kuning cerah – Ia boleh dimakan dengan begitu sahaja atau dijadikan minuman
Warna kuning gelap – Ia boleh dilenyek atau dikisar untuk dijadikan snek cucur pisang

Persoalannya, apa pula jenis jenis pisang yang dimaksudkan di awal artikel? Terus skrol artikel ini!

Jenis pisang dan manfaat buah ini pada kesihatan!
Untuk pengetahuan anda semua, buah ini memang ada banyak jenis dan mempunyai manfaat terhadap kesihatan yang tersendiri termasuk:

#1. Susu
Merupakan jenis pisang yang paling umum dan biasa, pisang susu dipercayai ada manfaat yang sangat bagus terhadap ibu hamil kerana ia tinggi dengan asid folik atau folat.

IKLAN

Tidak hanya itu, pisang ini juga mampu membantu merawat masalah mual atau muntah akibat loya. Jadi, pengambilannya mungkin agak bagus di saat anda tidak sedap perut.

Pun begitu, ia mungkin agak tinggi dengan kalori yang boleh menjejaskan berat badan individu.

2. Montel

Dikenali ekoran bentuknya yang agak gemuk dan bulat sesuai dengan nama, pisang montel mempunyai rasa yang agak manis serta sedap untuk dimakan dengan begitu sahaja.

Ia tinggi dengan nutrisi serat, karbohidrat, protein, lemak dan dipercayai sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman individu apabila ada masalah.

Apa yang agak menarik, pengambilan buah ini setiap hari dikatakan juga bagus untuk penglihatan yang lebih jelas.

3. Abu
Ramai yang mungkin mempersoal dan mempersenda nama pisang ini namun belum tahu jika ia mempunyai vitamin dari jenis B, C, kalium, potasium dan lain-lain yang sangat tinggi.

IKLAN

Turut tinggi dengan nutrien serat, ia bagus jika anda ada masalah sembelit atau buasir kerana jenis pisang ini adalah amat bagus untuk sistem pencernaan dan penghadaman anda.

Ia juga agak mudah ditemui dan biasa dijadikan pisang goreng ekoran tekstur yang kenyal serta rasa yang manis mengalahkan pisang nangka yang turut popular atas sebab sama.

4. Raja
Jangan pula keliru dengan pisang ini dan pisang emas. Ini kerana pisang raja mungkin lebih tinggi nutrisi seperti serat, mangan, protein, kalium, magnesium dan vitamin dari jenis A, B6 dan C.

Disebabkan vitamin serta mineral yang sangat padat di dalamnya, pisang ini mungkin mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sumber tenaga tubuh badan individu itu.

Ia juga ada manfaat untuk tulang, mata, otak, serta membantu melawan penyakit seperti anemia.

5. Tanduk

IKLAN

Pisang yang paling panjang dan besar ini juga sangat padat dengan banyak nutrisi seperti serat, folat, magnesium, kalium, zat besi dan pelbagai lain jenis vitamin serta mineral.

Manfaatnya pula tentu sekali dapat mengatasi masalah perut seperti sembelit dan buasir. Apa yang lebih bagus, ia juga baik jika anda ada masalah kesihatan organ ginjal dan buah pinggang.

Anda juga tidak perlu makan terlalu banyak untuk mendapatkan manfaat kerana saiznya yang luar biasa.

Adakah wujud lagi jenis-jenis yang lain?
Ya, ada. Buat anda yang mungkin belum tahu, wujud lagi pisang nangka, pisang emas, pisang awak dan lain-lain yang turut mempunyai manfaat lebih kurang sama dengan jenis-jenis di atas tadi.

Konklusinya, manfaat daripada buah ini juga mungkin tidak jauh berbeza di antara satu sama lain meskipun berlainan jenis namun memerlukan kajian lanjut untuk benar-benar pasti tentangnya.

Kredit: Hello Doktor

Sebenarnya, Buah Pisang Ada Banyak Jenis Dengan Berbeza Manfaat Kesihatan!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI