
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook milik Anwar pada Isnin.
Hantaran itu memaparkan satu poster dengan mesej yang menarik dan penuh tanda tanya.
“Akan Datang, Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” catatan pada poster dalam hantaran itu.
Tidak dijelaskan secara terperinci mengenai pengumuman tersebut, namun hantaran ringkas itu turut meletakkan tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.
Bagaimanapun, mesej ringkas itu tidak memberikan sebarang butiran lanjut melainkan kapsyen ringkas daripada Anwar, “Nantikan.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberi pelbagai respon yang mengharapkan sinar baharu untuk penduduk Malaysia di bawah pimpinan kerajaan MADANI