Agar-agar kering adalah sejenis kuih manis yang tahan lama. Ianya diperbuat daripada agar-agar manis yang telah dikeringkan.

Untuk mendapatkan agar-agar kering yang cantik, proses penyediaanya perlulah betul. Jom ikuti perkongsian resepi daripada penjual agar-agar kering ini.

Peniaga Kongsi Resepi Agar-Agar Kering, Ikut Tip Ini Untuk Hasil Yang Cantik

Assalamualaikum saya kongsikan resepi saya buat jualan ya ..

Peniaga Kongsi Resepi Agar-Agar Kering, Ikut Tip Ini Untuk Hasil Yang Cantik

Bahan-bahan:

100gram agar-agar tali
2kg gula pasir
250gram gula batu
2200ml air
4 helai daun pandan


Cara Penyediaan:

IKLAN

1. Masak air bagi mendidih , isi daun pandan terus

2. Bila air dah mendidih masukkan agar-agar, sentiasa kacau ya bagi agar-agar cepat larut

3. Masukkan gula pasir dan gula batu

4. Masak sampai betul-betul larut ya, dah larut tutup api

5. Dah boleh tuangkan dalam acuan atau loyang

6. Sejukkan agar-agar dalam 30 minit macam tu baru la potong atau keluarkan dari acuan, bagi betul-betul sejuk, sebab nanti bila tak sejuk ,agar-agar berair, bila kita jemur dia akan jadi kecik je agar-agar.

IKLAN

Peniaga Kongsi Resepi Agar-Agar Kering, Ikut Tip Ini Untuk Hasil Yang Cantik

7. Boleh la jemur, biasa saya jemur ambil masa 3@4 hari

8. Dah kering boleh la packing isi dalam botol, saya buat jual RM12 250gram, ikut atas masing-masing la jual berapa pun

*Acuan saya beli kat bakery, kat shopee pun ada jual

*Setiap agar-agar saya ada perisa , macam-macam perisa ada

IKLAN

Peniaga Kongsi Resepi Agar-Agar Kering, Ikut Tip Ini Untuk Hasil Yang Cantik

Kredit: Daiyan Dhiaa

Peniaga Kongsi Resepi Agar-Agar Kering, Ikut Tip Ini Untuk Hasil Yang Cantik

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Peniaga Kongsi Resepi Agar-Agar Kering, Ikut Tip Ini Untuk Hasil Yang Cantik

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI