Peniaga Kongsi Resipi Kek Batik Versi Lembut, Mewah Dengan Rasa Coklat. Dijamin Sedap!

Share

Kalau kita buat kek batik pasti sedikit keras ataupun jika tersalah sukatan pasti keras sehingga sukar untuk dipotong kan? Bagi yang ingin mendapatkan hasil lembut untuk kek batik boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Noor Atika ini.

Resepi yang saya share hari ni adalah resipi yang sama yang saya guna untuk niaga (jual kek batik ni) Jadi awak-awak semua boleh la cuba-cuba buat sendiri ya. Dijamin kek batik ni sedap, lembut dan disukai ramai. Ini adalah kek batik VERSI LEMBUT. Nama pun kek kan, mestilah lembut. Mewah dengan rasa coklat, lemaklemak manis, secukup rasa. Saya jual kek ni sebiji saiz 8″ RM38.

Ok jom tengok resipi dan tengok tutorial dibawah.

Bahan-bahannya :
– 500gm Biskut Marie
– 1 Cawan Nestum
– 1 Cawan Air
– 1 Cawan Milo
– 1 Cawan Susu Pekat
– 3 Biji Telur
– 1/2 Cawan Serbuk Koko
– 250gm Buttercup

Cara-caranya:

1) Cairkan butter dalam kuali.

2) Masukkan susu pekat. (api kecil).Masukkan milo dan serbuk koko, lepastu godak pakai whisk supaya dia sekata tak berbintil

3) Masukkan telur (terus godak supaya telur tak berbintil-bintil) – pakai whisk ye

4) Masukkan air. Kacau sampai agak pekat, tutup api.


5) Masukkan nestum.


6) Masukkan biskut marie gaul sebati guna senduk kayu.

7) Masukkan dalam loyang.Padatkan.

8) Masukkan dalam peti sejuk semalaman. Dah keras boleh potong. Siappppp!!!

**Selamat mencuba

Sumber: Noor Atika Mahamood

IKLAN