Sebenarnya penting latih anak berusia tiga tahun atau empat tahun mulai sekarang supaya tidak manja dan boleh berdikari untuk elak anak menangis di tadika tahun hadapan. Ini kerana biarpun dah masuk bulan ke Mac, ada juga anak-anak yang menangis disebabkan masih tidak dapat menyesuaikan diri di tadika. Jika lepas cuti sekolah, confirm ada yang akan menangis sebab sudah selesa duduk di rumah atau rumah pengasuh.
Ia berlaku kerana ada segelintir ibu bapa yang berkerjaya, penjagaan anak biasanya dijaga oleh pengasuh sama ada di rumah atau menghantar kepada keluarga terdekat atau kenalan untuk mengasuh anaknya. Penjagaan kanak-kanak di rumah oleh pengasuh yang tidak terlatih akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Pengasuh akan memberi tumpuan sepenuhnya mengikut kehendak kanak-kanak yang dijaga. Pembetulan tingkah laku tidak diberi perhatian. Keadaan ini akan memberi kesan untuk kanak-kanak bersosialisasi dengan kanak-kanak lain di persekitaran yang berbeza.
Sekiranya penjagaan di rumah pengasuh hanya ada seorang lagi kanak-kanak yang bukan sebaya dengannya akan mengehadkan cara kanak-kanak itu bersosialisasi. Kanak-kanak yang lebih rendah usianya akan mengikut kanak-kanak yang lebih berusia. Secara tidak langsung dirinya lebih dominan. Kanak-kanak hanya biasa berkawan dengan seorang kanak-kanak sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak biasa dengan kanak-kanak di persekitaran yang baru dan tidak berkeyakinan untuk bersama bermain.
Ads
KESAN
Kanak-kanak yang terlalu dimanjakan akan memberi kesan sikap terlalu bergantung harap kepada pengasuh dan tidak boleh berdikari. Kanak-kanak tidak tahu batas sempadan perkara yang boleh dilakukan dan tidak memahami sesuatu yang tidak dibenarkan. Kebiasaannya semua perkara dibantu oleh pengasuh sekira menghadapi sedikit kesukaran. Semua yang diminta oleh kanak-kanak dipenuhi oleh pengasuh. Malahan kanak-kanak tidak dibiasakan dengan peraturan jadual seperti di tadika. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak merasa tertekan dan bosan apabila berada di tadika.
Ads
Manakala kanak-kanak yang dihantar ke institusi jagaan kanak-kanak seperti di taska berdaftar, pengasuhnya boleh dikatakan telah terlatih. Mereka menetapkan jadual untuk diikuti oleh kanak-kanak. Perkembangan sosialisasinya terkawal mengikut tahap usia kanak-kanak. Kesediaan belajar untuk bersama rakan dan situasi baru tidak menjadi masalah. Kesannya kanak-kanak mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru apabila ke tadika.
Oleh itu, mulai hari ini,para ibu bapa mulai ajar anak berdikari dan sosial dengan rakan sebayanya. Mungkin boleh melibatkan anak-anak dengan kelas playgroup atau pusat perkembangan untuk anak-anak bersosial.
Ads
Apabila ada keyakinan dalam diri dalam diri anak akan memberikan cetusan emosi berani untuk melakukan sesuatu. Bukannya terlalu bergantungan kepada orang lain. Biarpun anak masih kecil, tetapi kanak-kanak ini mempunyai sikap ingin tahu dan perasaan ingin mencuba dalam dirinya. Justeru, biarkan anak melakukan aktiviti yang dapat merangsang keberanian dalam dirinya. Dalam pada itu, ibu bapa perlu sentiasa memberikan kata-kata dorongang kepada anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilema mak-mak apabila anak susah nak makan sayur. Selain dari suruh dan paksa ada juga yang deko sayur untuk jadikannya menarik. Tapi hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Lagi renyah!
Satu lagi masalah ibu juga adalah anak mesti kata sayur tak sedap, pahit dan macam-macam lagi sehinggakan dah tak ada idea untuk tarik minat anak.
Berdasarkan perkongsian seorang ibu, Sharifah Zahidah idea untuk tarik anak makan sayur adalah dengan menggunakan FAKTOR DALAMAN. Tak perlu nak paksa anak, bagi ganjaran atau buat hiasan menarik pun.
Hasilnya, sayur cantik dia makan, tak cantik pun dia makan. Depan saya dia makan sayur, tanpa ada saya pun dia boleh makan sayur. Makan sayur adalah dari MOTIVASI dan PILIHAN dia sendiri, bukan dorongan dari faktor luaran kerana suruhan saya atau ganjaran apatah lagi paksaan.
Apa saya buat? Senang saja.
Tip 1
JANGAN PERNAH SURUH DIA MAKAN SAYUR, like, NEVER.
“Dah tu nak buat macam mana kalau bukan dengan suruh?”
Cara kami, kami BERPAKAT suami isteri.
Masa makan, kami plan siap-siap untuk BEREBUT-REBUT AMBIL SAYUR dalam mangkuk ke pinggan sendiri.
Sambil gedik-gedik kami merengek, “Ibu nak sayur banyak! Ibu nak banyak! Abi jangan ambil banyak sangat..!”
Dan suami pun akan sambung, “Ala, abi nak banyak! Abi suka makan sayur. Makan sayur ni abi jadi pandai, jadi kuat dengan izin ALLAH.. Abi suka makan sayur banyak-banyak.”
Dan saya sambung semula, “Samalah kita Abi. Ibu pun suka makan sayur banyak-banyak. Sedap kan sayur ni..?”
Dengan suara jelas dan lakonan yang jelas. KAMI TUNJUK ‘SUPER EXCITED’ BILA DAPAT MAKAN SAYUR.
Tapi, pandai-pandailah berebut dengan penuh solehah ya. Nanti salah trick, salah dialog, anak-anak tiru pula perangai berebut makanan yang tak solehah. Sayurnya tak makan, tiba-tiba perangai berebut makanan yang dia tiru nanti. Eh jangan! Be creative lah ya.
Tip 2
JUAL MAHAL DEPAN ANAK. Jangan gopoh nak cepat-cepat dia makan sayur. Baru buat sekali, dah nak terus suruh anak join sekaki makan sayur.
Anak-anak yang TERCENGANG tu, kita BIAR saja dia tengok kita makan sayur. Dia sedang TERKEJUT dan perspektif lama dia tentang sayur-tak-sedap itu kini ‘terancam’.
Dia mula keliru, betul ke sedap sangat sayur tu? Bukan sayur ni tak sedap ke? Dan dia sedang proses maklumat yang dia dengar dari kita tentang betapa ‘awesomenya’ makan sayur ke dalam otak dia sekarang – dan dia sedang CUBA UNTUK BERI RUANG KEPADA PERSPEKTIF BARU BAHAWA SAYUR ITU SEDAP sekarang ini.
Hari esok, masa makan, ULANG LAGI LAKONAN DAN PEREBUTAN yang sama.
Tip 3
Kami BUAT-BUAT SEDIH BILA SAYUR DAH HABIS. Mulanya, berebut-rebut sayur yang terakhir dalam mangkuk hidangan. Abi buat-buat ambil semua sayur mangkuk dan habiskan sayur tu, Ibu pulak bersuara sedih, “Alaaa…. sayur dah habis ke? Ibu nak sayur lagi.. Abi, Ibu nak sayur lagi. Kita share boleh? Esok abi beli lagi banyak sayur boleh? Tak cukup ni..”
Dan Abi pun kenalah buat-buat bagi sayur dalam pinggannya dan masukkan dalam pinggan saya sambil buat dialog-dialog best tentang sayur, antaranya, “Boleh ibu, Abi pun suka makan sayur ni, sama macam Ibu. Sayur ni sedap sangat kan, cepat aje habis..”
Pandai-pandailah reka. Spontan je semua ni.
Sepantas 2 hari dan 2 kali lakonan sahaja, Maryam yang tak suka makan sayur dan memerhati kami dari semalam, akhirnya bersuara,
“Kakak pun suka makan sayur ibu. Kakak pun naklah jugak!” (Tiba-tiba je?)
Ha, part ni mesti ramai ibu-ibu rasa seronok kan!
Jangan terus tunjuk excited bila anak mula minta sayur sebab kadang-kadang, bila dia makan, dia rasa tak sedap dia akan terus luahkan semula sayurnya, terus dia lagi susah nak makan sayur nanti.
Tip 4
Jadi caranya, bila anak dah mula TUNJUK MINAT PADA SAYUR, JANGAN TERUS BAGI. Tapi TANYA.
Tanya dia, “Betul ke Kakak suka makan sayur?” Dan masa ini dengar saja apa jua jawapannya dan kita MESTI JAWAB pada dia dengan MEMBERITAHU BAHAWA sayur ni akan jadi semakin sedap dan dia akan semakin suka bila dia makan setiap hari.
Anak-anak perlu diberi percaya BAHAWA suatu hari nanti, sayur ini akan JADI SEDAP kalau dia suka makannya setiap hari.
Kita kena bersedia anak-anak mungkin ‘akan kecewa’ dengan rasa sayur ni pada awalnya.
Jadi penting, untuk pastikan anak FAHAM bahawa nak suka makan sayur ni kena makan hari-hari.
Tip 5
Dan, kalau anak memang nak terus makan sayur, BAGI SEDIKIT DEMI SEDIKIT. Racikkan menjadi kecil. Jangan bagi setangkai-tangkai besar. Bagi yang halus, yang mudah untuk dia makan, yang rasanya nanti TIDAK terlalu ketara dalam mulutnya. Saiz sayur yang kita potong pun mainkan peranan penting ya.
Selepas anak mula makan sayur, TANYA lagi dia. Sedap tak sayur tu? Kalau sedap, puji dia dan bagitau dia betapa bagusnya dia makan sayur. Esok lusa kalau makan lagi, nanti macam-macam kepintaran dan kehebatan dia akan dapat.
Pandai-pandailah relate dengan aktiviti dia.
Kalau dia tak suka, ulang kata, kita dulu pun macam itu juga. Mula-mula tak suka. Bila lama-lama makan, akan jadi suka dan jadi semakin sedap. Hari-hari tak sah kalau tak makan sayur. ADMIT PERASAAN ANAK-ANAK yang TAK SUKA MAKAN SAYUR dan SETERUSNYA BANTU DIA UNTUK atasi perasaan tak suka itu dengan cara kita dorong dia lagi untuk makan next time.
Cuma gunakan teknik ‘TANYA FASA KEDUA’. Tanya apa pula kali ni?
Tanya macam ni, “Kakak nak hebat macam Ibu?” SAMBIL TUNJUK KE ARAH SAYUR YANG DICEDOKKAN DAN BERSEDIA NAK LANDING DALAM PINGGAN DIA.
Dia kata nak, kita bubuh. Dia kata tak nak, tanya lagi dalam bentuk soalan dan perumpamaan lain, tapi jangan paksa.
Cuba lagi. Dan berlakon lagi antara kita suami isteri dengan segala dialog memukau yang bakal masuk dalam minda dia tanpa dia sedari.
Percayalah, berjaya inshaALLAH.
Seawal 3 hari, ibu bapa yang ada hubungan RAPAT dengan anak-anak akan berjaya buat anak dia makan sayur. Sebab ibu bapa yang rapat dengan anak-anak LEBIH MUDAH MEMPENGARUHI anak-anak mereka melalui tindakan mereka. Dan untuk kes saya dan Maryam, dari seorang yang cukup susah makan sayur, Maryam berubah menjadi pencinta sayur seawal 2 hari SAHAJA.
Sekarang, alhamdullillah. Dia dah sampai tahap BOLEH RATAH sayur dah sekarang, dengan syarat, sayurnya mesti dipotong kecil.
Tapi, ada kalanya dia tetap tak suka sesetengah jenis sayur. Kalau dia kata tak suka, tak apa. Jangan paksa. Hakikatnya memang ada sayur yang kita sendiri tak suka dengan rasanya. Cuma, kita sikit demi sikit bantu dia BELAJAR terima dan suka semua rasa sayur. Kalau setahun praktis didik anak makan sayur cara ini, by the time dia umur 7 tahun ni, dia dah tak boleh ‘hidup’ tanpa makan sayur lagi dah. InshaALLAH.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penguasaan skil motor halus amat penting untuk si kecil dalam menguasai pelbagai kemahiran sebelum ke sekolah.
Cikgu Nass berkongsi perkara ini 10 aktiviti ini di rumah untuk membantu anak yang boleh dilakukan oleh ibu ayah di rumah.
#1 BERMAIN PASIR
Pasir sama ada pasir kinetik atau pasir biasa merangsang jari-jemari dan tapak tangan si kecil. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk, trak kecil untuk mengangkut pasir dan acuan. Selain itu, isikan pasir ke dalam dulang dan biarkan si manja melakar di atasnya. Anda juga boleh membawa si kecil ke pantai dan ajaknya untuk membina istana pasir. Tentu dia seronok!
#2 DOH MAINAN
Doh mainan memang sesuai untuk tujuan sensori motor halus. Dia bebas menguli, memicit, mencubit doh pelbagai warna. Ini adalah latihan yang baik untuk jari dan ibu jarinya. Berikan penggelek dan acuan untuk menjadikan permainan lebih menarik.
#3 MENAMPAL
Menampal kertas mahu pun pelekat boleh menggalakkan si manja menggunakan tangannya. Anda boleh ajaknya membuat kolaj pelbagai bentuk seperti buah epal, payung dan sebagainya.
#4 MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL
Objek kecil seperti butang, pompom, klip kertas dan tutup botol pelbagai warna boleh dimanfaatkan sebagai permainan si kecil. Anda boleh menyuruh si kecil mengasingkannya mengikut warna atau bentuk yang berlainan.
#5 BUSY BOARD
Bermain dengan busy board ialah aktiviti yang bagus untuk si kecil. Ia menggalakkan penguasaan si manja untuk membutangkan baju, membuka tombol, membuka ikatan, memasang zip dan sebagainya.
#6 MENYUSUN MENGIKUT BENTUK
Ambil sekeping kadbod dan lukis dua garisan iaitu zigzag dan berombak. Sediakan juga objek seperti kacang atau butang. Minta si manja untuk menyusun objek mengikut garisan-garisan ini. Penggunaan hujung jari untuk mengambil objek melenturkan otot jari dan tangan mereka.
#7 MENJAHIT
Sediakan kadbod mengikut bentuk yang anda sukai dan tebuk lubang pada sekelilingnya. Berikan anak benang kasar atau tali dan minta mereka masukkan tali ke dalam lubang pada sekeliling kadbod. Ketika tangan memasukkan tali ke dalam lubang, mereka telah menggunakan jari dan serta koordinasi mata-tangan.
#8 RANTAI PASTA
Sediakan semangkuk pasta penne dan seutas benang kasar yang bersaiz besar. Ajak anak untuk memasukkan benang ke dalam lubang pasta sehingga membentuk rantaian panjang. Anda boleh mewarnakan penne menggunakan pen penanda untuk efek yang lebih cantik dan menarik.
#9 MENGGUNAKAN PENYEPIT
Anda boleh menyediakan objek seperti pompom, bebola kecil atau pasta penne berwarna dan biarkan si manja mengasingkannya mengikut warna menggunakan penyepit. Selain itu, boleh juga ajak si manja bermain air menggunakan syringe. Ia boleh menggalakkan penggunaan jari dan tangan.
#10 MELAKAR MENGIKUT GARISAN
Melakar atau tracing adalah aktiviti yang baik untuk motor halus. Ia boleh dilakukan dengan membiarkan si manja melakar dengan meniru garisan yang telah anda buat pada kertas. Buku yang mempunyai latihan menyambungkan titik juga adalah saranan yang baik.
Kebanyakan daripada kita mengetahui yang Fynn Jamal mempunyai anak angkat yang mempunyai Autsime Spectrum Disorder atau ASD. Berita mengenai remaja autisme direman kerana sentuh dada wanita memberikan kesan kepada ibu dua anak ini.
Bakti Arjuna Fitri yang kini berusia 6 tahun mengalami ASD dan Fynn telah memberitahu yang Arjuna curious with anatomy. Disebabkan ini, dia tidak membawa Arjuna ke taman permainan mahukan playdate dengan anak orang lain.
Berikut ialah perkongsian Fynn di Instagram;
sbb ni aku tak bawak juna pergi playgroud. sbb ni aku tak bagi dia lepas sgt. sebab ni aku tak biasakan playdate dgn anak orang. sbb ni aku lebih galakkan dia buat aktiviti sorang2.
sebab dia autism.
dia kurang upaya utk fikir.
dan orang sentiasa sibuk nak decide apa yang patut dan tak patut kami buat. cuba handle sehari la. tengok larat tak larat.
CURIOS WITH ANATOMY
sorry tone aku pagi ni kedengaran sedikit keras. tapi apa yang aku tonton di @mstaronlineofficial pagi ni betul2 jentik tangkai jantung aku.
sbb juna macam dia.
aku tak pernah cerita sbb xde rasa nak cerita. belum lagi.
sampai pagi ni.
ada banyak spektrum autism. dan banyak juga jenis masalah stimulasi yg mereka ada. variasi. tak pernah sama sentiasa.
juna, seperti lelaki 22 tahun ini, ada sedikit sama. curious with anatomy.
aku tak tau ttg lelaki 22 tahun tadi dan aku tak ada rancangan utk membincangkan ttg dia; tapi juna amat taksub dgn memahami tekstur kulit, bentuk jasad dan sebagainya.
semuanya;
utk seni lukisan / playdoh dia.
SUKA EXPLORE
selalu dah juna tiba2 kejar amoi2 seksi sbb dia nak faham curves. pernah dia pegang dada kakak2 kat pool. badan mummy daddy mmg habis dah dia explore. dia duduk sejengkal dari kulit kita. korek mata kita, kutil2 pusat. renung lama2. nak cuba paham.
sebab itu anak dara aku
SENTIASA PAKAI SELUAR.
juna ada obsession dgn anatomi.
jasad orang;
DAN jasad dia.
PERNAH LALUI PELBAGAI FASA
dia pernah ada fasa genggam tangan tak mau bukak. pernah ada fasa jalan terkepot2 macam tahan kencing tu— kaki kiri belah kanan, kaki kanan belah kiri. pernah ada fasa konon2 lumpuh separuh badan. bergerak mengengsot. bayangkan dia naik tangga pun sanggup tak mau guna kaki.
autism is no fun.
betul.
but it could be kalau yang menyaksikan cuma kita yg menerima dia. dan bukan engkau2 yg tak habis2 nak expect semua budak autism ni kena genius dan hafal quran.
itu sbb aku lagi happy dia kat rumah. sbb aku tak pernah kisah dia nak selongkar satu rumah satu badan ke— sbb dia tak kacau orang.