Melihat perkongsian kisah anak pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin yang disahkan mengalami penyakit Kawasaki membuatkan kita terfikir-fikir apakah sebenarnya mengenai penyakit ini. Adakah ia berjangkit dan apa punca sebenar penyakit ini?

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari tampil berkongsi ilmu kepada mak ayah mengenai penyakit Kawasaki ini. Paling penting menurut kata Dr Izzar, sentiasa pantau suhu anak sepanjang tempoh 10 hari demam dengan suhu yang tinggi itu.

Jika dibiarkan lama, boleh menyebabkan komplikasi kepada salur darah dan jantung anak. Ini yang dikongsikan oleh beliau.

Penyakit Kawasaki / Kawasaki Disease

Penyakit Kawasaki adalah suatu penyakit demam akut yang menyebabkan keradangan (inflammation) pada salur darah di jantung dan selalunya berlaku pada kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, lelaki dan berketurunan dari Asia.

Penting Untuk Pantau Anak Dalam Tempoh 10 Hari, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penyakit Kawasaki!

IKLAN

Punca kanak-kanak tu mendapat Penyakit Kawasaki tu masih BELUM DIKETAHUI lagi.

Gejala-gejala penyakit Kawasaki ialah:

🔴Demam tinggi (melebihi 39C) lebih 5 hari
🔴Ruam di badan
🔴Bengkak tangan dan kaki
🔴Bengkak kelenjar (di leher)
🔴Mata menjadi amat merah
🔴Keradangan di mulut, bibir dan tekak
🔴Lidah amat merah (macam strawberi)

Penyakit Kawasaki menyerang jantung anak dan menyebabkan komplikasi pada salur darah, otot, dan injap jantung kalau dibiar lama.

IKLAN

Penting Untuk Pantau Anak Dalam Tempoh 10 Hari, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penyakit Kawasaki!

Berita baik. Penyakit Kawasaki ni ada rawatannya. Tapi yang penting, ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor dengan segera kalau demam dah tinggi tu. Janganlah tunggu lama-lama.

Amat penting rawatan diterima dalam tempoh 10 hari demam. Jaga diri semua.

p/s: Kalau tiba si suami nak motor Kawasaki tu berkemungkinan cari penyakit juga. Tapi tak perlu jumpa doktor. Berbincanglah dengan baik.

IKLAN

Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Penting Untuk Pantau Anak Dalam Tempoh 10 Hari, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penyakit Kawasaki!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Penting Untuk Pantau Anak Dalam Tempoh 10 Hari, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penyakit Kawasaki!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI