Bila ibu ayah rajin buat aktiviti bersama anak, selain bagus untuk “bonding” ia juga boleh merangsang otak anak lebih bijak. Ia membantu proses pertumbuhan anak terutama pada tahap usia 2 hingga 6 tahun yang sedang memasuki fasa perkembangan otak yang optimum.
Tahukah anda aktiviti yang dilakukan bersama ibu ayah lebih membantu proses pembelajaran si anak. Ini kerana orang dewasa mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman yang boleh dikongsi dan diterangkan pada anak. Sekiranya anak ditemani oleh ibu ayah maka akan berlaku proses memahami dan proses sokongan mengenai apa aktiviti yang mereka lakukan.
Banyak aktiviti menyeronokkan di rumah atau di luar rumah yang boleh ibu ayah buat bersama anak-anak. Selain mendidik mereka jadi rajin dan teruja, aktiviti tersebut juga meningkatkan kemahiran berdikari, sifat bertanggungjawab anak dan paling penting mengukuhkan hubungan erat ibu ayah bersama anak.
Mencuci kereta bersama
Ini antara aktiviti yang akan digemari oleh anak. Maklumlah mereka boleh main air sambil ‘tiru’ ayah mencuci kereta apatah lagi kalau selama ini si kecil dilarang melakukan tugas ini kerana faktor usia masih kecil. Jadi bila dapat peluang mencuci kereta bersama ayah, mereka rasa seronok dan dalam masa yang sama dapat belajar banyak perkara seperti pentingnya menjaga keselamatan, kebersihan dan berjimat cermat menggunakan air dan banyak lagi. Bukankah ia satu bentuk pelajaran yang bagus untuk si kecil.
Memasak bersama
Tak kisahlah sama ada anak anda lelaki atau perempuan, ajak mereka sama-sama membantu tugas memasak untuk keluarga. Aktiviti memasak membantu si kecil meningkatkan koordinasi tangannya melalui tugas mencuci sayur-sayuran, menyusun peralatan dapur, mencuci pinggan kotor.
Membantu ibu memasak juga memberi peluang kepada anak untuk belajar mengenal pelbagai jenis sayur-sayuran, ikan dan bermacam rempah ratus di dapur. Bahkan ia juga cara terbaik untuk mereka mengenal warna dan pelbagai rasa makanan selain mengeratkan hubungan sekeluarga.
Membuat seni dan kraf
Luangkan masa bersama si kecil untuk membuat aktiviti seni dan kraf. Ia bagus untuk menajamkan kreativiti dan daya imaginasi anak. Anda boleh merangsang otak anak untuk mencipta dan bebas berkarya. AKtiviti ini memberi kebebasan kepada anak untuk mencipta apa sahaja hasil seni mengikut imaginasinya. Selain menjadi kreatif anak juga semakin mahir mengoptimumkan koordinasi tangan dan matanya untuk jadi lebih fokus.
Ads
Bercucuk tanam bersama
Bagi yang mempunyai tanah di luar rumah apa kata anda cuba bercucuk tanam. Tentu si kecil seronok didedahkan dengan aktiviti menanam pokok di luar rumah. Walaupun ia akan membuatkan si kecil kotor kerana terdedah pada tanah tetapi aktiviti ini dapat menanamkan minat berbudi pada tanah dalam diri anak anda. Selain itu mereka juga berpeluang mengenali kepelbagaian jenis tumbuh-tumbuhan dan paling penting aktiviti ‘hands-on’ sesama bercucuk tanam itu memberi mereka pengalaman paling berharga.
Menonton wayang bersama
Ini cara paling mudah dan ramai yang mempraktikkannya sebagai salah satu cara terbaik bonding bersama keluarga. Paling penting sekali ibu dan ayah mestilah memilih tajuk filem yang sesuai ditonton oleh sekeluarga contohnya filem Ferdinand yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 14 Disember depan.
Filem animasi komedi yang diterbitkan oleh Blue Sky Studios dan 20th Century Fox Animation ini dihasilkan berdasarkan buku kanak-kanak bertajuk The Story of Ferdinand.
Filem ini mengisahkan Ferdinand seekor lembu jantan atau Spanish Fighting Bull yang lebih gemar menghidu bau bunga dan berlatih sesuatu yang tidak berbahaya berbanding mengejar kain merah yang dipegang oleh matadors dalam gelanggang. Tetapi bila bencana datang kepadanya, dia dipaksa untuk bertarung di dalam stadium, dan Ferdinand perlu memilih sama ada dia adalah lembu jantan yang bertarung atau lembu jantan pemurah yang hanya mencium bunga untuk mendapatkan kebebasannya.
Ads
Melalui filem ini, anda boleh terangkan kepada anak tentang watak utama filem tersebut iaitu seekor lembu jantan bernama Ferdinand. Walaupun fizikalnya nampak ganas dan besar tetapi sebenarnya ia seekor haiwan yang baik hati dan pemurah.
Antara nilai-nilai murni yang boleh diambil iaitu sifat Ferdinand yang baik hati, kuat semangat, berani, penyayang dan mempunyai nilai persahabatan yang tinggi.
Semua nilai murni dan kebaikan karektor Ferdinand boleh dikaitkan dan dijadikan contoh kepada anak semasa menjalani kehidupan seharian mereka.
Semoga dengan menonton filem ini anak bukan sahaja berseronok dan berhibur tetapi juga dapat pengajaran supaya jangan cepat menilai orang berdasarkan fizikal mereka.
Filem akan ditayangkan di pawagam mulai 14 Disember.
Ads
JOM SAKSIKAN TRAILER FILEM FERDINAND YANG MENGHIBURKAN TETAPI PENUH NILAI-NILAI MURNI KEPADA SI KECIL
Untuk banyak lagi info lanjut anda boleh terus tengok di laman facebook 20th Century Fox Malaysia www.facebook.com/foxmovies.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lahirnya anak kedua di dalam suatu keluarga, kadang kala membuatkan anak sulung terasa seperti dipinggirkan. Padanya adik itu seakan-akan mengambil tempat dirinya. Anak sulung biasanya dilihat menjadi subjek eksperimen ibu bapa yang pertama kali membesarkan anak selain menjadi fokus memahami peranan penting dan kaedah terbaik dalam proses itu.
Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantang di rendah-rendahkan kebolehannya depan adik-adik mahupun orang lain. Pantang tersilap sedikit, merajuknya boleh berpanjangan. Sentap! Kata orang sekarang. Sebenarnya ada sebab kenapa anak sulung berperangai seperti itu.
Anak Sulung Kuat Sentap?
Berikut dikongsikan penyebabnya:
1. Terlebih Dulu Dimanja Mak Ayah
Sebelum lahirnya adik-adik yang lain, dialah intan payung mak ayah. Bila adik-adik lahir dia terpaksa terima hakikat yang dirinya sudah jadi abang atau kakak.
Walhal dia masih lagi kecil dan mahukan perhatian sebagaimana diperoleh sebelum kelahiran adik-adik.
Mak ayah pula terlupa dan beralih kasih pada yang bongsu. Tanpa sedar ada jiwa kecil yang tercalar emosi. Yang sedang merindui belaian manja yang diterima sebelum ini.
Bukan mudah dia nak terima hakikat itu. Sepatutnya mak ayah maklumkan dengan lembut dan kasih sayang.
2. Ia Satu Tanggungjawab Yang Berat
Setelah berusaha keras terima hakikat dirinya seorang abang/kakak, dia perlu pikul tanggung jawab.
Bila adik menangis ibu kata, ‘Abang tolong tengok adik’ ‘Kakak ambilkan lampin adik’. Kalau perasaan cemburu tak berjaya dibendung, abang atau kakak akan melakukan dengan terpaksa. Tanpa sedar dia akan jadi seorang yang memberontak.
Ibu Bapa Jangan Mudah Marah-marah
3. Jatuhkan Standard Dalam Diam
Anak sulung mula memberontak dalam diam. Bila mak tak pandang, dia pulas telinga adik yang masih merah. Dia cium pipi adik dengan geram.
Katakan mak tiba-tiba terpandang, cepat-cepat mak beri amaran. Kalau masih kecil mak tak sampai hati nak tegur dan bawa adik menjauh pergi.
Tapi satu hal yang mak kena faham, anak sulung cukup pantang bila dijatuhkan standardnya depan adik-adik mahupun orang lain.
Ada cara mahu menegurnya. Bukan mengherdik atau memarahi. Tapi dengan sentuhan emosi. Tegurlah ketika tiada sesiapapun di sekelilingnya. Ia cuma ada mak dan anak sulung sahaja. Biarkan sesi itu jadi cukup privasi.
Biarpun anak sulung anda kuat merajuk dan berjiwa sensitif, percayalah apabila anda mendidiknya dengan cara yang betul dan belaian kasih sayang yang selayaknya, dia akan membesar dengan sifat tanggungjawab yang sebenar-benarnya.
Jangan sampai anda terlalu fokus dengan kedegilan anak kedua, memberi perhatian pada anak ketiga dan seterusnya membuatkan anda lupa mahu mendakap, memeluk dan mencium mesra anak yang sulung.
Usah terlalu mendesaknya memikul tanggungjawab seorang abang mahupun kakak. Berikannya masa dan peranan selayak usianya. Kasih sayang anda akan mencorak bahagia anak-anak yang membesar di hadapan mata.
Geramnya rasa bila anak tunjuk perangai tak baik dan biadap. Mungkin ibu bapa tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca-puncanya.
Menggunakan perkataan kasar dan negatif, berkelakuan ganas, tidak hormat peraturan, tidak menghormati orang lain dan tiada adab termasuk dalam kategori kurang adab atau biadap.
Mungkin sesetengah ibu bapa merasakan didikan yang baik sudah diberikan tetapi kenapa perkara nenatif tetap berlaku. Wajar bagi anda ‘membedah siasat’ apa yang telah didedahkan kepada si kecil tanpa sedar yang menjadi punca dia biadap.
Dr Taufiq Razif berkongsi 5 punca yang perlu dilihat semula ibu bapa. Sama ada ia didedahkan tanpa sedar atau
Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Anak Jadi Biadap
#1 – Bagi gajet tanpa batasan
Saya perasan anak-anak zaman sekarang ni bukan biadap sebab mereka jahat tapi mereka biadap kerana kurang Interpersonal Skills.
Tiap hari anak kita duk hadap skrin smartphone dan kawan alam maya sampai skill mereka melayan orang luar jadi tumpul
Tu yang mereka nampak biadap, padahal bukan sebab mereka jahat tapi mereka tak reti nak bergaul ( interpersonal skills lemah )
#2 – Bergaduh depan anak
Bila tengah emosi, kadang kita lupa ada mata yang memerhati
Kita lupa anak kita ni CCTV terhebat dunia. Dia akan rakam semua yang dia lihat dan sampai masanya dia akan praktik apa yang dia lihat
#3 – Kita Selalu Abai Anak
Antara penyebab anak jadi biadap ni adalah kerana dia kurang ’emotional connection’ dengan kita
Yela, walaupun mungkin kita berada 1 meter je daripada anak kita tapi fikiran kita menerawang beratus ratus kilometer daripada anak kita
Merasa nak rasa didengari, diperhati, disayangi baru lah perlahan lahan sifat empati dalam diri mereka akan berkembang sempurna
Anak yang tinggi sifat empati ni takkan sanggup biadap pada mak ayahnya sendiri.
#4 – Marah anak secara melampau
Anak umur 0-1 ni ada fasa krisis psikososial yang dipanggil Trust Vs Mistrust
Masa ni la dia belajar untuk percayakan mak ayahnya. Kalau masa tu pun kita dah ‘break trust’ diorang dengan marah melampau lampau tanpa kawalan emosi, rosak lah perkembangan anak kita
Akhirnya anak jadi perengus, suka melenting, sensitif dan keras kepala.
#5 – Kita cuma fokus IQ anak sampai lupa nak asah EQ anak
Kita terkadang fokus sangat nak anak kita cerdik otak ( IQ ) dengan skor exam tapi terlepas pandang pula nak anak cerdik pada emosinya ( EQ )
Maka lahirlah anak anak yang bijak otaknya tapi miskin budi pekerti, keras hati, tak bertimbangrasa, biadap dan tak memahami!
Saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye
Seringkali kita marahkan anak-anak kerana tersilap melakukan sesuatu perkara. Sedangkan hakikatnya mereka sedang dalam proses ingin membesar,tentu sekali buat salah adalah proses mereka sedang belajar.
Dan seringkali jugalah apabila mereka buat salah,kita marah. Kita cakap itu tak betul,ini tak betul. Dah tu….apa yang betul? Apa yang sepatutnya mereka lakukan kalau ada benda yang salah?
Penggunaan perkataan ‘jangan’ pun ye jugak.
Asyik ‘jangan’ saja…. tapi tak ada solusi terhadap perkara yang ‘jangan’ itu.
Saya tahu, sukar sebenarnya nak betulkan tindakan salah yang anak buat. Sebab kita penat. Penat fikirkan yang salah sampai kita letih nak melayan.
Tapi kita kena faham….
Anak buat salah sebab nak belajar.
Setiap kali anak buat salah… kita ajarlah benda betul.
Setiap kali kita dapat rasa sesuatu yang buruk akan berlaku,apa kata kita dekatkan diri kita dengan anak….bantu dia supaya perkara yang buruk tidak akan berlaku padanya.
Sebagai contoh—->di taman,seringkali dilihat ibu dan ayah menghalang anak memanjat apa yang ada di taman permainan tersebut. Ok,first thing as parents,kita kena lihat situasi memanjat yang anak buat.
1. Kalau benda yang dia panjat tu tak akan menyebabkan dia jatuh sebaliknya dia nampak kekok nak try panjat,pergi pada anak—->>>>pegang tangannya, tunjukkan cara yang betul macam mana nak panjat.
2. Kalau benda yang dia panjat tu memang bahaya dan confirm akan jatuh, boleh halang dengan cakap ‘jangan panjat kat situ!’ Tapi bagilah solution nak panjat kat mana…………’Meh kita panjat kat sini. Lebih selamat.’
Perbetulkan Bila Anak Buat Silap
So nak katanya…..use less words but more action.
Action speaks louder than words.
Tak guna kalau kita dok cakap banyak tapi satu apa pun tak masuk kat otak anak.
Anak-anak kecil ni….jiwanya masih nak explore banyak benda.
Kita dok bagitau jangan itu ini,siapa yang sebenarnya menghalang sikap eksplorasi yg merupakan fitrah anak-anak ini?
Siapa lagi kalau bukan kita ibu dan ayahnya kan?
Kenapa kita nak menghalang?
Kerana kita tahu apa yang anak buat itu salah?
Dan kita selamanya memang betul lah ye?
Adakah kita tak pernah buat salah?
Fikirkan.
Anak kecil buat salah bukan kerana mereka tidak tahu.
Keupayaan berfikir dan kebolehan mereka adalah masih terhad dan belum matang.
Kita pun… sebelum nak jadi matang dan tahu benda betul atau salah,kita kena buat salah dulu kan?
Kita buat pilihan yang salah pada awalnya untuk bantu kita buat pilihan yang betul di kemudian hari kan?
Jadi…kenapa kita mesti expect anak kecil harus tahu benda betul dan salah melalui cakap-cakap kita saja?
Let them experience the failure!
Kita bantu mereka untuk merasai failure tersebut dan seterusnya guide ke arah mana yang betul.
Mereka masih belum faham bahasa—>ya,kerana bahasa ni kalau nak faham kena ada experience dulu baru boleh faham.
Let it be.
Biarkan kesalahan menjadi titik tolak kepada perkara betul yang mereka harus lakukan.
Kena guide…..tapi jangan spoil kan pula—-> alah,budak-budak lagi… belum tau apa!
Mereka perlu tahu!
Perlu experience buat silap dan kita perlu bantu untuk bagitau mereka benda betul!
Ni gambar budak dua org ni
Asyik bergaduh saja…….
Yang si perempuan over sangat.
Tak boleh tengok si lelaki lebih hebat.
Kita sebagai ibu—->sentiasa tunjukkan apa yang hebatnya si lelaki.
Tunjukkan—-masing-masing ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Jangan asyik menangkan satu pihak saja.
Kalau si perempuan pukul,si lelaki kena belajar untuk defend dirinya juga. Jangan mengalah.
Biar sama-sama rasa sakit.
Nanti masing-masing fahamlah macam mana nak bertolak ansur sesama sendiri.
Cuma semasa pukul, kita berada bersama. Tak boleh sorang je rasa. Seorang lagi kena juga rasa. Tapi kena guide supaya tidak pukul sampai sakit.
Siapa yang nak guide? Kitalah. Duduk depan mereka bagitau kat mana yang boleh pukul, kat mana tak boleh.
Kalau bergaduh over,kita kena hukum siapa yang buat over. Supaya dia tahu dia tak boleh melebihi batasan daripada bergaduh yang biasa saja.
Bergaduh pun kena ajar?
Ya kena ajar!
Supaya anak-anak punya keyakinan diri untuk defend themselves dari dibuli.
Anak-anak yang tiada kawalan semasa bergaduh adalah mereka yang akan menjadi pembuli.
Sebab itu ibu bapa jangan banyak halang. Sebab bila halang aktiviti bergaduh, anak akan jadi samada:
1.Terlalu baik sampai hilang keyakinan diri dan ini akan membawa kepada tekanan hidup.
2. Terlalu menjadi pembuli sehingga membawa kepada terjadinya kes samseng yang kita sendiri tak nak anak jadi macam tu.
Kita dah dewasa….Fikirkanlah apa yang terbaik. Kanak-kanak masih nak explore dunia kecilnya. Bantu dan sentiasalah bersama mereka.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.