Ads

“Penyertaan Sukarela & Perlu Kebenaran Ibu Bapa” KPM Benarkan Semula Aktiviti Luar Bilik Darjah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan semula aktiviti luar bilik darjah yang ditangguhkan sebelum ini berikutan cuaca panas.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili berkata semula aktiviti luar dibenarkan dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana ketika berhadapan fenomena cuaca panas terjamin.

“Penyertaan Sukarela & Perlu Kebenaran Ibu Bapa” KPM Benarkan Semula Aktiviti Luar Bilik Darjah

“Kebenaran ini adalah berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ads

Katanya, semua institusi pendidikan di bawah KPM yang melaksanakan aktiviti luar bilik darjah perlu memastikan penyertaan murid adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, menggalakkan murid memakai pakaian bersesuaian dan berwarna cerah selain menerangkan kepada mereka langkah pencegahan, simptom dan tindakan rawatan.

Ads

Kemudahan penyejukan seperti kanopi, ais, tuala basah perlu disediakan di bawah garis panduan berkenaan dan murid digalakkan membawa air minuman dan minum sebelum, semasa dan selepas aktiviti diadakan.

Dalam pada itu, pelaksana juga perlu memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas selain membenarkan waktu rehat tambahan yang mencukupi.

Ads

Sekiranya suhu cuaca melebihi 35°C, semua aktiviti luar yang sedang berlangsung perlu ditangguhkan.

Sebelum ini, pada 5 Mei lalu, semua institusi pendidikan di bawah KPM perlu menangguhkan aktiviti luar membabitkan murid, guru dan pensyarah susulan fenomena cuaca panas.

Larangan itu termasuk aktiviti seperti merentas desa, kawad, sukan, permainan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

16 Tahun Menunggu Zuriat: Kisah Menyentuh Hati Ibu Ayah Akhirnya Dikurniakan...

Kisah benar pasangan yang menunggu zuriat selama 16 tahun hingga akhirnya bergelar ibu dan ayah. Penuh harapan, doa, sabar dan keajaiban.